Tuesday

Kenapa kita menjadi Umi dan Ayah?

Saya sentiasa mencari motivasi terbaik untuk diri agar saya tetap bersabar dan bersemangat dalam mendidik dan melayan kerenah anak-anak yang beribu macam. Huh, melayan kerenah anak yang beribu macam, saya dan suami pasti ada masa-masa kan termarah. Seringkali menyesal kerana mereka adalah anak kecil yang mereka hanya tahu permintaan mereka harus dipenuhi. Namun saya masih mencari kaedah-kaedah bagaimana untuk mengatakan "ini salah sayang", "ini tak boleh sayang" dengan lebih berkesan. 

Pada usia anak-anak 2 tahun dan 10 bulan tentu sajalah senyuman, pelukan dan kasih sayang yang ikhlas adalah paling berkesan. Pengalaman saya, memarahi dan memukul akan menambahkan tangisan dan pemberontakan yang tidak dijangka. Tapi percakapan yang lemah lembut, pelukan dan kesabaran seringkali berkesan. 

Namun adakalanya untuk mengelakkan kaedah memukul atau mencubit saya akan 'ignore' tantrum anak yang lansung tak munsabah. Saya akan buat-buat tak nampak dan tidak mempedulikan tantrum tersebut.Tapi selalunya saya gagal menunggu sehingga anak selesai tantrum kerana kadang kala saya termarah atau terus memujuknya. Kadangkala memujuk anak ketika tantrum bukan kaedah yang baik kerana anak menangkap, bahawa jika dia tantrum pasti ibu memujuk dan berjaya mendapat apa yang dihajati..

Jika anak menghadapi perlakuan yang kurang baik mungkin pilihan-pilihan ini dapat mebantu: 
  • Sebagai ibu bapa perlu tentukan adakah ia perlakuan salah, perlakuan baik, perlakuan normal bersesuaian dengan umur anak
  • Terus buat mereka hentikan perlakuan buruk dengan denda yang sesuai atau mengabaikan tantrum
  • Beri anak perlakuan alternatif dan beri ganjaran terhadap perlakuan baru itu. Contoh jika marah jangan pukul orang atau jerit tapi conteng kertas. beri ganjaran. 
Contoh denda ialah denda masa. Macam Nanny 911 buat tu. Suruh dia duduk di satu tempat selama beberapa masa. Ganjaran pula, mungkin hadiahkan buku, beri guli fridge magnet dan apa saja yang dirasakan sesuai dan mampu.
 
Bukan mudah nak memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah. Tanyalah sesiapun yang mengambil berat dengan anaknya. PASTI!! ia bukan kerja yang mudah. Ia terus menerus memerlukan pernambahan ilmu dan pembelajaran demi mencapai tahap ibu bapa KELAS PERTAMA dalam piawaian agama. Ini sangat penting sebab cabaran abad ini amatlah banyak. Dalam Halaqah Sentuhan Qalbu, bila topik anak, remaja dan seumpamanya dibawa di slot itu, mereka hanya menyentuh sedikit sahaja tentang salah anak tapi cara mereka bawa kesedaran agar ibu ayah tahu dan faham, ditangan kita inilah anak itu akan membesar sebagai apa dan anak itulah yang menjadi sepertimana kita tanam di fikiran dan seperti apa yang kita doakan. Sesungguhnya bukan mudah. Saya sendiri merasakan saya masih belum cukup matang dan punyai cukup ilmu untuk menempatkan saya pada tahap kelas pertama dalam piawaian islam. Ini membuahkan ketakutan..Ohh..

Kenapa Kita Menjadi Ibu dan Ayah??
  • Menjadi pembimbing terhadap agama islam dan kehidupan anak-anak
  • Untuk menyayangi, mengasihi dan mencintai mereka tanpa rasa berbelah bahagi
  • Untuk mengajar tentang agama dan akhlak islam serta semua nilai nilai yang baik
  • Untuk melindungi anak-anak didunia dan dari siksaan api neraka.
  • Untuk membantu anak-anak di ketika mana pun mereka memerlukan kita 
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya pula malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”At-Tahrim ayat 6

    Surah Annur ayat 32

    There is no more lovely, friendly and charming relationship, communion or company than a good marriage.  
    ~Martin Luther~

    Pagi tadi melihat penikahan di rancangan Cari Menantu di TV 9. Saya begitu tersentuh mendengar terjemahan yang dibacakan oleh Syarifah Nur tehadap ayat 32 surah An Nur.  Ia mengimbau kembali saat kami suami isteri ingin berkahwin dengan halangan dan kekangan kewangan dan kewajiban nikah yang begitu mendesak ketika itu. Alhamdulillah dengan kurniaan rezekimu ya Allah. Mudahan-mudahan kita menetapkan niat kita semula yang sebenarnya kita berkahwin demi cinta kita untuk Allah, Demi menjadi Ibu bapa kelas pertama dalam piawaian agama islam, demi menjaga kesucian diri, demi menjadi umat nabi yang diberi syafaat kerana berkahwin dan demi kebaikkan kebaikkan yang Allah nukilkan melalui kalamnya setelah kita berkahwin. Yang masih berusaha untuk berkahwin teruskan usahamu, teruskan doamu, tambahkan ilmu ilmumu..semoga kita beroleh restu ibu dan bapa, semoga kalian berjaya mengharungi cabaran dan bernikah dengan nilai majlis walaupun 0 atau sejuta ringgit asalkan niat demi Allah...Insyaallah..
    "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."

    Friday

    Menuju Wawasan..Motivasi untuk diri!!

    Sambil dengar lagu ini. Ni tengah dok semak thesis atas perjanjian dengan SV saya hendak menghantar Bab 1 2 3 kepada SV untuk disemak. Bab - bab tersebut haruslah lengkap dan tersusun seperti FINAL thesis. Bukan draft-draft lagi..Sila bersemangat dan jangan dok meleka Nurul Zakiah. Kalau ter"hang" otakmu jangan pergi menerawang ke blog blog atau FB. Sila Fokus!!!!!

    Umat Islam harus cemerlang
    Hari ini mesti lebih baik dari semalam

    Jangan buang masa
    Siapa kata kita tidak boleh
    Kita ada ALLAH Maha Kuasa
    Kita punya kuasa tenaga
    Do’a sebagai senjata
    Umat Islam sentiasa boleh!
    Umat Islam sentiasa boleh!

    Umat Islam zaman lampau
    Taat perintah Rasulullah
    Bersama berusaha
    Bersatu tuju wawasan
    Dunia dan Akhirat
    Wawasan dunia dan Akhirat

    Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia

    Wawasan diri
    Penuhi dada dengan ilmu
    Wawasan agama
    Bekalan masa depan dan Akhirat
    Kuat usaha
    Jujur dan amanah
    Sentiasa mengharap keredhaan ALLAH

    Aqidah ibadah harus sempurna
    Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
    Ulama’ warisan anbiya’
    Pegangan mereka harus diikut
    Ajaran sesat wajib hindari!

    Dari Pena Dr Muhaya (Harga dan Topeng Diri)

    Astagfirullah. Apabila membaca setiap perkataan yang ditulis oleh dr Muhaya, saya juga kadang-kadang begitu terasa dengan kata-kata orang. Begitu terasa bila kerja tidak mendapat penghargaan, Begitu terasa dengan sikap orang terhadap saya. Dalam menulis dan cuba menyampai sesuatu, saya ini mungkin dikelilingi dosa dengan hasil pena sendiri. Maksudnya bila saya mengajak, saya sendiri culas melakukannya dalam turun naik semangat diri untuk beribadat. Untuk diri saya dan pembaca yang singgah.  Renunglah setiap kata-kata emas yang disampaikan oleh dr Muhaya ini. Apa ketopengan kita tunjukkan didunia ini. mungkin dibelakang lain dan didepan lain. Mungkin kita terpaksa  berpura-pura hanya untuk mendapatkan penghargaan atau pujian. Teringat lagu pak pandir. Dalam menulis ini saya amat berharap apa yang ditulis memberi manfaat dan dan peringatan kepada diri saya khasnya. Kebanyakkan tulisan saya adalah penyesalan diri dan peringatan buat diri. saya tidak menujukan kepada sesiapa. Namun saya amat berharap agar setiapnya dari kesilapan, pengalaman dan apa jua kisah yang terkongsi disini memberi manfaat kepada setiap insan. Saya adalah insan yang lemah dan ada berbuat salah namun saya hanya memujuk diri agar terus mencari jalan ketaatan kepada Allah dan ada manusia mendapat manfaat daripadanya. Insyaallah.

