Tuesday

Langgar lagi

Suami saya tergelak bila saya bahasakan Ummi dengan kucing-kucing yang dah melekat di rumah. Dah beranak dah pun. Bila tengok kucing ni beranak, teringat yang amat kucing yang kami buang dulu.

Kisahnya kami buang kucing tu sebab inseden terlenyek anak kucing dengan kereta kami. Jadi nak elakkan kejadian yang sama berulang kami buang kucing yang mengandung tu. Ini kisah kucing tu. Dalam hati sedihnya bila ingatkan kucing tu sebab buang je kucing tu tak berapa lama datang pulak kucing lain. Mengandung lagi...!

Asalnya seperti selalu kami kesian dengan kucing yang datang minta-minta makanan. Memang kami akan beri makan tapi kalau boleh taknaklah bela. Bukan apa saya sangat kesiankan kucing-kucing yang lapar tu tapi saya bukannya pembela yang bagus. Saya bukan seorang yang rajin dan LARAT nak berkemas-kemas. Bila ada kucing bertambahlah kerja saya. Kadang-kadang masa memasak misalnya bila anak mula buat perangai kucing yang dah melekat dirumah pun buat perangai. Suara kucing minta makan sama naik dengan suara tangis anak...Saya selalu cakap "Ummi kalut, hangpa semua pun lagi kalut!"...Kalau dah ada anak kucing tiap harilah kena basuh porch sebab hari2 diorang berak dan kencing kat grill.

Hari ni apa yang kami risaukan dah jadi. Mulanya kami terfikir-fikir nak buang je kucing-kucing tu. Tapi hati ni berat sangat. Kalaupun saya tak manjakan diorang atau cuma bagi makan sahaja, sekurang-kurangnya mereka takkan jadi stray cats. Tak akan kena sepak dengan orang jahat atau takkan kena gigit dengan binatang lain.

Hari ni, macam selalu tengahari balik lunch di rumah. Kemudian pukul 2 masuk balik ke pejabat. Kami dah periksa dah bawah kereta. Adanya cuma seekor. Jadi saya assume mungkin seekor anak lagi terkurung di dalam rumah. Jadi dalam cepat nak cepat ke pejabat tak terfikir lansung mungkin dia duduk dalam enjin ke atau kat atas tayar.  Kami betul betul dah cek cuma ada seekor saja bawah kerata...Sedihnya..Kami terlanggar lagi..

Saat ini saya sendiri keliru dengan diri sendiri. Banyak persoalan bermain di fikiran. Kenapalah tak terfikir nak periksa dalam enjin...Betul ka dah betul betul periksa. Arghhhh...sedih...Berdosakah kami??

Kucing-kucing, semalam ummi ada cakap dengan ayah nak namakan kamu semua. Sebab kami sudah berniat nak bela. Tapi hari ni kami sudah langgar adik kamu tu...Sedihnya Ummi....


6 comments:

  1. Dah ajal dia. Apalah yang dia buat duduk dalam enjin kereta tu. :(

    ReplyDelete
  2. zakiah memang sedih..akak pernah kena cam ni bila kucing kesayangan dia sejuk so dia duduk dalam enjin, masalahnya bukan anak kucing lagi tapi kucing dah besar..since dari tu kalau ada kucing2 datang rumah, kitaorang akan check sampai ke enjin-enjin kereta..

    ReplyDelete
  3. memang dah ajal dia...jangan sedih sangat ya. Saya tak suka bela kucing, tak berapa minat kucing, tp kalau ada yg tersesat datang rumah, mmg suka nak beri makan, tp nak jaga dan bela....aduh! Tak suka bulu dia sebenarnya...

    ReplyDelete
  4. alaa tiannya

    akak pun sama, kurang nak rajin nak bela2 kucing ni, akak pun makan asal sempat, tapi yg biasanya kalau dah penat makan kat kedai jer, nasib baik en somi x bising... isshhh

    ReplyDelete
  5. dulu masa time sekolah penah Hud penah bela 2 ekor anak kucing siam. Comel sungguh. Tapi sempat bela dua minggu je, sbb seekor kena langgar dek pak cik...sebab kesian sgt, terpaksa bagi org jer yang sekor lagi sebab takut terlanggar.. Tapi takpe, kalo ang dah niat nak bela, bela la...kata orang binatang peliharaan selalu mendoakan tuannya denga kebaikan...Insya Allah.yang lain tu serahkan padaNya.

    ReplyDelete