Sebelum menjadi isteri dan Umi, saya sukar memahami kepenatan emak. Sebab emak saya tak pernah merungut dan mengatakan dia sangat penat. Malah mak tak pernah mengunkit bila saya membuat perangai buruk yang sukarnya dia melahirkan saya. Saya kira kebanyakkan ibu-ibu semua pun begitu. Tetap menyembunyikan kesukaran, kesakitan dan kepenatan dalam membesarkan anak-anaknya.Tapi ada juga segelintir ibu yang pernah saya dengar mencaci anak-anak dan bercakap tentang menyesal melahirkan dengan kesakitan yang Allah beri untuk dijadikan pahala. Di rumah saya cuma tolong mak masak, jaga adik dan kemas rumah. Tupun bila dah berusia 10 tahun baru mula tolong. Sebelum ni masa kami masih kecil tentu sebenarnya mak lebih penat.
Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”
Begitula apabila menjadi ayah dan ibu. Jika selalu mengikuti halaqah sentuhan qalbu, bila ada topik pemasalahan anak-anak apa yang diutarakan yang menakutkan hati ini ialah, apabila anak berbuat salah dan derhaka APA SILAP IBU DAN AYAH?? Dalam slot tersebut yang disentuh anak salah dan tak boleh derhaka itu sedikit sahaja.
Maksudnya semuanya salah ibu ayahla..Nanti bila anak buat salah senangla pulak dia nak tunding ke muka ibu dan ayah. Tidak-tidak, sekarang ini peranan ibu dan ayah. Saya kira ibu dan ayah yang mahu anaknya soleh, disaat mereka mendidik dan mengajar dalam mendepani cabaran dunia canggih ini, pasti ada satu perasaan takut dan resah dalam hati adakah ajaran yang diberi cukup agar anak menjadi pembela agama dan dirinya didunia dan akhirat. Peranan anak tetap seperti yang Allah sebut dalam alquran supaya tidak derhaka, kenang jasa-jasa ibu dan ayah, berbakti dan berbuat ihsan kepada mereka.
Masa saya bersiap untuk bergelar isteri dulu, Mak pesan pada saya, "Kakak, bila dah jadi isteri nanti tak boleh malas-malas. Sekali dah jadi isteri dan umi sebenarnya tak sempat nak malas pun, walaupun ada hati nak buat begitu. Kadang-kadang bila anak-anak tidur siang, nak juga baring sekejap dan rasa malas nak buat benda lain tapi selalunya sebelum mata nak terlelap mesti ada salah seorang anak bangun. Kadang bergilir mereka bangun bila lena mereka tidak nyenyak.
Rutin harian tetap sama, memasak, membasuh dan lain2 tetap dalam jadual. Apa yang tidak boleh malas ialah bila anak-anak nak itu dan ini. Kadang-kadang baru nak duduk tiba-tiba Umar datang bagitau "Umi , Umar Beeyak". Kadang-kadang baru nak lelap Ammar pulak terjaga nak susu. Seringkali mereka seperti kembar bergilir-gilir berak, minum susu, menangis, ketawa, bergaduh semuanyalah berturut-turut. Jadi camana nak malas-malas.:)..walaupun sekali sekala nak rehat dengan malasnya..:)
Baru saya tahu maksud mak. Memang tak sempat pun nak malas. Malah tak sempat juga nak buat benda lain. Kadang-kadang dalam satu-satu masa keperluan suami pulak jadi no 2. Sementara anak nak besar sedikit, mujurlah suami memahami dan membantu. Kalau tak lagilah tak sempat.
Pernah dulu sembang-sembang dengan kawan-kawan. Ada satu cerita seorang suami geli nak basuh berak anak. Memang tak boleh terima dalam fikiran saya ni. Anak sendiri pun geli. Kalau isteri mati gamaknya keringla tahi di punggung anak tak basuh..Gamaknya la..
Tapi saya kira suami tu sebenarnya take for granted isterinya. Kalau la dia berniat nak ringankan beban isteri pasti rasa geli tu dibuang jauh2. Lagipun, anak sendiri ni kan. Bukannya anak orang lain..
Tapi saya kira suami tu sebenarnya take for granted isterinya. Kalau la dia berniat nak ringankan beban isteri pasti rasa geli tu dibuang jauh2. Lagipun, anak sendiri ni kan. Bukannya anak orang lain..
Bila dah jadi Umi, saya kira saya faham kesusahan mak. Kalau dulu-dulu saya akan menegur mak walaupun mak salah, kini saya rasa dengan semua pengalaman saya sebagai isteri dan umi saya kira saya tak layak kerana kasih sayang, ajaran dan kesusahannya terhadap saya melebihi segalanya. Selepas ayah takda, kami semua kena menjaga sesama kami. Jika mak ada silap yang mungkin menyebabkan mak dibuli atau salah saya dan adik2 pasti tegur sebab mak memang seorang yang manja dan orang mudah mengambil kesempatan terhadapnya. Bukan tegur sebab nak lawan cakap mak, tapi masa tu kesukaran tanpa ayah kami harus menjaga sesama kami supaya takda ruang untuk lemah dan bersedih. Bayangkan seumur hidup saya , mak tak pernah cerita pasal orang dan jika orang buat jahat atau berhutang tak bayar, mak akan cakap "takpalah kak, takpalah kak. Tapi itulah mak.
Sebab mak tak pernah cakap penat, saya ingat mak tak pernah penat tapi bila jadi umi, saya dapat rasa inilah kepenatan mak dahulu. Tambahan sama saja situasi saya dan mak yang mempunyai anak yang rapat. Memang betul cakap mak, bila dan jadi isteri tak boleh malas-malas. :) . Mak I love You.
No comments:
Post a Comment