     Dari Pena Dr Muhaya

    ~Mula evaluasi diri kita dan lihat apakah topeng yang kita pakai setiap hari untuk mendapat penghargaan manusia. Redha Allah tujuan kita dan hanya cinta Allah yang kita cari tentu hidup akan tenang dan bahagia insyaAlah. Kita mesti tentukan yang diluar sama dengan yang didalam jiwa kita. Hentikan semua bentuk kepura puraan dalam kita berurusan dengan manusia~
    ~Bila kita merasa marah atau tersinggung dengan manusia tanya diri kita adakah ia kerana Allah atau kerana keegoan kita
    ~Dari nama di facebook kita tahu nilai seseorang dan harga diri mereka dan keyakinan diri. Jangan sekali rasa rendah diri. Kita hebat jika dikasihi Allah. Orang yang bertanggung jawab menulis nama sebenar dan bertanggung jawab tentang apa yang ditulis, Pahala atau dosa akan dicatit bergantung berapa ramai yang baca. Bila kita tweet atau facebook kita bercakap pada suatu dunia oleh itu renungi apa ditulis dan tujuan~
    ~Lihat berita apa kita cari dan apakah perbualan kita seharian. Manusia hebat bercakap tentang solusi tetapi manusia rugi menceritakan keaiban orang dan mencari kesalahan orang lain tanpa mengevaluasi diri sendiri. ~

    Wednesday

    Lagu Sempena Ulangtahun Perkahwinan Kita

     Suami perlukan belaian dari isteri yang penyayang  
    Yang dapat melayani dan menghiburkannya
    Serta pandai mengurus rumah tangga
    Itulah harapan suami
     Isteri juga sangat mengharapkan suami yang penyayang
    Bertanggungjawab dan berhikmah dalam mendidik
    Anak-anak akan bahagia dan tenang
    Apabila ibubapanya berkasih sayang
    Bertanggungjawab mengasuh dan mendidik
    Ibubapa bahagia kalau anak-anaknya
    Menyayangi mentaati dan memuliakan mereka
    Rasa kasih murni antara suami isteri boleh rosak
    Jika masing-masing tidak berakhlak
    Cinta murni antara anak-anak dengan ibubapanya
    Diikat kuat oleh cinta tabii
    Yang semulajadi akan punah
    Jika tidak disuburkan
    Cinta suci akan subur
    Apabila ada iman dan akhlak yang mulia
    Iman dan akhlak mulialah menjadi penyebab
    Membentuk keluarga yang bahagia
    Dan berkasih sayang…
    Sehingga lahirlah
    Masyarakat
    Penyayang dan negara makmur
    Hasil daripada keistimewaan
    Kasih sayang dalam rumah tangga

    Abang, Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan ke 3


    Sebenarnya semalam sebelum tidur ucapan selamat hari ulantahun ke 3 sudahpun diucapkan. Pagi ini pun diucapkan lagi kepada masing masing yang empunya perkahwinan ini. Sekejap rasanya. Macam baru semalam kita mengucapkan cinta kali kedua, tapi hari ini perkahwinan kita sudah berusia 3 tahun. Mudah mudahan ia akan menginjak ke usia 9 tahun, 27 tahun, 81 tahun dan hinggalah kita masing masing menjadi suami isteri di dalam syurga insyaallah. 

    Alhamdulillah dengan kurnian lo' lo' hati yang hanya dalam 3 tahun kita sudah punya 2 orang. Lo' lo' hati kita yang bernama Ahmad Umar dan Muhammad Ammar. Lo' Lo' yang kita harapkan sekuat dan segagah Saidina Umar dalam mempertahankan Islam hingga syaitan juga menjadi gerun dengan hanya mendengar nama Umar, dan menjadi seperti Ammar bin yasir yang cintanya pada Islam pasti tidak boleh diragui dan dia antara yang paling Rasulullah sayang. 


    Anehnya, bila dikenang perit jerih kita untuk melangkah ke alam perkahwinan, susah payah kita menyesuaikan diri di awal perkahwinan, Kelam kabut kita menguruskan anak-anak yang selang setahun kelahiranya ia tidaklah mengundang kesedihan tetapi semuanya membuahkan rasa manis apabila dikenang saat saat melaluinya bersamamu. 

    Biarlah ada orang kata kamu lelaki yang tidak pandai menjaga isteri, tetapi di hati ini paling bersyukur punya suami yang sepertimu. 

    Wahai suamiku penjaga maruahku,
    Wahai suamiku yang menyuruh aku melabuhkan tudung menutup dadaku,
    Wahai suamiku yang menegur bila terselak auratku,
    Wahai suamiku yang menyuruh aku solat diawal waktu,
    Wahai suamiku yang tidak pernah komplen rupa paras dan kekurangan penampilanku,
    Wahai suamiku yang memahami keletihanku,
    Wahai suamiku yang seringkali tidak pernah menolak untuk membuat susu Umar apabila dikejut,
    Wahai suamiku yang tak pernah tak buat apa kerja yang diriku minta pertolongan,
    Wahai suami ku yang aku bangga denganmu walau apa jua keadaanmu..

    Alhamdulillah dengan kurnian ini. Terima kasih Allah menghadirkan lelaki yang bernama Saiful Zaree sebagai suami kepada diri ini.

    Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan rumahtangga. Bila dikenang kelucuan pula bila engkau memujuk rajuk ini hingga aku sendiri ketawa menahan rasa rajuk yang dibuat-buat untuk minta dipujuk. :)

    Wahai suamiku yang engkau indah dimataku. Terima kasih kerana kita berjaya menginjakkan usia perkahwinan ini ke angka 3. Meskipun kita masih setahun jagung diri ini amat mendambakan ia terus menginjak dan mengijak hingga kita menghembus nafas bersama-sama. BEGITU HEBATLAH CINTA. Semoga CINTA kita membawa kita kepada cintaNya. Cinta Allah yang maha abadi. InsyaAllah.

    Tuesday

    Dia sanggup bela 50 anak..Dia sanggup bela anak sakit..Dia Ikhlas dan Tabah

    Buat kerja di rumah saya berkesempatan menonton tv sambil meyiapkan kerja-kerja research yang semakin hampir dengan dateline. Banyak input yang bermakna yang saya perolehi dengan menonton siaran ulangan Semanis Kurma, Adik dan Alquran, Halaqah Sentuhan Qalbu yang selalunya saya lansung tak berkesempatan tengok diwaktu anak-anak ada bersama sebab masa bersama mereka adalah lebih penting. Namun pada hari ini, menonton siaran ulangan Semanis Kurma "Kasihnya Ibu" tidak mampu menahan air mata saya dari terus mengalir. Cakap saja pasal ibu akan terus teringat mak yang sudah banyak berkorban segenap emosi, harta dan jiwa kepada kami 6 beradik. Namun mendengar kata-kata dan pengalaman panel jemputan Puan Norlina (Pernim) dan Puan Siti Fairus hati saya semakin meruntun dan betapa saya rindukan emak saya di kala ini.

    Saya teruja mendengar kisah-kisah Puan Norlina yang betapa cekal dan penuh iltizam pada dirinya untuk membesarkan 50 orang anak tanpa orang gaji. Bukan sahaja 7 anak sendiri tetapi dikalangan 43 orang anak yang lain yang ada menghidap HIV. Subhanallah bertapa agungnya kuasa Allah memberi dia kekuatan dan semangat untuk menjaga anak-anak yang 50 orang ramainya. Ya Allah, saya pun tak tahu bagaimana saya nak gambarkan perasaan saya di saat ini. Menulis setiap perkataan di sini pun air mata turut mengalir. Astagfirullah.
    Sebahagian Anak Puan Norlina

    MasyaAllah, bertapa teguhnya hati hati Puan Norlina yang menghadapi kematian anak-anaknya. Yang insyaAllah saya percaya walaupun mereka adalah anak angkat pastinya Allah akan balas kebaikkan dan ketulusan hati Puan Norlina dengan penantian anak-anaknya yang akan memimpin tangannya ke syurga.

