Boleh jadi hari ini kita sihat tapi esok kita sakit
Boleh jadi hari ini kita kaya esok kita jatuh miskin
Boleh jadi hari ini kita waras besok kita gila
Boleh jadi hari ini kita sibuk esok kita lapang
Boleh jadi hari ini kita tenang esok kita gusar
boleh jadi hari ni kita beriman esok kita kufur
Boleh jadi hari ni kita hidup esok kita mati
Begitulah sebaliknya. Aku masih bertangguh-tangguh. Malah ada yang masih belum dilakukan dengan sempurna. Sesungguhnya, diri ini tak dapat meramal apa yang bakal terjadi esok atau satu saat yang akan datang nanti. Apakah yang dikerja dan dikejarkan hari ini berguna didunia ini atau berguna diakhirat nanti.
Beribadahlah seperti esok kita akan mati. Tatkala mati menyinggah di benak hati setiap hari, perasaan ini dirobek dengan perkiraan amalan yang masih sedikit dan perasaan anak-anak dan suami yang bakal tercalar.
Bekerjalah umpama kita akan hidup seribu tahun. Tatkala itu yang datang, resah pula dengan urusan dunia yang tak habis diselesaikan.
Seringkali malu menghadap Allah kerana mungkin adab aku seharian dan adab aku dalam sembahyang mencacatkan permintaan untuk aku beroleh tenang. Seringkali gusar kekurangan diri bakal dibalas dengan rejaman api neraka jahanam.
Ya Allah, aku tidak layak menghuni syurgamu. Aku yang hina ini malu membaca rintihan Rabiatul Adawiyah yang berdoa kepadamu dengan doa,
"Ya Allah, andai aku beribadah kerana takut di balas ke nerakamu, masukkanlah ke dalam nerakamu
Jika aku beribadah kerana cintaku kepadamu, masukkanlah aku ke dalam syurgamu"
Masih lagi aku bertangguh dan tidak istiqamah?
Dari Ibn Umar r.a. berkata, Sabda Rasulullah s.a.w.
"Bila kamu berada pada waktu petang maka janganlah menantikan waktu pagi. Dan bila kamu berada pada waktu pagi janganlah menantikan waktu petang. Pergunalah masa hidupmu untuk saat kematianmu." Riwayat Bukhari
No comments:
Post a Comment