Tuesday

Tsunami Jepun : Tanda Kiamat dan Iktibar

11 March 2011, satu lagi bencana yang dasyat dan dikatakan antara 10 yang paling dasyat berlaku lagi mengegarkan bumi Jepun dengan gegaran 8.9/9.0 skala ritcher dan menghantar tsunami ke bumi jepun dan mencetuskan siren amaran tsunami kepada 50 lebih negara.Hingga hari ini masih ada gegaran kecil dan kerisauan akibat kerosakkan reaktor nuklear. Maha besar allah yang mendatangkan musibah apabila belaku hal begini marilah kita mengucapkan 





"Daripada ia datang dan kepadaNYA juga ia kembali" 

Salah satu sebab Allah jadikan bencana alam ialah sebagai tanda kimat semakin hampir dengan kita. Gempa bumi di jepun malah apa yang telah terjadi sejak zaman terdahulu mempunyai banyak iktibar untuk difikir-fikirkan dan dijadikan sebagai ktibar agar kita insaf dengan setiap ketelanjuran perbuatan dosa yang pernah dilakukan.

"Tidak akan datang Kiamat sehingga banyak terjadi gempa bumi" [Shahih Bukhari, Kitab Al-Fitan 13 : 81-82]


Dari Harun Yahya Video TANDA-TANDA_KIAMAT (Kalau ada masa tengoklah video sekali)
Jagat raya suatu hari pasti akan berakhir. Hari Kiamat tak terhindarkan lagi akan pasti terjadi sebagaimana diberitakan dalam Al Qur’an dalam salah satu ayat: “Dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya...” (QS. Al Hajj, 22:7). Meski merahasiakan waktu datangnya Hari Kiamat, Allah mewahyukan kepada Nabi Muhammad sejumlah peristiwa dan pertanda tertentu yang menunjukkan datangnya Hari Kiamat. Dalam film ini, akan Anda saksikan sejumlah pertanda yang mengisyaratkan sangat dekatnya Hari Kiamat itu: dari peperangan dan kekacauan yang jumlahnya semakin meningkat hingga penghancuran kota-kota besar, dari gempa bumi hingga perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi.

Maha berkuasa Allah yang boleh mernghancurkan sebuah negara yang maju dan besar dengan hanya sekelip mata. Tatkala mereka bersedih dan kita bersimpati adalah lebih menyedihkan apabila ada dikalangan kita masih hanyut dan leka dengan hiburan-hiburan dan perkara maksiat yang banyak. Tatkala ada orang berasa insaf ada juga dikalangan kita masih keras hati dan menurut nafsu untuk berbuat dosa. Kita tidak merasa mungkinlah sebab tu juga kita tidah mengambil iktibar. Mata melihat juga hanya sekadar simpati sahaja.

Dalam kekalutan rakyat jepun bergelumang dengan sedih, kekurangan makanan, keperluan asas dan kerosakkan yang mendatangkan penyakit apa lagi yang boleh di harapkan selain mereka bertabah dan meredhai bencana yang tiba. Tambah tambah lagi kepada umat islam yang ada disana. Semoga Allah beri kekuatan untuk menghadapinya. Dan kita juga tidak terlalu leka dan terlupa mungkin juga Allah akan timpakan bencana kepada kita kerana kita telah banyak berdosa. Ya Allah bantu aku, suamiku dan anak-anak untuk bertemu jalan ketaatan kepadamu. Teringatkan ramai guru-guru disana hati jadi lebih sedih. Harap mereka dapat mengatasi semua kesusahan dan dapat segera pulang.  Ya Allah berikanlah guru-guruku kemudahan. Amin


Gambar-gambar sekitar Tsunami


 
Klik link berikut:

No comments:

Post a Comment