Friday

Ummi Sorry : Ammar Jatuh

Memang tak dapat nak maafkan diri sendiri hari ini. Saya tak sangka tindakan saya meninggalkan Ammar dia atas sofa sementara nak basuh botol dan bancuh susu menyebabkan Ammar terjatuh dari sofa.  Muhammad Ammar bermain di bahagian tepi pemegang sofa agaknya. Main panjat-panjat seperti nak naik motosikal tu. Saya percaya mulanya akan okay sebab Ammar dah tahu bahaya tempat tinggi. Dia tahu kalau dia buat sesuatu yang boleh menyebabkan dia jatuh. Tapi sangkaan saya silap sebab dia hanyalah anak kecil yang masih tak mampu mengawal langkah dan mengimbangi badannya. Walaupun dia tahu untuk menilai keadaan tapi dia tak mampu mengawal pergerakkan dirinya dengan sempurna. 

Kali ni memang mendebarkan, sebab dahinya pecah darah, hidungnya tercalar dan lebam, gigi susu yang baru nak tumbuh luka dan tempat penyambung gusi dan lidah juga luka. Yang membuatkan saya cuak dan menangis ialah hidungnya berdarah!!

Selalunya bila Ammar jatuh  cuma lebam sedikit sahaja. Tapi kali ni dari dahi, hidung dan gigi ada luka. Saya telefon suami tapi suami tengah meeting jadi saya tak sampai hati nak bagitau. Tapi bila darah di hidung keluar lagi saya terpaksa telefon lagi dan bagitau. Suami balik dan bawak anak ke Pusat Kesihatan Universiti.
Alhamdulillah takda apa yang serius. Tapi untuk anak kecil jika anak terjatuh dan ada simptom serius seperti sawan, berdarah atau muntah memang kena ambil berat. Malah kalau bengkak menjadi terlalu sakit dan mengelembung dengan teruk juga ke ambil serius sebab anak kecil sangat "fragile". Apapun boleh jadi serius akibat terjatuh. Walaupun ketinggian tidka sampai sekaki.

Malah Ustaz Kazim pesan kalau anak atau diri kita ada sakit-sakit banyak, cuba ingat balik kita pernah jatuh terhantuk bahagian belakang kepala atau tidak. Sebab bahagian belakang kepala banyak kawal saraf badan. Kadang2 sakit kaki atau perut berpanjangan disebabkan bahagian otak di belakang kepala gagal mengawal /lupa untuk urus saraf tersebut akibat dari kita terjatuh. Jatuh terhentak di bahagian belakang kepala yang serius boleh mengakibatkan hilang ingatan yang serius. 

Alhamdulillah, Ammar tak apa-apa. Kalau anak jatuh dan kita melihat keadaannya teruk kena segera bawa ke hospital. Memang saya tak dapat maafkan diri sendiri. Ohh pasni harapnya semua akan okay dan takde dah jatuh jatuh ni..Na'uzubillah. 

Lagi satu ibu bapa kena ada pengetahuan asas bantuan kecemasan dan ilmu untuk kenalpasti kecemasan. Penting! sebab bila tak tahu kita boleh jadi super panik. Kat rumah pun mesti ada alat-alat asas untuk bantu semasa kecemasan. Contohnya termometer. Perlu tahu bila jadi kecemasan sekiranya anak demam dan suhu meningkat contohnya. Bila suhu meningkat 40 darjah ia dikira kecemasan dan anak kena segera bawak ke hospital jika kaedah cooling dengan air/ais tidak berkesan. Lagi contoh ialah penyedut hingus untuk anak kecil. Jika selsema teruk peralatan ni boleh membantu melegakan hidung anak dan membantu dia bernafas. Selainya macam handyplus, salap dada (century, vick), pek ais/ais dan sebagainya perlu ada.

Begitulah seorang ibu bukan saja ibu dirumah, tapi dialah doktor, jururawat dan penenang bagi ahli keluarganya. Belum lagi sebagai perangcang kewangan, penasihat fesyen, chef, penasihat diet dan makanan dan berpuluh lagi macam tugas..Tough kan jadi Umi?? Apapun kejadian hari ni janganlah berulang lagi..

Pasal bayi jatuh boleh panjangkan bacaan ke Bayi saya jatuh tapi Ok


2 comments:

  1. hissshh, bahaya zakiah..Nasib takder apa-apa..Harap lepas ni kena jg bebaik yea..Memang risau kalau budak2 jatuh. Memang patut pun ibu bapa kena ada pengetahuan asas dalam pertolongan cemas kan..

    ReplyDelete
  2. haah kak..cuak zakiah tadi..harap tak jadi lagik..betul-betul kak..at least kena tau sikit2 kan..

    ReplyDelete