Thursday

Selsema Batuk Selsema Batuk

 Kesian anak-anak sebab selsema dan batuk masih berpanjangan. Baru nak reda datang balik selsema dan batuk. Dalam berfikir-fikir nak beri vitamin atau sebarang supplement pun saya masih berkonflik dalam diri. Saya tak tahu yang mana benar baik dan boleh dipercayai. Dunia makin memerlukan semua ini tapi apa yang menjadi ketakutan dalam hati saya ialah disebabkan permintaan yang tinggi risaunya jika pembuat mengambil kesempatan terhadap kualiti dan keselamatan setiap produk. Hmm, but still saya perlu memberi supplement untuk menguatkan antibody anak-anak. Susu ibu nampaknya pada waktu ini kurang kuat. Mungkin juga suasana rumah dan persekitaran taska yang terus membuatkan anak-anak selsema dan batuk. Rasanya saya perlu mula dengan pengambilan omega kepada anak-anak. Mungkin dengan scott emulsion. Huh. kesian anak-anak. It is too risky if the flue and cough is prolong. Mungkin boleh ikhtiar juga dengan ayat-ayat Allah dengan yakin. Huh ini satu hal juga bila saya sendiri telah terpesong dengan keperluan duniawi yang menganggap ayat-ayat Allah ini alternatif sedangkan ia adalah sumber perubatan utama berbanding hospital dan lain-lain. Ive should change this. Mungkin saya boleh mula dengan petua-petua Ustaz Kazim dan melakukannya dengan penuh yakin. Biarlah semuanya seiring dan Allah saja yang berhak memakbulkannya. Ya Allah berilah kesihatan yang baik untuk anak-anakku Ahmad Umar dan Muhammad Ammar. Berikanlah padaku dan suami Saiful Zaree kesihatan yang baik agar kami sentiasa bertenaga dan sihat menjaga amanah2 mu. Amin.

No comments:

Post a Comment