Monday

Terkejut bila makcik cleaner bertanya......

Sekali Makcik cleaner tu bertanya. "Beraninya kamu duduk dua orang dengan orang pakistan tu?"

Memang terkedu sebab sepanjang 5-6 tahun di TTC yang kini dipanggil AMMC ni bukan saja pakistani dah macam-macam orang duduk disini. Indonesia pun ada, Arab pun Ada.....Melayu pun Ada....:)


saya cuma jawab tak dan makcik tu bertanya lagi.."Yeke Berani?"

Saya jawab "tak" juga..

Saya semak hati saya takutkah saya? Beranikah dia buat sesuatu kepada saya? Dalam Kawasan Universiti ini???

Saya lihat dia menghormati saya. Setiap hari memberi salam kepada saya. Lagipun biliknya di belakang, Saya duduk di ruang depan. Bukan saya seorang disini. Masih ada pelajar pasca siswazah yang lain...Walaupun masa kehadiran kami semua ke pajabat tidak sama, sekurang-kurangnya ada orang lain yang keluar masuk dari pejabat kami..

Saya tak pernah memikirkan the worse scenario..Lansung tak terfikir...sebab saya tidak pernah prasangka dan memandang rendah terhadap dia...

Positifnya makci tu nak saya berwaspada...Cuma terkejut, makcik tu boleh fikir sampai ke situ..

Insyaallah, Saya masih berani dan tidak terfikir sampai kesitu. Semoga Allah beri keselamatan.

1 comment:

  1. Makcik tu yang takut sebenarnya. Tapi bagus sebab dia sangat-sangat berwaspada. Sangat-sangat bagus. Tak macam sesetengah orang kita, langsung buat tak tahu.

    ReplyDelete