Friday

Deja Vu

Semalam terpaksa hantar Ahmad dan Muhammad ke taska sebab nak concentrate baiki thesis seperti yang dikomen dan print semula sebanyak 3 salinan untuk dihantar ke Pusat siswazah. Lepas masuk mesyuarat PS 10 ogos ni insyallah thesis akan diedar kepada pemeriksa-pemeriksa dan chairman. Mula-mula janji dengan dr yus nak hantar tengahari, last-last hantar jam 4 petang. Nasib baik Dr yus masih ada di pejabatnya.

Alhamdulillah dah boleh hantar 3 salinan tersebut. Masa sampai ada tetamu dalam bilik dr yus jadi saya serah thesis pada dr yus kat ruang tetamu fakulti saja. Masa serah tu ada kak alin, dr yus dan dr maiz. Kak Alin betul-betul ambil berat dan berusaha menguruskan thesis. Dr Yusri dan Dr Maiz bercakap tentang kemungkinan viva yang tak lama lagi. Dalam kesejukkan aircond dan kebasahan air hujan saya Deja Vu. 

Saya selalu cakap thesis ni ibarat baby dalam rumah saya. Saya menjaga 4 orang baby iaitu suami, Ahmad, Muhammad dan Thesis. Semuanya perlukan perhatian yang tersendiri. Semuanya penting dan ada keperluan yang perlu diselesaikan mengikut masa. 

Semasa Kak Alin yang betul2 memberi perhatian, Dr yus dan Dr Maiz bercakap tentang thesis saya berasa seperti di dalam bilik bersalin menunggu anak dilahirkan dengan dr yang merawat memberikan semangat dan kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku. 

Deja Vu seperti saya amat berharap semua keadaan benar-benar mudah dan baik. Apabila serah saja semua salinan thesis kepada Kak Alin saya berasa lega dan penuh harap agar bila thesis2 samapai ke tangan pemeriksa dan chairman, ia tidak menimbulkan banyak isu. InsyaAllah

Tunggu sedikit masa lagi. Sekarang Dr yus suggest untuk tulis jurnal sebagai salah satu praktis untuk memahami thesis dengan lebih mendalam agar senang untuk defend thesis semasa Viva. Serampang dua mata, harap-harap dapat publish nanti. Elaun GRA pun dah dapat dilanjutkan lagi 3 bulan. Lega dan alhamdulillah. Apapun berusaha. Terima kasih diatas doa dr yus di mekah dan pastinya terima kasih atas doa suami, mak, dan adik serta semua doa rakan2..

No comments:

Post a Comment