    Ya Allah berat saya rasakan dengan kelemahan diri saya sendiri menjaga dua anak saya sendiri kelam kabut. Ada juga saya bercakap "Ummi penat la sayang" tatkala anak minta untuk disusukan dan saya membuat susu tepung sahaja untuk mereka. Ya Allah, Puan Norlina sanggup untuk mengandung lagi sekali semata-mata untuk memberi susunya sendiri kepada anak angkatnya. Apalah aku ini benar benar BERNILAI sebagai IBU MITHALI. Ya Allah kuatkan dan kekalkan iltizam ini.

    Apabila Puan Norlina menunjukkan gambar-gambar anak-anaknya yang telah meninggal, betapa saya teringat dan amat rindu pada anak-anak saya yang berada si taska saat ini. Ya Allah, jika saya sendiri diberikan peluang sekalipun adakah saya mampu menjadi KLON Puan Norlina????? Saya doakan Puan Norlina, puan Siti Fairus dan semua ibu yang sedang bertungkus lumus dengan setiap dugaan di hatinya untuk tabah dan sabar demi syurga anak anak kita. SUBHANALLAH SUBHANALLAH SUBHANALLAH

    Usahlah disebut pengorbanan kerana ia lebih kepada perkongsian rasa cinta dan kasih kepada anak-anak yang kehilangan belaian, dakapan serta perhatian ibu bapa seperti hilangnya insan-insan itu yang selama ini menjadi tempat bergantung di alam fana ini," spontan tutur lembut itu terpacul dari mulut Norlina Alawi.


    Monday

    Sushi Bersama Adik Adik di Perlis

    Sebelum balik perlis beberapa minggu yang lepas. Adik-adik requet sushi bila kakaknya ada di sana nanti. As tak taktau nak cari beras sushi dan seaweed sheet, kami beli di Batu Pahat dan bawa balik ke sana. Timun jepun pun dimport dari Batu Pahat. :). Ni ntah kali ke berapa buat Sushi. Tapi yang kali ni simple saja. cuma letak sosej, crab stik dan timun jepun. Dan semuanya habis dimakan. Syikin pun belajar buat sushi. Dia bawak bahan-bahan dan buat bersama-sama kawan-kawannya. Ada gak orang leh diperturunkan ilmu. :)  Next time saya nak letak la koleksi sushi buatan saya sendiri. Buat sendiri sangatlah jimat. Saya cuma menggunakan bahan bahan seperti cuka buatan JALEN, beras sushi, seaweed, gula dan cuka. Insyaallah takda keraguan dan dijamin halal. :) Apapun enjoy the picture...




    Nak Buat Apa Pun Buatlah

    Di dunia ni nak buat apa pun buatlah..
    ..tapi esok-esok akan ditanya oleh Allah


    Sunday

    Tragedi Tanah Runtuh: Ulu Langat

    Memang senang untuk menuding kesalahan membina bangunan di lereng bukit yang curam dan mengakibat kematian. Ya, ada salahnya dan ia adalah pengajaran besar bagi kita yang masih tinggal. Namun bagi saya  banyak perkara perlu di semak dan diperbaiki, baik dari manusia biasa hinggalah kepada pemimpin di atas. 

    Saya masih merasakan sejak dari dulu lagi pergerakan agama dan kebajikan lazimnya lambat dan gagal mendapat bantuan daripada pihak yang berwajib kerana kebanyakkannya berfikiran mereka golongan ekstrim, pengajian agama ialah 'low clas" dan mungkin mereka ini penyokong parti hijau. Sejak dulu lagi berkawan dan bertemu kawan yang mengaji di pondok, sekolah agama rakyat dan persendirian semuanya terpaksa bertungkus lumus dan bergerak sendiri untuk mencari dana.

    GAMBAR yang dikatakan dirakamkan beberapa detik sebelum kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. (21 Mei 2011) sumber Hamzah Osman
    Mungkin ada yang mengambil kesempatan, ia tidak dapat dinafikan namun kebanyakkan dari mereka bukanlah bernasib baik dapat mengumpul dana untuk menampung hal hal kebajikan di sekolah dan asrama. Nak bayar bil elektrik terpaksa jual CD dakwah untuk tampung kewangan. Bukan semua sekolah agama persendirian dapat bergerak dengan jayanya seperti Ustaz Kazim. Saya percaya untuk sampai ke tahap ini dia juga terpaksa berusaha dengan sangat keras. Memang menggunakan anak murid itu salah. Tapi bukan semua Ustaz sekolah agama persendirian dapat mencari dana dan menerima bantuan seperti Ustaz Kazim. Alhamdulillah bagi setiap usaha Kazim berbuah hasil. Saya dan suami bercita-cita menghnatar anak-anak ke sana jika ada peluang. Insyaallah. malah cita-cita saya saya ingin anak-anak bergerak di jalan agama. Namun bila tiba masa pilihan adalah ditangan mereka.

    Apahal pulak dengan bangunan di Ulu Langat?? Apa kaitan dengan kewangan. Mmm..saya cuma menulis jua..takut kenapa bangunan dibina disitu adalah kerana tiada lagi lokasi untuk membuat tempat untuk anak yatim dan pelajar yang ingin belajar agama. 10 tahun dulu ia dibina. Mungkin keadaannya tidak sama. Apapun saya ingin ketengahkan janganlah pergerakan agama dipandang sepi, kurang dipantau, tidak mendapat nasihat yang lain, tidak mendpat maklumat dan dipandang ekstrim bagi mereka yang tidak faham dan berfikiran sekular.

    Ya memang mudah menuding jari atau menyiarkan berita di TV dengan unsur-unsur kontroversi, tapi ia adalah janji Allah yang tak boleh diubah dengan asbab yang allah menulisnya dengan pengetahuan yang kukuh disisi Allah. Jika di hati mereka semua berniat untuk menuntut ilmu di jalan Allah, pastinya syahidlah mereka dan beroleh syurga. Namun yang pasti mereka yang masih kecil dan belum akil baligh pasti akan berada dalam syurga Allah yang penuh dengan nikmat-nikmat yang telah dijanjikan dengan kalam Allah.Apapun semoga setiap ahli keluarga, rakan taulan mendapat kesabaran mengharungi detik detik sedih ini dan mereka yang telah dijemput Allah adalah bersama dengan orang-orang yang berbahagia.

    Usahlah menuding jari. Hakikatnya ia adalah pengajaran bagi semua. Selepas ini banyak aspek perlu di kaji, dipertimbang dan yang penting bantulah mereka yang bergerak demi agama islam. Islam bukan untuk PAS atau melayu. Tapi ia tanggunjawab bagi setiap mereka yang telah berjanji Allah itu Esa dan Muhammad itu pesuruh Allah. Bantulah dengan apa jua KAPASITI yang ada di tangan kita. Jika kita mampu hulur seringgit, silakan. Jika mampu hulur 1 juta silakan. Sumber zakat setiap tahun berBILION RM. Masihkah tidak cukup????

    Homemade Cup Cake Pisang

    Kek adalah salah satu kegemaran Ahmad Umar. Harap Muhammad Ammar juga akan berkongsi minat yang sama..Erkk bolehkah ummi mempunyai harapan begini?? for time being takpalah kot Ummi berpositif macam ni. When the time has come I'll let Ahmad Umar dan Muhammad Ahmad membuat pilihan mereka sendiri. Do what ever good things you like as you can reach to the highest achievement.

