Semalam di depan pasaraya WellWard ada budak lelaki mengutip derma untuk rumah anak yatim. Dia menghampiri kereta kami dan saya memberitahunya maaflah dik, suami akak ada di dalam pasaraya. Entah tidak dia dapat mengerti saya sebagai isteri perlu minta izin pada suami terlebih dahulu untuk memberi derma kepadanya walaupun ada sedikit wang dalam bekas duit syiling. Haram bagi saya memberi duit suami tanpa izinya. Dengan harapan mungkin suami selesai membeli barang keperluan sempatlah kami beri sedikit wang.
Saya cuma memerhati dari jauh. Tingkah budak lelaki itu yang bajunya ok, tapi kotor dan boleh dikatakan budak lelaki itu sedikit comot walaupun nampak seperti 16-17 tahun. Budak lelaki tersebut memakai slack, baju melayu putih dan kopiah. Sedih juga bila dia ke hulur ke hilir, memang tidak ada seorang pun yang memberi derma. Hinggalah ada satu pakcik berkopiah seperti ustaz pun menarik muka dan membiarkan budak tu seperti tunggul menunggu dengan harapan mungkin ada seringgit dua dari pakcik berkopiah itu. Budak tu memang sangat kasihan. Memang saya perhatikan saja gerak gerinya sehingga dia dipanggil oleh satu lelaki didepan pintu Wellward yang juga memerhati budak lelaki tu. Entah apa yang dicakapkan, mungkin disoal selidik agaknya tapi kemudian budak lelaki tu dah tak kelihatan.
Dalam hati saya bercampur baur dengan bermacam perkara.
- Mungkin budak lelaki tu menipu, tapi kalau pun menipu kesusahan atau kesenagan apa yang menyebabkan dia sanggup menebal muka meminta derma disitu?
- Apakah terbela nasib si yatim yang sangkaannya rumah anak yatim dapat mengubah hidupnya tetapi kini dia terpaksa menanggung kesusahan untuk bantu biaya rumah anak yatim?
- Bagaimana duit zakat diagihkan kepada pemilik rumah anak yatim tak kira dibawah kerajaan, pembangkang atau persendirian?
- bagaimana cara sebenar rumah anak yatim boleh mohon bantuan dengan baitulmal/pusat agihan zakat?
- Adakah ia penuh birokrasi yang menyukarkan banyak hal hingga terpaksa menebal muka dan guna anak-anak ini untuk minta derma?
- Kemana pemilik rumah anak yatim? Patutnya walaupun susah macam mana pun bukan tanggungjawab anak-anak yatim tersebut untuk keluar meminta derma.
- Tak takut dosa ke pemilik rumah yatim yang terang2 menganiaya anak-anak ini?
Bukan satu situasi tapi dah banyak sangat dah. Memang agak merimaskan dan menimbulkan keraguan tapi saya dan suami tetap kan beri sebab ada satu perasaan kalau dia tidak menipu bertapa bersalahnya kami tidak memberi ketika dia minta ketika kami dalam keadaan masih ada wang untuk makan nasi, makan ayam dan memenuhkan keperluan kami yang pelbagai. Saya tidak kisah kalau ada orang datang minta derma untuk sesuatu perkara. Tapi dengan menggunakan anak-anak yang sepatutnya masanya ada rehat, ada waktu belajar dll dipergunakan untuk hal seperti ini, hati saya amat terluka. Jika dia menipu, tak mengapa. Tak berbaloi mempersoalkan seringgit dua yang ditipunya. Namun bagaimanakah perkara ini harus diubah??
memang pun zakiah, haritu akak ada nampak kat depan maybank pun cam gitu gak..entahlah kan, akak pun sedih kalau cam gini..akak pernah dengar ceramah dia kata, kalau orang yang mintak derma tu tipu, biarlah itu urusan dia dengan Tuhan..selagi mampu akak derma..tak luak pun duit yg kita bagi tu kan..
ReplyDeletebetul-betul kak...niat je sedekah,,kalau kena tipu pun allah tetap bg pahala kat kita..:)
ReplyDeletetapi sian sangat budak2 ni kan...