Monday

Menjadi-jadi lupa

Macam menjadi-jadi pulak penyakit lupa ni. Nak dikatakan mengandung sampai jadi sakit lupa idak le pule...

Tapi memang makin teruk. Adakah otak ini sudah tidak diaktifkan seperti dulu. Maklum sajalah sejak ada henfon ni, satu nombor telefon pun tak ingat...Cuma ingat nombor diri sendiri. No phone suami boleh ingat pun sebab hujungnya saja yang berbeza.

Yang dikatakan semakin menjadi-jadi tu contohnya bila saya tengah masak...mula-mula buka bekas rempah dan ambil rempah untuk dikisar dalam pengisar kering. Otak dan kata ambil balik tudungnya dan tutup tapi saya ambil tudung pengisar nak tutup bekas rempah. Dalam blur saya terdetik kenapa tak boleh tutup ni..??? Kemudian baru sedar silap penutup rupanya..

Ada juga saya nak tutup suis lampu tapi saya pergi tekan suis kat tv...Adoi...apa yang ta kena...

Ataupun bukan lupa tapi otak dah ter"abuse" dengan banyak benda yang dilakukan serentak..huhu..yeke???? jadi bila otak dah kata buat begini tapi action lambat sembat terlampau kalut buat itu ini...

Tadi nak isi borang claim tapi lupa bawa buku akaun jadi telefon suami di opisnya..Tanya dia ada simpan tak no akaun...? Sebenarnya suami saya memang kuat hafal nombor.(ehem! bukan no ekor ya..) :) Dia tak payah buka hphone untuk tengok no akaun hutang kereta, rumah, bank saya malah no pin atm saya pun dialah yang ingat..

kemudian, dia cakap "no akaun ayang 019701..."
Dan saya pun baik punya boleh tulis sebijik-bijik tanpa sedar atau ingat itu no hset saya la...

TERUKNYA ingatan saya ni!!!

Terus pecah gelak la suami....

........................................................................

4 comments:

  1. hehe..

    ada juga penyakit ni..
    tp kwn2 ckp sy bnyk fikirkan bnda lain (x fokus)...

    (^__^)

    ReplyDelete
  2. kena byk makan kismis ni dear.. hehe

    ReplyDelete
  3. Kurang fokus je tu. Mungkin sebab ang asyik dok pk byk keja nak buat, so masa buat keja tu asyik pk lepas ni nak buat keja lain sebab tu tak leh fokus pada keja yg dibuat kot..

    ReplyDelete
  4. heheh...sempat hubby pekena kan sis yer...ekekekek....

    tapi lately ni pun saya kuat lupa, sampai kena bebel ngan hubby...adoi la...

    ReplyDelete