    Meh nak tunjuk saya yang amatur memasak kek pisang kukus yang simple ni. Saya jumpa di internet resepi ni. kemudian sebab terlampau teruja nak buat cupcake untuk family kami pi kedai Happy Bake di Batu Pahat untuk beli cup. Sebenarnya kalau masuk kedai happy bake tu memang gila dan rambang mata. Ada macam-macam bahan, dan peralatan membuat kek. Tang bahan tu, pilihla yang betul betul halal dan berlabel sebab kedai tu dipunyai oleh orang bukan islam. Tapi memang best ke kedai tu. Rasanya sekitar Batu Pahat dan Parit Raja belum ada lagi kedai yang seumpama. Yang paling best ada perlatan membuat sushi dan bekas-bekasnya. Happy Bake tu berdepan dengan pusat jualan nissan. sederet dengan ambank, HPA dll di batu pahat

    Apapun Alhamdulillah kek menjadi..

     TADAA!!!!
    Percubaan kukus dalam cup kertas. Basah ke Idak?? Nampaknya Idak. Tapi as ussual kena tutup dengan kain..
    Umar ambil lagi

    RESEPI

    2 cwn gandum
    1 st baking powder
    1 st soda bikarbonat
    4 biji telur gred A
    1 cwn pisang emas dilecek
    3/4 cwn minyak masak
    1 st esen banana
    3/4cwn gula 
    1. Ayak gandum, soda dan baking
    2. Pukul telur sampai kembang (Takde mixer, saya pukul secara konvensional :p)
    3. Kemudian masukkan pisang lecek,gula, minyak. kacau lg sampai sebati
    4. Masukkan tepung gandum HPA sedikit demi sedikit. Sebatikan dan tambah esen pisang
    5. Kukus kek di atas api sederhana besar selama 15-20 minit
    selamat mencuba!!!

    Friday

    Finding Coding for My VB.Net

    Finding the code is the most hassle work that I've to do. But when i found the code needed i am really2 happy..Weeeee....!!!!! But it is not easy as copy and paste. I've to study the code and reconstruct again due to my project. Today struggling to find some code again. For one function it is not a minute or even a day work. It can be a few days. Hadoiii!!! for an amateur like me it is tiring but in the same time when I successfully found the code it is the biggest satisfaction!!

    But i also have the biggest worry which I do not know the level of my work. I've know nothing actually about VB.net. I just do tutorial from YouTube and explore coding from a few website. ~sigh~ Need to work harder!! Seem I'm not in my target line anymore. Some matter has drag me out. Oh my SV you are truly deeply correct about this..Huhu..Come on Nurul Zakiah..Lets do this..Work More!!!!

    What Ammar can Do?

    Ammar now is 10 months already. Giving us new excitement with his new adventure an capability. He can't said any word yet, but he is using "Eh eh eh" to call me or his Ayah.The last Ammar's development was he can climbing the sofa. After, standing up and climbing here and there at just now he is crawling. Alhamdulillah he can sit with good balancing to his back. But when he show his tantrum while he is sitting, he throw his back to the floor and the floor hit his head. Hadoiii!! He will learn his lesson. I think next time he won't do that again. Hopefully!!

    He knows what he like and dislike. Yesterday I gave him the jasmine green tea which the tea aroma is full with jasmine scent. At first Ammar drank the tea but he spit it out, maybe because of the jasmine scent. His face turn out wrinkled. When I tried to drank him with the tea again, he push the cup by his hand and shake his head to say no.

    Surprisingly, now Ammar can wave his hand to say goodbye. But when only i asked him to do. Since Ammar is here, i have two children that i have to look for their development. Its quite scary if  I am to busy and neglected their feeling of wanting to be love and having my attention of their new things they do. Umar with his new hilarious adventure day by day and Ammar where i need not to be bored or neglect his development as i have undergo with Umar. Actually these two apples of my eyes is unique and bring happiness in their own way to myself and their ayah. I feel bless and thanks to Allah for my kids. May Allay give me strength and motivation to be there for them. Amin.

    Umar's Magic Word --Update

    Pasti setiap anak-anak kita ada kepelatan pada sesetengah perkataannya.
    Seringkali membawa kelucuan bila mendengarnya. 

    Here is Umar's magic word. 

    Telinga = Tileng
    Butang = Kuntang
    Sotong = kontong
    Gas stesyen = Gas setan

    Pampers=Tipis 
    Telifon= Tetipun

    Bila Umar nak suruh korek telinga, dia akan cakap tileng..tileng...huhu..
    enjoy Umar's video. 
    video

    Thursday

    Child is Miraculous

    I still finding the best way to spend time with Ahmad and Muhammad. I have to learn a lot of Islamic parenting skills, loving my own self to love the kids, Du'a and pray a lots and much more. In digging info on the internet i found something loveable and worth to share with others. I think the quotes is quite meaningful and heart warming to myself.

    HOW TO LOVE A CHILD?
    Be there. 
    Say yes as often as possible. 
    Let them bang on pots. if they're crabby, put them in water. 
    If they're unlovable, love yourself. 
    Realize HOW important it is to be a child. 
    Go to A movie theater in your PAJAMAS.
    Read books out loud with joy. 
    Invent pleasures together.
    Remember how small THEY are. 
    Giggle A lot.
    Surprise them. 
    Say no when necessary. 
    Teach feelings. 
    Heal your own inner child. 
    Learn about parenting. 
    Hug trees together. 
    Make loving safe.
    Bake A cake and eat it with your hands. 
    Go Find elephants and kiss them. 
    Plan to build a rocket ship. 
    Imagine yourself magic. 
    Make lots of forts with blankets. 
    Let your angel fly. 
    Reveal your own dreams. 
    Search out the positive. 
    Keep the gleam in your eye. 
    Pray to Allah
    Encourage silly. plant licorice in your garden !
    Open up. 
    Stop yelling. 
    Express your love ! a lot.
    Speak kindly.
    Paint their tennis shoes. 
    Handle with caring.

    Wednesday

    Iqra' Umar.

    video

    Umar dah faham dan mengerti ini alquran. Membacanya dimulakan dengan taawwuz dan bismillah. Semalam tetiba dengar Umar membaca Iqra. Dia menyelongkar buku buku diatas meja tulis saya untuk dibaca. Kebetulan dia terjumpa buku iqra yang saya beli untuknya. Tapi yang dengar bunyi perkataan yang disebut cuma Lam Ba Ta.Saya percaya sebutan sebutan tu cuma rekaan Umar. :) .Sebutan agaknya meniru ketika saya membaca alquran mungkin. Umar sudah menunjukkan minat. Mana pula iltizam saya untuk ajar dia baca iqra' ni. Huh..masa perlu diuruskan..

    Lorr Cuti ke??? Semalam Hari Wesak!!

    Semalam bangun pagi dengan semangat untuk menyiapkan kerja-kerja research. Demi anak-anak dan suami saya perlu lebih bersungguh-sungguh. Seperti biasa bangun pagi, saya akan solat subuh terlebih dulu, kemudian buka pintu depan. Jika tidak saya, suami yang akan buka dulu. Onkan TV. Masak air. sediakan baju dan CD anak-anak. Tapi pagi ni, saya siapkan oat dan sup ayam ringkas untuk bekalan abang dan sarapan pagi. Siap buat air teh lagi untuk kami berdua. Sedangkan hari2 lain saya buat kat saya sorang je. hihi.  Masa saya buka pintu saya mengerling kereta jiran saya yang masih ada di rumah. Ish, hadif tak sihat ke? Saya bertanya-tanya dalam hati. Abang dah siap mandi dah. Saya bagitau abang, jiran tak sekolah hari ini. Agaknya tak sihat kot salah sorang dari mereka anak-beranak. Sekali abang buat-buat terkejut. 

    Abang: Ntah-ntah hari ni cuti tak?
    Saya: abang cek la kalender?
    Abang: Haah la cuti hari ini?

    Sup pun dah mengelegak. Oat dah masak. Teh dan terendam..Huhu memang best. Ammar dan Umar masih tidur dan abang ambil kesempatan melepaskan giannya untuk bermain badminton. Sempatlah berpeluh hingga Ammar menangis sebab panggil ummi dan ayah tak datang-datang. :).

