Wednesday

Tak Berharta tapi kami bukan DOT DOT DOT

Tidaklah terasa berat dengan tuduhan yang telah dilemparkan kepada suami beberapa hari yang lepas walaupun tuduhan itu amat berat. Dia tak buat jadi dia tak pernah berasa takut. Tapi kecewa dan sedih apabila "beliau" mengeluarkan tuduhan dan mengaitkan suami miskin, ayah dan mak bercerai, broken family. I know my husband feeling sekarang sedih. Rasa macam saya sendiri nak pergi bercakap dengan "beliau". It is too much!! Yess..kami memang tak berduit..kami tak seperti "beliau" yang ada orang gaji, everyday have a choice to makan mcD or pizza or even sushi king with her family tapi kami bukan DOT DOT DOT. Abang dah cukup bersedih bila dia takda ayah yang bertanggungjawab seperti orang lain sejak dia lahir. Bila hidup terpaksa berkongsi kasih sayang dengan keluarga tiri. Orang boleh cakap apa saja tentang kelemahan hidupnya. Tapi saya tahu timbal baliknya adalah pahala untuk kesedihan abang. Abang seperti abang, hanya memendam perasaan dan meneruskan hidup dengan seluruh semangat yang ada.

Senang saja nak lemparkan tuduhan kepada suami kerana dia computer geek. Know everything about computer..malah abang boleh ingat apa brand, capability computer dengan hanya memberi gambaran komputer..senang saja nak lemparkan tuduhan kepada suami tanpa siasat di pintu pengawal..
Abang paling sedih apabila seorang KJ yang dianggap abang mengaku dengan KJ yang lain selepas kejadian tu dia dah tak berapa nak tegur abang...What a heck!!!! he not even asked abang anything.

Atas apa bukti yang kamu semua nak tuduh abang DOT DOT DOT!!! Tuduhan hanya datang dengan sangka sangkaan saja..Hanya atas kapasiti beliau berpangkat dan berduit dia boleh tuduh my husband sewenang wenang!!. Bila jadi macam ni kat abang, i wonder dah berapa banyak beliau tersilap dan salah dengan orang..sebelum ni pun pernah jadi benda yang sama dan 100% beliau tersilap. Sekarang belum jumpa jalan penyelesaian dan suami masih disyaki. Saya nak tengok tinggi mana ego beliau. Adakah dia akan minta maaf dari abang jika hal sebenar terbongkar.

They said maybe police will come to our house to serbu. saya tak resah dengan tuduhan ni. Apa yang datang saya akan pertahan suami habis habisan. At that night my husband ada dirumah bersama saya. I know my husband. Suami saya bukan orang yang suka keluar tak ketahuan hala. Kalau husband orang lain mengeteh atau ada activity without family, my husband bukan seperti itu. Dia lebih suka duduk dirumah bersama saya dan anak-anak. Saya tak pernah halang suami malah saya bukan perempuan "cemburu laki" seperti beliau pernah cakap suatu waktu dahulu. Nak kemana-mana kami mesti pergi bersama.  Kalau dia nak buat tak payah tunggu sekarang..dulu lagi abang boleh buat..Jika keadaan menjadi berat, dan kami tak mampu lawan didunia, kami tahu Allah tetap ada untuk membalasnya diakhirat. 

Ya Allah tatkala kau hadirkan ujian untuk sekian kalinya
kami mohon padamu agar janganlah kau bolak balikkan hati kami
menjadikan hati kami berkata "menidak-nidakkan kebaikkan kami dibalas dengan ujian sebegini"
Kami tahu Ya Allah, kau timpakan ujian ini
adalah untuk menguji keimanan kami
untuk mensucikan hati dan dosa kami
Untuk mengajar kami tentang kepura puraan dunia ini
dan sesungguhnya demi kerana engkau sayang kepada kami
bukakanlah jalan agar masalah ini bertemu jalan penyelesaiannya.
Ampunilah dosa kami
bukakan pintu hidayah kepada beliau agar dia tidak merendahkan kami seperti dulu dan kini hanya kerana dia BERDUIT dan BERPANGKAT.....


You may write me down in history with your bitter, twisted lies
You may trod me in..the very dirt,
But still, like dust I'll rise
You may cut me with your eyes
You may kill me with your hatefulness
You may shoot me with your words
but still, like air, I'll rise





5 comments:

  1. zakiah kenapa ni? cuba citer ngan akak..ym kat fb ke..

    ReplyDelete
  2. OMG.....harap Zakiah dan family bersabar ye. Hm aku cuba faham situasi mcm ni dan aku rasa lebih kurang mcm kes ayah aku kerja dulu. Tengah2 malam polis datang rumah. Geledah rumah tapi mereka tak jumpa apa-apa pun untuk dikaitkan dengan kes. Ko bayangkanlah...polis datang malam2...aku dengan adik2 rasa pelik, ayah buat salaha pa sampai polis datang ke rumah. Mujurlah saat tu aku dah boleh timbal mana yang baik dan buruk....kita berdoa sama-sama, moga BELIAU itu dibukakan mata hatinya...Insya Allah...

    ReplyDelete
  3. walaupun aku tak tau apa yang sebenarnya berlaku, nasihat aku bersabar banyak dan berdoa supaya Allah swt tunjukkan kebenaran kepada mereka. Insya Allah, doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan. Mulut orang memang kita tak boleh nak tutup, tapi selagi kita tak buat, kita tak perlu takut. Solat hajat banyak2 dan minta Allah tunjukkan kebenaran. Insya Allah kami kat sini akan sama2 doakan supaya apa yang benar akan terbongkar juga. Semoaga ang n Saiful banyakkan bersabar sebab Allah SWT itu sentiasa bersama hambaNya yang sabar.

    ReplyDelete
  4. Bayangkan pergi kerja untuk bertemu/jumpa manusia sebegitu...Diorang takdelah kata polis akan serbu, just kalau polis datang opis & umah untuk siasat, it's gonna messy and big news...

    ReplyDelete
  5. kak missbby: TQ kak. Nanti zakiah cerita kak akak ye..buat masa ni nak hold dulu..tengok keadaan. Kalau kes abang jadi serius baru zakiah cerita. kes dia lebih kurang kes sopian kat cec dulu.

    thanks intan dan kak long.

    Alhamdulillah allah beri ketenangan sebenarnya. Cuma berharap beliau stop saying mean word to us. bukan kali ni dia ckp..dah banyak kali. dia ingat dia ada duit ada pangkat kami ni lekeh sangatla..harap Allah beri hidayah pada dia. mungkin intention dia nak bg motivation la kot..tapi dia bukan kenal pun ngan kami...lansung tak tau cerita pun pasal kami..jadi bila ckp ikut mulut dia semua jadi BISA dan tak kena tempat :)

    abang: huh i get missunderstood the words..tapi what ever gonna happen i will stand for you..ALWAYS!!!

    ReplyDelete