Wednesday

Riadah: Minyak Beku lagi


Menenangkan fikiran dengan melihat kebesaran-kebesaran Allah yang makin rosak dek kejahatan tangan-tangan manusia. Namun ada juga sudut-sudut yang dalam proses pembaikkan dan dipulihara kembali untuk kegiatan riadah. Alhamdulillah. Semoga ia bakal menjadi tempat riadah yang berfaedah. Saya harap ia bersih dari kedai2 makan mengadakan karaoke dan perkara yang bakal mendatangkan murka Allah. Dah jadi macam adat pulak di Batu Pahat ni. Mesti nak letak karaoke. Di Punggur dah siap pentas terbuka pula. Berseronok tak salah tapi jangan melebih-lebih sampai lupa batasan. Apa nak jadi kalau buka kedai karaoke kat tengah kampung melalak sampai 3 4 pagi menganggu tidur dan ibadat orang (kejadian benar di kampung mertua). Bunyi kuat pula tu.  Batu Pahat memang kurang tempat menarik, tapi masih ada. Cuma ada segelintir penduduknya masih buta hati tidak mahu menjaga kebersihan dan anugerah Allah ini. Memang kami elak ke shopping kompleks. Jika ada keperluan sangat-sangat sahaja baru pergi. Kami lebih suka ke Tasik Y, Minyak beku, tempat2 rekreasi atau pun stadium UTHM sahaja. Tapi menyedihkan ada juga anasir-anasir negatif yang tak elok dipandang anak-anak. Semalam, bila melalui BP Mall, Umar cakap.."masuk sini" "masuk sini"..Alahai anak, dia pun tahu dah lama tak ke situ. Kesian pun ada. Should find alternatives agar anak berasa kurang seronok dan takde faedah sangat nak ke sana. Tapi dia memang happy je di Minyak beku. Tengok ikan belacak, obor-obor berenang, matahari terbenam..Subhanallah. 

2 comments:

  1. dah lama tak pegi minyak beku ni..:)

    ReplyDelete
  2. Sekarang sedang ditar serba sedikit, dah ada kedai yang baru dibina...semalam kami terpaksa lalu laluan alternatif yang agak curam, berbatu dan licin. Itupun belum hujan lagi...

    ReplyDelete