    Apa lagi, mana bukak reseach pun. Bila anak-anak di rumah memang takleh pegang laptop lansung. :) Tapi takpa. Cuti ke, kerja ke, setiap harinya ada kebaikkan untuk setiap perkara yang datang. :) Lepas siapkan anak-anak. terus sarapan pagi sambil tengok Witch Yoo Hee.

    Uddin kalau adik nak jadi chef biar jadi executive chef dan terror macam Chae Mu-Ryong tu tau. Boleh jadi macam ayah kita. Tapi ayah bukan Exec chef. Ayah cuma pernah jadi DEMI dan DE PARTE CHEF saja. Sebab tu kelulusan dan kelayakkan penting supaya boleh jadi ke tahap yang lebih tinggi. Jadi Uddin kena belajar rajin-rajin!!


    Dah cuti enjoy time sajalah dengan suami dan anak-anak. Tengahari balik jenguk mak mertua di parit kasih. Malam baru balik rumah. Hari ni, sambung balik la kerja2 research!!!!

    The Best!!

    ✔-The BEST words I like 2 roll with is -- La Ilaha Illa Allah.
    ✔-The BEST actions I need 2 copy -- is the actions of our Prophet (SAW).
    ✔-The BEST knowledge I need to live by and study is --- ISLAM.
    ✔-The BIGGEST enemy I need to fight off --- is My Desires and the Shaitan.
    ✔-The BEST words that makes my heart feel at ease -- is AL-QURAN.

    Monday

    Dari Cetusan Minda Dr MAZA

    kebahagiaan jiwa kita akan hilang jika ia bergantung kepada apa yang ada di bumi..namun siapakah yang dapat merampas ketenangan jiwa kita, jika ia bergantung 'di langit'..kita mampu dihalang berjumpa dan mengadu kepada insan tertentu..namun siapakah yang dapat menghalang kita mengadu kepada ALLAH?

    Rempit Moto! Basikal! Kereta!

    Berita TV 9. Soal jawab polis dan Mat rempit Basikal (Budak Sekolah). Dicekup kerana berbasikal (konvoi) bersama rokok Gudang Garam. Ia satu kesalahan. Jika terjumpa gerombolan ini boleh di lapor kepada polis. Jangan RAGU!!! Sila buat terus.

    Polis: Mak bapak tahu adik naik basikal ni?
    Perempit : Tahu
    Polis: Mak bapak tahu adik hisap rokok ni?
    Perempit: Tahu
    Polis: Abis tu Mak bapak tak marah ke adik hisap rokok?
    Perempit: Bising la jugak, tapi nak buat camana. Ketagih..


    Budak tu cakap seolah-olah, dah mak bapak dia tahu, lu polis apa kisah. Mak bapak aku pun tak larang jadi semua boleh la. Bila mak bapak OK, lu takda hak nak soal-soal. Sabtu lepas keluar nak beli burger lori kat depan Wellward. Sekali tutup pula. Entah macam mana kami sekeluarga memandu sehingga ke batu pahat. Jam sudah menginjak ke pukul 12 pagi. Tapi suasana malam di bandar separa ini masih hidup dan hidup. Di satu tempat ada hiruk pikuk segerombolan mat rempit basikal. Di satu sudut dunia lain pula 3 4 biji kereta berlumba mencari gelaran raja pecut JALAN BATU PAHAT KLUANG. Pada satu detik pula mat rempit MOTO pula "mengetest" bunyi ekzos yang bunyinya macam motobot rosak yang memasukkan asap-asap penuh ke dalam VIVA yang kecil ini. HOI!!! rasa maca nak turun dan lempang saja kebiadapan mereka. 
    Di saat jam sudah 12 pagi. Hari ni takdak pula polis buat roadblock. Dalam hati, laratla polis dan penguatkuasa asik nak tangkap samseng jalanan ni. Tapi selagi ia menyakitkan mata dan menganggu ketenteraman alam itulah tugas yang harus diteruskan. Tapi dimana pula tugas ulung Mak dan Ayah. Kenapa biar anak hingusan yang hingusnya ini bila dilap sendiri pun masih bersememeh, keluar rumah dan berpeleseran membuang masa. Kalau cara lembut tak jalan. Biar guna cara kasar. Yang penting jangan sampai Allah persoal kealpaan terhadap anak-anak. Mencabarnya dunia keibu bapaan ini. Rasa perit memandang cabaran demi cabaran untuk membesarkan anak dengan ilmu dan punya prinsip untuk menjadi hamba Allah yang taat. 

    Pandai budak rempit tu menjawab kepada polis. Kedengaran angkuh di telinga saya. Bila di tanya mak bapa tahu dia jawab tahu. Seolah olah bila mak bapak tahu ia membenarkan semua hal yang dia lakukan. Yang tu dia angkuh tapi budak mat rempit tu gamaknya dia tunduk tak, bila mak dan ayahnya melarang????? Semoga allah titipkan keinsafan di hatimu wahai budak...

    Sunday

    Umar ialah Abang, Adik adalah Umar!??

    "Ni abang.." Umar menepuk-nepuk bahunya sendiri
    "Tu Umar.." Umar menunjuk adiknya Ammar.

    Hihi, bukan sayang.Sayanglah Ahmad Umar. Adik ni, nama dia Muhammad Ammar. Ahmad dah mula berlembut dengan Ammar. Dah berkurang kejelesan dan "cepat tangan" kepada Ammar. Pagi tadi selepas kedua-keduanya mandi saya biarkan sekejap mereka berdua di sofa. Sambil-sambil saya mengerling pelakuan mereka berdua. Umar sedang mengelap badan Ammar dengan towel sambil bercakap dengan adiknya "sejuk..sejuk..". Dia pun dah selalu tolong buaikan adik bila disuruh. Bila saya memasak di dapur, Umar dah pandai memahami arahan untuk tolong buaikan adik dibuai bila disuruh. Alhamdulillah. Bila Ammar menangis Umar buat aksi dan lawak di hadapan adiknya hingga adik ketawa melekek lekek.  Good Job Umar. Terima kasih sebab selalu jaga Adik untuk Ummi.

    Bila Anak Meniru

    Nak didik anak, cakap pasal anak, fikir pasal masa depan anak dan seumpamanya, hati boleh jadi sebak. Sebab, saya sendiri mencari-cari kekurangan diri dan ingin betulkan semua agar saya boleh menjadikan anak saya soleh dan taat pada Allah. Tapi bila pandang balik diri sendiri masih ada yang lopong disana sini. Tambah-tambah perkara-perkara yang melibatkan kekreatifan seorang ibu bekerja, luangan masa untuk anak-anak, menguatkan tenaga untuk anak-anak, istiqamah dalam menyeru dan berdoa untuk anak-anak, istiqamah dalam mentaati Allah dan suami dan semuanya..

    Banyak cabaran dalam mendidik anak. Kita bukan saja nak anak kita bijak dan pandai didunia tapi yang paling penting anak kita juga bijak dan pandai untuk akhirat. Bila pandang wajah anak-anak, saya sendiri takut memikirkan jika tangan saya ini menghitamkan kain putih yang telah Allah amanahkan ini. Jika disemak-semak saya sedar ada kelemahan-kelemahan dan kesilapan kesilapan yang harus dibaiki. Anak takkan gagal belajar dari apa yang dia pandang. Alhamdulillah Ahmad Umar dan pandai beberapa perkara asas dalam pendidikan islam. Contohnya dia dah boleh baca al fatihah, doa penerang hati, doa makan, doa tambah ilmu, menyebut laillahaillah, mummaddurasulullah, subahanallah, alhamdulillah, allahuakbar, astagfirullahal'azim, memberi salam dan beberapa perkara lagi. Ada bab yang Umar boleh baca sendiri ada bab yang masih perlu ikut saya membacanya.

    Tapi ada satu perkara yang merisaukan ialah dia seorang copy cat!!! Malah kadangkala dia tidak mahu mengikut apa yang saya cakap.

