Dari http://www.albarakah.org/legacy/
Ustaz Kazim yang baru menjalani pembedahan dua hari lalu masih terlantar  sakit dan sedang menjalani rawatan susulan. Walaupun telah dibenarkan  pulang ke rumah, namun Ustaz terpaksa berulang alik setiap hari ke pusat  rawatan bagi memastikan lukanya dapat sembuh. Penyakit tersebut hanya  dapat dikesan pada hari Isnin 4hb Julai 2011 dan pembedahan dijalankan  pada keesokan harinya 5hb Julai. Disamping itu Ustaz juga mengidap  penyakit diabetes yang telah lama dihidapinya dan ini menyukarkan lagi  keaadaan. Kemungkinan rawatan merawat ketumbuhan tersebut akan mengambil  masa selama 2 hingga 3 minggu. Diharap kepada semua peminat Ustaz dapat  menghormati masa rehat yang diperuntukkan bagi memudahkan proses  penyembuhan tersebut. Ustaz mengucapkan terima kasih kepada semua yang  mengziarahi dan mendoakan kesejahteraannya.
Sedihnya bila beberpa minggu lalu dikhabarkan Ustaz Kazim jatuh sakit. Banyak ilmu dan kesedaran dari ceramah-ceramah beliau.Ya Allah, Semoga Ustaz Kazim cepat sembuh, terlindung dari kejahatan manusia, jin dan syaitan. Amin  
 

 
semoga dia cepat sembuh dan perjuangkan agama suci ini :-) hingga hujung nyawa
ReplyDelete