Thursday

Merdeka

Ini sebahagian tulisan yang dipetik dari ceramah Ustaz Kazim Elias. Nak kongsi bersama-sama pembaca lebih lebih lagi tentang merdeka. 
************************************************************************

Perkara-perkara mungkar tu banyak yang dibaca oleh Nabi sebelum baginda wafat. Nabi baca diatas mimbar dari Subuh hingga ke Asar. Nabi baca perkara - perkara yang akan berlaku hingga ke hari kiamat. Kata sahabat siapa yang yang kuat ingatan akan ingat, siapa yang kuat lupa akan ingat sebahagian saja. Nabi guna Mimbar setiap kali ceramah. Bukan guna setakat khutbah Jumaat sahaja. Tapi senario di Malaysia mimbar berharga 60-70 ribu tapi guna Jumaat sahaja dan diketika hari-hari raya.

Nabi pesan dalam khutbah yang panjang perkara-perkara mungkar tu apa maka siapa yang melihat perkara mungkar hendaklah dilarang. Diterangkan perkara-pekara maksiat yang banyak dimana di akhir zaman perkara maksiat tidak dianggap maksiat dan perkara ibadat pula dianggap maksiat. 

Penyanyi menyayikan 2-3 lagu dapat perolehan 17 ribu. Agaknya sebab tu mak ayah berlumba-lumba nak jadikan anak jadi penyanyi. Ustaz pula yang ilmunya guna sampai ke akhirat kurang di beri pengiktirafan. Sekarang nilai penyanyi tu tinggi malah tidak dianggap maksiat bila penyanyi diberi pengiktirafan dan anugerah yang bermacam-macam dan mewah.

Bila cakap pasal merdeka apa yang anak muda kita faham dengan merdeka. Adakah countdown tu merdeka? Kemudian bunga api tu bunyi macam bom. Padahal di zaman jepun dulu bagi tok nenek kita bunyi mercun tu menakutkan. Tapi anak muda hari ini lepas bunyi mercun jerit merdeka!! Anak- anak muda ambil bendera dan letak belakang motor kemudian bawa keliling kampung. Adakah itu merdeka?? Bagi anak muda kita merdeka tu rilek-rilek, lepak-lepak, nyanyi-nyanyi sampai pagi dan tidor tepi jalan.

Tok janggut yang digantung kepala dibawah dengan pakai cawat sahaja. Datuk Maharajalela dibunuh dan digantung. Pumtum digantung, Raja Abdullah dibuang ke Pulau Seychelles, Ngah Ibrahim tak dapat balik ke Perak meninggal tanam di Singapore. Kenapa mereka sanggup bersusah payah, sebab nak tengok bangsa dan agama kita kuat.

Sambutan merdeka bukan setakat lekat bendera dikereta atau ditepi-tepi jalan. Bagaimana penghayatan merdeka itu sendiri. Ngah Ibrahim tak pernah minta rakyat hisap dadah. Datuk Bahaman berjuang bukan minta orang melayu terima rasuah. Mat Kilau tak minta kita jual tanah kepada bangsa asing. Dol Said tak pernah harap orang melayu mengkhianati orang melayu. Tok Janggut tak bercita-cita agar islam dipandang rendah oleh masyarakat lain. Abdul Rahman limbong tak pernah pun bercita-cita dalam hati dan jiwanya nak lihat orang melayu sesama melayu bergaduh.

Apa makna sambutan merdeka jika semangat perjuangan perjuang dahulu di diketahui dan dihayati. Sepatutnya dalam bulan merdeka ni buang semua unsur-unsur penjajah. Semangat cintakan negara harus dipupuk. Buat lagi banyak cerita-cerita merdeka. Tiap-tiap tahun cerita sama saja, bukit kepong, leftenan adnan dan senarainya boleh dibilang sedangkan drama british banyak sangat. Macam mana nak rasa cinta pada negara dan menghargai kemerdekaan. 

************************************************************************
Apa makna sambutan merdeka? Betul cakap ustaz kazim, perlu ada banyak usaha untuk kembalikan semangat cinta negara dan menghargai kemerdekaan. Salah satunya filem-filem mengisahkan cerita merdeka dan perjuangan pejuang lama. Bagi saya sendiri bila melihat filem - filem tersebut memang jiwa ketika itu terisi dengan semangat. Tapi lama-lama kelamaan ibarat bateri yang tidak dicas ia kembali lemah. Begitulah pada hari ini , buang segala sifat kepartian dan asabiayah. Memang sukar untuk membawa jiwa anak muda hari ini untuk menghayati makna merdeka kerana mereka tidak pernah mengenal erti susah. Lantas, perlu ada satu perkara baru yang dapat membuatkan kita cinta pada Malaysia. Pada hari ini apa yang ada di Malaysia yang boleh buat anak muda rasa cinta dan sayang pada negara???

No comments:

Post a Comment