Friday

Diri ini

Detik-detik hari yang kian bertambah
Tertanya-tanya apa yang mata ini telah lakukan
Apa yang telah tangan ini dermakan
Apa yang kaki ini jalankan

Tertanya-tanya lagi Apa yang otak ini fikirkan
Apa yang hati ini lintaskan
Apakah sikap ini menjadi kesukaan
Atau sikap ini masih menjadi kebencian
Atau kata-kata ini masih dan tetap menyakitkan

Ku rela mulutku diam
Tapi kadangkala bila bercakap
Adakah perkataan yang menjadi kesakitan?
Kadang kala ku rasa sudah elok pada apa yang telah dituturkan
Tapi mungkin bisa menjadi salah faham
Kerana aku yakin aku belum pernah berniat
supaya lontaran itu menjadi gurisan
yang berbekas di hati insan

Andai diriku diberi pengalaman
Pernahkan aku bertanya pada sesiapa si polan
pada perjelasan
yang kadang kala hatiku pula menjadi tertekan
kerana mungkin hatiku membuat tohmahan
pada kata yang tidak si polan maksudkan

Ku tahu apa yang dilakukan
Hanyalah buah-buah kerinduan

Ku rela mengurung diriku
Tapi nanti aku jakun dengan keadaan

Usaha dan terus usaha untuk membuahkan kebaikkan
Ku mohon dibuang segala demdam
dan Allah jualah kumohon agar menyuluh jalan

Biar TERANG BENDERANG....


Rulza 13-April-2012

No comments:

Post a Comment