Monday

Kad Raya Istimewa



Zaman teknologi canggih ni jarang dah orang nak hantar kad raya. Sekarang semuanya mudah dihantar dengan ucapan melalui facebook ataupun SMS. Tapi saya tetap menerima kad ucapan paling mahal didunia ni :). Mak dan adik-adik hantar kad raya pada kami sekeluarga disini. Mak siap pos duit raya kat cucu-cucu jugak. Saya tahu mereka semua rindu sebab tahun ni saya tak dapat pulang beraya disana walaupun pada hari raya kedua. Tahun ni memang giliran beraya di rumah mertua. Tapi selalunya walaupun beraya disini mesti dapat juga balik pada hari kedua raya. Memang dapat bonus tapi ditolak keperluan wang itu ini yang wajib dibayar sebelum raya dan yang perlu disimpan sebab elaun belajar tamat bulan sepuluh macam tak dapat juga balik. Kesiannya mak dan adik-adik rindu :(. Tengok la gambar sebelah ni, mak siap tampal gambar kartun. Yang pakai baju biru tu bondala, yang budak lelaki tu Umar dan Ammar. Aduhai mesti mak rindu sangat. Insyaallah mak, kakak dan abang zaree akan cuba kona-kona budget ni. Biarlah tak meriah duit tapi boleh balik jumpa mak dan adik.Sob sob sob. Bila tengok kad raya ni sedih sangat. Takpe insyaallah pasni mesti ada rezeki lebih. Allah tidak pernah menyusahkan diriku.

2 comments:

  1. Sedihnya zakiah..sabar eh..insyaallah ada rezeki dapatlah balik jumpa mak dan adik2 kan..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak missbby. Harap akak pun sama. semoga hari raya nanti gembira dan ceria sahaja. insyaallah

    ReplyDelete