    Kalau kemana-mana, Umar akan melakukan perbuatan berdasarkan perbuatan orang lain. Secara jujur kalau dirumah Umar behave tapi bila berjumpa budak lain yang buat aksi Umar akan terus mngikut. Contoh pernah satu masa ada budak bermain baring dilantai klinik, Umar terus mengikut. Bila ada budak menjilat cermin dia juga akan mengikut. Kalau saya menegah, saya perlu tarik perhatiannya kepada perkara yang dia suka iaitu buku bukunya. Apatah lagi dia meniru pelakuan-pelakuan kanak-kanak lain di taska. Contohnya dirumah saya dan suami tak pernah guna perkataan yang kasar atau kurang sopan tapi sesekali umar selalu cakap "sebok je" atau bila ditanya apa aktiviti dia hari ni di taska dia menjawab 'Makan Tido".

    Dalam kesibukkan masa saya, saya ada masa yang sangat terhad kepada anak-anak. Ini sangat menyedihkan diri sendiri. Saya akan terus menegur perbuatannya salah tapi kadang-kadang tak makan saman. Satu satu masa dia mendengar dan satu-satu masa dia akan memberontak. Adakah Umar Stress?? Saya jarang pukul dan tengking anak. Saya percaya kepada pendekatan bercakap dengan lemah lembut. Adakah menegur dengan cara memukul ditapak tangan, piat telinga, cubitan boleh membawa kesan kepada emosi anak?

    Tenggelam dengan persoalan-persoalan ini, seringkali saya rasa gagal dalam mendidik anak-anak. Adakah perlakuan kanak-kanak seperti ini normal? dan beransur hilang ketika dia mummayyiz?

    1. Copycat?
    2. Adakala ingin buat hal sendiri. Takmahu dengar cakap ummi
    3. Melepaskan tantrum bila Ummi tak faham apa yang dia kehendaki.

    Saya harus lebih komited dan istiqamah dalam berdoa. Ya Allah bantulah diri ini untuk menjadi Ummi yang Gagah. Ingat pesan, ustazah siapa buat dia dapat.

    Kawan-kawan, sudi sudikanlah berkongsi ilmu keibubapaan dan pengalaman.

    Kematian

    Disaat saat rasa kematian begitu hampir dengan diri,
    Diri sendiri juga terkeliru dengan pelbagai emosi
    Disaat saat kematian menghimpit perasaan dan sanubari
    Diri sendiri lemas dengan asakan berjuta persoalan
    Disaat saat kematian menyerang dengan pertanyaan demi pertanyaan
    Diri sendiri tenggelam dengan kekaburan jawapan

    Saat kematian ketika diriku bujang
    hanya memiliki Emak dan Ayah
    Acapkali aku menjadi insan yang lemah
    Aku sendiri meminta biar cepat kematian menjemputku
    Kerana tidak mampu menahan hati yang sengsara
    Dek cengkaman dunia yang benyak membawa duka
    Seringkali aku menganggap kematian disaaat saat itu adalah kesenangan Bagi mereka yang membenci akan diri

    Saat kematian dikala aku memikul amanah Allah ini.
    Punyai anak-anak yang masih kecil
    Hatiku terobek dan terhiris
    Mengenangkan jika di kala ini Allah menjemputku.
    Aku ingin meminta, Tunggu jangan kau ambil lagi nyawaku tuhan!!
    Tapi siapa Aku??

    Saat kematian diwaktu aku hanya seorang hamba
    Rasa takut mencengkam seluruh dada
    sukar benar untuk memahami kematian
    adakah ia kesakitan atau kesenangan
    adakah ia pemulaan atau pengakhiran
    adakah ia kebaikkan atau keburukkan
    Bagaimana rupa kematianku.
    Bersediakah aku?
    Husnul atau suul khatimah?

    Thursday

    Homemade Nugget untuk Umar & Ammar

    Masa balik Perlis haritu, adik inah ada pesan supaya buat je nugget sendiri. Nugget beli sememangnya kurang sihat melalui pengalaman dan pengajiannya ketika ambil kursus teknologi makanan dulu. Saya pun sebenarnya teruja juga nak wat sendiri. Tambah-tambah bila gorang nugget ayam tempura kraft tu, Umar tahu itu adalah nugget. Saya jarangcbagi anak makan nugget sebab saya rasa kurang sihat tapi bila Umar kenal nugget tu maksudnya kat taska mesti selalu makan. Pastu dia sua sangat makan. Tapi takpe saya percaya ibu yamah, Insyaallah dia akan beri yang tarbaik. Tapi pasni saya rasa saya nak bekalkan nugget homemade je untuk Umar ke Taska. :) Tengahari tadi, inilah percubaan pertama saya. Abang kata macam dikeluarkan dari kilang. Haha. Dia kata rasa pun enak. Satu pujian!! Saya cari gak resepi-resepi diinternet. Tapi takda barang itu dan ini akhirnya saya main buat suka hati saja je. Untuk enhancement, next time kena nipiskan lagi nugget nih. Ini saya tengok ada macam cucur pun ada. :p

    Bahan-bahan
    Beberapa potong isi ayam
    Secawan oat
    Sebiji telur
    Sedikit oregano
    1 sudu kecil garam
    2 camca tepung gandum
    Sedikit air

    Cara-cara membuat
    Blend semua bahan. 
    Kemudian bentukkan bulat2 dan leper. Guna tepung untuk mudahkan kerja
    Nak makan goreng deep fry. :) 

    TADAAAA!!!!!!

    Benda Makan pun Nak Tipooooo!!!!

    Baru abis isu telur palsu keluar pulak isu beras dari plastik. Pastu semalam dari pagi berita siar pasal satu keluarga membuat perusahaan MEMPROSES SEMULA PRODUK EXPIRED untuk dijadikan bahan makan atau diguna semula. EWWWWW GROSS!

    Semua nak untung, takda siapa nak rugi tapi biarlah jadi orang yang beruntung yang jujur dan jangan menipu. Kalau tiada agama, takkan takda rasa nilai kemanusiaan dalam diri. Ish takkan tak leh rasa jijik, kesian, risiko yang bakal dihadapi jika mengeluarkan sesuatu produk yang penuh bahan kimia malah telah habis tarikh luput. Hai, Apa nak jadi. Bila Wang menggelapkan mata. Wang boleh buat manusia jadi GILA!!

    Sebab tu saya lebih suka masak sendiri dan semuanya buat dari rumah. Nak kata, biskut pun dah lama tak beli. Jururawat di KK parit raja pun acapkali berpesan. Kalau boleh, masak untuk anak dari bahan dalam rumah kita sendiri. Dari bahan-bahan yang Asli. Kebanyakkan makanan bayi banyak yang tak bagus dari bagus katanya.

    Betul, lambakkan produk yang banyak permintaan, kadang-kadang buat saya takut dan berkira-kira untuk membeli. Nak beli supplement pun saya masih berfikir-fikir banyak kali. Haish, betul kata Wardina, Kita rasa kecanggihan teknologi dan kemajuannya ni boleh menyenangkan kita tapi sebenarnya tidak.

    Manusia makin pelik, malah undang-undang dunia juga makin pelik. Banyak yang lebih untuk kepentingan dan agenda diri sendiri...:(

    Wednesday

    Sajak Buat Ayah

    Balik ke Langkawi Minggu lalu kami semua membuat operasi mengasingkan barang-barang di Taman Langkawi kerana rumah tu akan di beli oleh Kak Long. Menyelongkar itu dan ini banyak terjumpa catatan lama tentang diri, ayah, mak, surat surat2 kak long, cinta monyet dll. :) Tapi bila membaca semula sajak-sajak yang pernah ditulis ia mengimbau segenap kenangan yang bermakna dan bahagia di dalam hidup.

    Salah satu sajak yang pernah dinukil buat ayah suatu tika dulu. 10.8.2002...

