Wednesday

Mulanya Punggur Akhirnya Pontian :)


Ahad yang lepas hajatnya nak bawak anak-anak jalan ke Punggur. Pukul 9 baru bertolak dari rumah. Tak bawak bekalan apa-apa pun. Hanya bawa susu yang dibancuh saja sebotol untuk masing-masing. Yala ingat nak pergi sekejap-sekejap sahaja. Tapi dalam pertengahan jalan sebelum sampai ke Punggur, abang cakap macam nak jalan jauh sikit pulak. Jawapannya samada benut atau pontian kechil la. Tempat yang menarik sikit mungkin Pontian kechil la kot.  Last-last dengan tak bawak bekal Cloth diaper, dan susu anak, kami pergi ke Pontian Kechil.

Abang tanya apa maksud Punggur. Saya pun tak tau jawapan
masa tu. Tapi ini hasil darian di Google. Punggur bermaksud dahan kayu yang mati atau Tunggul. Sebenarnya kami just nak wat aktiviti biasa je. Macam selalu just drive sambil cakap pasal macam-macam perkara dan lihat alam sekeliling. Tapi Alhamdulillah, kami terjumpa laut/pantai yang dah ditambak kot. Boleh tahan juga pengunjung yang buat aktiviti. Ada Melayu, Cina dan India. Semuanya buat aktiviti keluarga. Best juga tengok ada keluarga buat aktiviti memancing. Ada jugak sekumpulan kawan berbaring-baring membiarkan tubuh disapa angin lembut laut yang datang. Kami duduk juga di batu-batu yang digunakan untuk menambak pantai. Apabila ombak menghempas ke batu-batu dan air memasuki di celah-celahnya ia menghasilkan alunan dan bunyi yang tersendiri. Plop plop plop....Lepas tu balik la semula ke Parit Raja. Perjalanan hari itu hampir 120km..:)

2 comments:

  1. Zakiah, memang seronok jalan-jalan biasa cam gitu sambil berbual2..akak pun kadang2 buat cam gitu jugak..saja2 nak release stress sambil menikmati pemandangan sekeliling..

    ReplyDelete
  2. haah kak, kalau kat rumah rasa macam susah nak bercakap pun ada. Kalut ngan anak-anak. hihi..kalau jalan2 camni boleh cakap panjang2.:)

    ReplyDelete