Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Pelik - Pelik manusia sakarang ni, dari isu hudud yang begitu begini, syair ni jugak jadi isu. Seingat sayalah syair ni bukannya abad 2000 baru orang dok baca dah lama dah.
Mungkin pada fahaman Ustaz Imam Muda dan UFB berbeza dengan maksud yang saya dan UAI perkatakan. Namun Atas dasar apa pula fahaman peribadi tersebut harus disebar-sebarkan hingga mungkin menimbulkan fitnah pada Imam syafie dan mungkin menjadi fahaman salah bg yang mendengar. Kadangkala setengah pendapat harus kita simpan saja atau jika mahu dibahaskan perlu ada pegkajian yang kukuh. Sebab imam syafie bukanlah calang-calang manusia. Beliau adalah GENIUS ISLAM!!! Malah Mazhab dia kita ikut sekarang ni.
Lihatlah bait-bait lirik tersebut. Tidak pula ada ditulis ada tempat yang lain antara syurga dan neraka dan Bagi fahaman umum, saya kira kebanyakkan orang faham syair ini adalah luahan rasa rendah diri yang banyak salah pada Allah.
Saya selalu bertanya pada suami, Melihat dan mengetahui dosa dan kelemahan diri "APAKAH SAYA LAYAK NAK MASUK SYURGA? Rasanya tak layak dan jika diandaikan sebuah lautan mungkin amalan saya cuma setitik air. Astagfirullah. Tapi mana mampu saya nak merasa bahang api neraka....Hanya dengan rahmat dan belas kasihan Allah saya amat harapkan saya diberi masuk ke syurga...Macam UAI cakap kita sendiri kenal diri kita.
Dan syair itu saya kira sembahan rasa tawadhuk kepada Pencipta dirinya.
Macam-macam juga hal sekarang ni. Kadang isu pun pelik-pelik. Kadang-kadang buat orang terkeliru malah mungkin boleh meruntuhkan institusi mazhab atau hadis itu sendiri. Nauzubillah.
teima kasih share video ni rulza. Yalah, setuju dengan UAI, pelik juga dengan penjelasan ustaz2 berdua tu ya. Hmmm....
ReplyDeleteDalam hal ni, saya bukan nak puji Ustaz Don Daniyal, tapi beliau akan merujuk kepada orang/ustaz lain yang dirasakan lebih berpengalaman/berpengetahuan daripada dia sebelum dia nak perbincangkan sesuatu perkara. Jadi kalau kita sendiri ada salah faham, akan jelas. Ini terus buat kenyataan/ceramah macam tu...
ReplyDeleteHarus diingat/diketahui, macam mana orangnya Imam Syafiie tu, barulah kita boleh nak pertikai (pertikai, bukan tolak terus ya....lain maksudnya)...