    Mungkin satu dugaan bagi aku
    Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku
    Hati berdebar bila melihat
    Dan seolah-olah merasakn kesakitan dia
    Ya Allah selamatkanlah Pemuda itu
    Selamatkan dan sejahterakanlah hidup emak dan ayahku
    Selamatkanlah semua adik-adikku di dunia dan akhirat

    Ya Allah kematian bagaikan satu berita dasyat kepadaku
    Tapi mungkin kematian kepada orang itu
    Adalah yang paling indah kepadanya
    Ya Allah Ampunilah dosa-dosa ini
    Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
    Suluhkan hatiku untuk aku lalui jalan kebenaran
    Jauhkanlah aku dari terpesong dari landasan

    Sayang seribu sayang
    Rindu Berombak Rindu
    Ingin Bersua Sayang
    Bila akan Bertemu

    Ayah, Sayangnya kini kita terpisah
    Ayah bolehkan esok-esok kita bertemu
    Ayah inginku tahu khabarmu
    Walaupun ku tahu kau kini dalam UrusanNya
    Bertemulah engkau dengan Bidadari Bermata Biru itu
    Bahagialah Engkau
    Sayang Ayah
    Sayang Emak

    ~~~In Loving Memory of Zamri Tan Abdullah, My beloved Father~~~

    Dah lama Sangat tak Pergi Shopping Kompleks!!

    Dah lama sangat tak ke BP Mall, Carrefour dan Parkson. MCD, KFC, PIZZA, KENNY ROGERS dll memang sudah lama tak makan. Hampir sudah 8 bulan. Tak banyak keperluan sangat nak ke sana. Saya dan suami juga hampir 10 bulan tidak membeli baju baru dll. Hihi. Tapi semalam, kami ke BP MALL. Nak beli baju anak-anak. Berbanding kedai biasa, pasaraya besar lebih banyak pilihan dan murah harganya. Tapi sian Ahmad. Dulu dialah yang paling ligat berjalan dalam BPMALL tu, tapi semalam dia macam takut takut je nak jalan sendiri. Kalau dulu dia paling seronok dilepas bebas. Semalam nak didukung saja. Pasni bila pulak la nak ke sana lagi. Huhu. Takpalah Umar kalau jakun masuk shopping kompleks..Hihi. Tak rugi pun..:).

    Usamah bin Muhammad bin Awwad bin Ladin AKA OSAMA bin LADEN by KFR

    Sebenarnya secara jujur saya tidak mengikuti sangat tentang perkembang Usamah sejak 9/11 terjadi. Latar belakangnya dan hidupnya saya tidak begitu kenali. Tetapi bila dia dikatakan dibom, komen seorang pemimpin besar tehadap kematiannya membuatkan saya betul-betul kecewa dan sedih atas apa AS, ISRAEL dan sekongkolnya lakukan terhadap dunia Islam. Kita harus buka mata dan cuba bangkit untuk menerajui Islam ini. Jika tidak kita siapalah lagi agaknya. Memang mereka menganggap kita terorist sebab hanya kita ISLAM. Tapi jangan lupa mereka terlebih dulu terorist dinegara yang mereka tidak diundang dan memasukinya secara fitnah dan zalim. Sejarah takkan pernah menipu tapi mulut manusia takkan gagal memutar belit. Hanya mata hati yang dapat dapat menilai.

    Saya sharekan satu persatu komen dari orang-orang besar dan para ulama tentang kematian Usamah. Sumber SINAR HARIAN.

    Reaksi Pemimpin Barat

    "Keadilan berjaya ditegakkan selepas PENGGANAS NO 1 Terkorban" 
    Presiden AS Barack Obama

    "Kematian OSAMA adalah kejayaan paling penting dalam usaha memerangi pengganas"  
    Bekas Presiden AS, George w. Bush

    "Ini adalah berita gembira untuk keluarga mangsa 9/11 dan masa untuk membina keamanan kebebasan untuk generasi akan datang"  
    Bekas Presiden AS, Bill Clinton

    Reaksi Pemimpin Arab

    "Pembunuhan pejuang Arab ini adalah contoh dasar AS yang menindas dan menumpahkan darah orang islam"  
    Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh

    "Tentera AS perlu keluar dari negara negara Islam yang masih dijajah oleh mereka selepas kematian OSAMA" 
    Jurucakap Ikhwanul Muslimin (Parti pembangkang Mesir), Essam Al-Erian.

    "Kami tidak mahu lagi tanah air kami menjadi kubu pengganas."
    Perdana Menteri Pakistan. Yousuf Raza Gilani

    Reaksi Perdana Menteri Malaysia

    "Dunia akan lebih selamat dan Aman berikutan kematian pemimpin kumpulan Al Qaeda,OSAMA Bin LADEN"
     Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Tun Razak

    Reaksi Pertubuhan Islam

    "Umat Islam jangan mudah terpedaya dengan paparan media barat, watak Osama Bin LAden diwujudkan Amerika Syarikat. Jika kematiannya dapat menghentikan kekejaman tidak apa, cuma kita bimbang AS akan mewujudkan watak baru pengganti OSAMA yang dianggap lebih ganas" 
    Bekas Mufti Perli, Dr Mohd Asri Zainul Abidin

    "Pejuang Islam tidak takut dengan mati dan jika ketika itu dia sedang memperjuangkan islam maka dia mati syahid. Semua pejuang islam mahu gelaran mati syahid dan kita yang masih hidup perlu terus memperjuangkan Islam" 
    Pengerusi Persatuan Ulama' Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir.

    AS bertindak kejam kerana menghukum orang tanpa membicarakan mereka. OSAMA dituduh sebagai pengganas dan melakukan serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia namun tiada bukti yang dikemukan Oleh Amerika"
    Setiausaha Agung Persatuan PPIM, Dato Dr Ma'amor Osman. 

    Hingga hari ini semua pengganas yang  paling dikehendaki oleh FBI adalah dari kalangan islam. Takkan tak menimbulkan tanda tanya kenapa semuanya ISLAM?? Jahat benar kan ISLAM nih? Jika mereka bangkit dengan kemarahan jangan lupa Amerika dan sekutunya dulu yang memulakan angkara. Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, di akhir zaman ketika nabi ISA turun memerintah BUMI baginda akan mematahkan salib dan membunuh segala babi....(ada lagi smabungannya). Tapi saya nak highlight kenapa dia mematahkan salib dan babi ialah kerana kedua-dua perkara itu adalah punca kejahatan di dunia. Baginda mematahkan salib kerana agama itulah yang mendakwa dia anak tuhan sedangkan Allah itu Esa. Cuba kita sendiri lihat kat mana saja negara bergolak agama itulah juga yang berada di tengah-tengahnya mengambil kesempatan dengan segala cara yang boleh. Apapun apa pendirian kita terhadap kematian Usamah ini?? Kita percaya dengan tuduhan 9/11 yang lansung tidak dikemukakan bukti? Kita digelarkan terorist tapi saya nak sangat pesan KFR AS dan sekutunya ISRAEL dll adalah terlebih dulu terrorist dengan kepercayaan mereka yang lebih ekstrim.

    Memang keganasan terhadap kafir yang tidak menzalimi adalah haram. Tapi jika kita dikecam dan diganasi jangan lupa pertahan agama, diri, keluarga dan harta yang ada. Biar kita syahid demi agama. Jangan hanya menunduk kerana sekarang mereka lebih berkuasa. Takpa didunia mereka menang. Tetapi kita sendiri kena bangkit dan terus berusaha. Jangan lupa doa sebagai senjata. Kita perlu berusaha melaksanakan islam yang sebenar. Buangkan segala yang jahat dalam diri. Biar Islam kembali tegak berdiri. Perubahan bermula dari diri kita sendiri.




    Tuesday

    Selamat Hari Ibu - Hanya untuk MAK

    Nak pos Ahad semalam tapi atas kesibukan menguruskan rumah dan anak-anak baru disempatkan hari ni.


    Hari ni HARI IBU. Walaupun hari ini dikhaskan untuk semua ibu tapi sebenarnya setiap hari adalah hari yang wajib bagi anak untuk membahagiakan ibunya. Alhamdulillah saya masih mempunyai ibu. Ibu saya saya panggil Mak. Sukar untuk digambarkan jika kehilangan Mak.

