Tuesday

Jepun Kena Gempa Jalan Boleh Siap dalam 6 hari?? Batu Pahat Kluang???

Lebuh Raya Great Kanto ini mengambil masa cuma 6 hari sahaja untuk disiapkan. Maha Suci Allah! Hebat kan??

"Projek pemulihan infrastruktur di Jepun turut menarik minat pelabur warga Amerika Syarikat, Warren Buffet untuk turut serta melabur bagi menampung kos pembinaan semula dan membaik pulih negara itu" SUMBER SINAR HARIAN 26 MAC

Tapi berbeza dengan jalan ditempat kita, ambil masa 10 tahun masih belum siap. Dengan budget 300juta, jalan masih gagal dibaiki dan disiapkan. Apa puncanya???
Duit masuk poket ke? Salah pilih kontraktor ke? Tak pantau ke? Penduduk berontak tak kasi buat ke? Apa yang menyebabkan ia tertangguh sehingga sekarang?
Semuanya berpunca kerana sikap yang gagal memegang amanah dan mengurus tadbir dengan betul. Malah sikap penduduk yang anti-keselamatan juga mungkin jadi faktor penyumbang. Teringat penduduk bantah bina jejambat dan lampu isyarat di depan UTHM kerana ia kononnya menyusahkan mereka???? Jadi macam mana pelabur nak turut serta untuk menaikkan batu pahat dengan infrastruktur yang menarik..Tengok jalan saja sudah tidak memberansangkan. Who Gonna be the right man on the right job???

No comments:

Post a Comment