    Setiap kali balik kampung atau mak datang ke rumah di Parit Raja, bila masing-masing hendak pulang, air mata akan mengalir dan saya menangis seperti anak kecil yang kesedihan. Tambah-tambah ketika Umar dan Ammar belum lahir. Ya Allah, kesedihan dan kesunyian hidup tanpa Mak sukar dibendung. Bila mundar mandir disekitar bilik mak dan adik-adik tidur, saya akan menangis dengan sendiri dan menangis di bahu abang seperti anak kecil hinggakan abang cakap belum pernah melihat saya menangis seperti itu. Malah ketika hendak berkahwin saya juga keliru dan begitu sedih hingga ada hari-hari bagaimana saya hendak menjadi milik mutlak suami sedangkan hati ni begitu erat masih memegang mak dan saya bukan lagi menjadi kemutlakan bagi Puan Mazani Binti Abdullah. Begitu sedih ketika itu.

    Baru saja mengucapkan kata-kata cinta dan terima kasih buat mak sempena hari ibu buat mak yang ke 28 yang Allah hadiahkan nikmat kepada saya untuk menjadi anak kepada Puan Mazani Abdullah. Saya memang beruntung. Memang mak juga bukan insan sempurna. Tapi mak tak pernah berpaling dari anak-anak malah mak sentiasa positif terhadap anak-anak. Mak tak pernah cakap bodoh, tuli atau mencarut dihadapan anak-anak. Mak selalu sebut "mak takut kata-kata mak menjadi nyata". Waima, apabila kami anak-anak sendiri menyebut AKU ketika bercakap sesama adik beradik mak akan terus marah dan pukul kami atas kesalahan itu. Lekat dalam ingatan saya bila saya mencarut BABI mak mencili mulut saya dan ketika saya bermain pondok-pondok dan menggunakan bahasa AKU kerana konon ketika itu kami ni kawan, mak terdengar dan terus hantuk kepala kami ke dinding. Nampak cam dera je kan?? Tapi zaman dulu dan zaman sekarang bila pukul natijahnya tak sama. Natijah sebab pukulan tu kami ingat benda tu tak leh dibuat dan kami tak pernah dendam malah tak pernah sakit hati pun bila teringat. Bila cerita semula ngan mak dan adik-adik ia hanya menjadi bahan ketawa sahaja.

    Mak yang saya miliki ini memang bukan seorang yang sempurna, tapi mak adalah seorang ibu yang sejati. Untuk beprangsangka dnegan anak-anak dan menantu tidak mungkin sama sekali. Jika saya bertanya tentang kesilapan adik-adik atau ipar yang saya nampak mak hanya membela dan mak takkan lansung mengeluarkan sebarang cerita. Dia hanya berkata "tiada apa", "Mak ok saja" dan semuanya cuba disembunyikan supaya tak muncul rasa yang tidak enak dikalangan ahli keluarga. Bila kami memohon maaf terhadap salah, mak akan sebut "mak maafkan dna memeluk kami dengan erat". Hinggi kini mak takkan pernah meletakkan kami disituasi kami dalam keadaan kami anak derhaka walaupun saya tahu dari kecil hingga kini saya pernah melukakan hati mak. Jika diingat-ingat saya nak padam atau berundur ke masa lampau untuk mengubahnya.

    Mak bukan insan yang kamil, tapi sebagai ibu dia sudah cukup mithali. Jika nak tulis bertapa panjang lebarnya yang saya ingin ungkapkan kesejatian Mak sebagai IBU. Mak seorang yang sabar. Dia kan menjadi marah sehinggalah kami adik-beradik betul-betul membuat perkara yang betul2 teruk. Mak tak pernah cerita pasal orang. Tak pernah ngumpat-ngumpat orang walau acapkali dalam hidupnya pernah saja ada yang menganaiya dia tapi dia tidak pernah marah, membalas dan bercakap tentang hal-hal itu. Jika saya marah tentang hal orang yang pernah menganaiya kehidupan kami dia akan berpesan kepada saya "Takpa kak, jika kita manusia tak mampu balas setiap kedukaan itu didunia, Allah tetap ada". Mak yang ku kenali beginilah. Dia ada ego, pemikiran yang tersediri dan konservatif. Bercampur baur dengan pemikiran kecikguan dan kemodenan yang sedikit.

    Paling rindu ialah alunan alquran setiap pagi. Apbila balik ke kampung, suara mak membaca alquran adalah penangan dan halwa telinga yang amat dirindu. Aura mak sangat kuat mungkin, bila mak melangkah masuk ke bilik untuk mengejutkan saya dari tidur jarang betul mak perlu menggerak dengan kuat tapi sebaik melangkah masuk ke bilik selalunya saya terus terjaga dan bila buka mata mak ada dalam bilik.

    Saya memang tak berapa suka berkawan ramai-ramai. Sebab saya seorang yang hanya akan berkawan dengan seorang atau dua yang hanya benar-benar rapat. Malah akan lebih meluangkan masa dengan mereka saja. Ketika remaja hingga hari ini Kak Long Nurul Hudalah yang paling rapat dengan saya. Tapi seumur hidup ini Mak ibarat kawan. Mungkin budak perempuan lain lebih senag berbincang tentang haid, mengandung, dan pakwe makwe dengan kawan-kawan tapi saya semuanya saya cerita dengan mak. Mak akan dengar dan guide satu persatu. Mak memang konservatif tapi bila mendengar apa yang saya dan adik-adik cerita, mak takkan terus marah atau menyangkal tapi mak nasihat dengan betul dan mengikut pengalaman hidupnya yang pernah dilalui. Beruntung bila mak sudi mendengar semuanya.

    Saya tak pernah berjauhan dengan keluarga ketika saya remaja. Hidup saya ketika masih remaja akan jadi caca merba bila berjauhan dengan mak,ayah dan adik2. Ketika tingkatan 1 saya gagal membawa diri bila sekolah di asrama. Saya mendapat tempat tercorot di dalam kelas dan menangis setiap malam sehingga dipanggil cikgu ketika perhimpunan pagi dna perhimpunan asrama. Ada saja kesilapan-kesilapan yang saya lakukan. Tapi bila saya balik ke langkawi. Duduk dengan keluarga. Keputusan saya naik mendadak. Bukan saja dapat top 5/10 dalam kelas malah pernah capai beberapa subjek terbaik dalam tingkatan. Bila dapat ke universiti ayah terpaksa membayar bil telefon maxis sebanyak 400 ringgit sebab saya telefon mak dan ayah setiap hari. Sepanjang masa belajar duit banyak habis untu makan dan telefon mak dan ayah.

    Mak engkaulah ratu sanubariku.
    Mak aku seringkali melukakan hatimu
    Mak aku tahu aku berdosa dengan kata-kataku
    Mak aku tahu aku seringkali menyusahkanmu
    Mak aku tahu aku masih terumbang ambing untuk mencapai gelaran anak yang benar soleh dalam olang oleng ombak hasutan syaitan dan ketidakmatanganku.

    Tapi aku tahu mak sentiasa mendakapku
    Mak akan sentiasa menerimaku
    Mak yang ku kenal cukup sabar dengan kerenah anak-anaknya yang berbeza setiap satunya.
    Malah aku tahu kejayaan-kejayaanku hingga hari ini adalah doa-doamu yang tulus.
    mak selalu berpesan "walau jau mana kita berada jika hubungan ini didasarkan kerana Allah pasti tetap berasa manisnya"

    Banyak sangat nak cerita tengtang mak. Seperti anak yang lain pun pasti membanggakan ibunya dengan cara yang sendiri. Begitu juga saya, Terima kasih mak kerana saya beruntung dilahirkan sebagai anak kepada PUAN MAZANI BINTI ABDULLAH dan ENCIK ZAMRI TAN ABDULLAH.

    Ya Allah kau jauhkanlah Mak dan Ayah dari tersentuh api nerekamu. Kasihani dan maafkanlah kecuaian mereka kerana mereka banyak berjasa kepada kami. Mereka telah menjaga kami dengan baik dan berpesan tentang agamu dengan seadaanya. Apmunilah mereka dan bahagiakan mereka didunia dan akhirat. Amin Amin Amin.