Sunday

Umar ialah Abang, Adik adalah Umar!??

"Ni abang.." Umar menepuk-nepuk bahunya sendiri
"Tu Umar.." Umar menunjuk adiknya Ammar.

Hihi, bukan sayang.Sayanglah Ahmad Umar. Adik ni, nama dia Muhammad Ammar. Ahmad dah mula berlembut dengan Ammar. Dah berkurang kejelesan dan "cepat tangan" kepada Ammar. Pagi tadi selepas kedua-keduanya mandi saya biarkan sekejap mereka berdua di sofa. Sambil-sambil saya mengerling pelakuan mereka berdua. Umar sedang mengelap badan Ammar dengan towel sambil bercakap dengan adiknya "sejuk..sejuk..". Dia pun dah selalu tolong buaikan adik bila disuruh. Bila saya memasak di dapur, Umar dah pandai memahami arahan untuk tolong buaikan adik dibuai bila disuruh. Alhamdulillah. Bila Ammar menangis Umar buat aksi dan lawak di hadapan adiknya hingga adik ketawa melekek lekek.  Good Job Umar. Terima kasih sebab selalu jaga Adik untuk Ummi.

2 comments:

  1. Umar dah besar..dah boleh diharap dah..kan? Semoga jadi abang yang baik dan boleh tolong umi jaga ammar..

    ReplyDelete
  2. mudah-mudahan umar lepas ni lebih psotif..Insyaallah :)

    ReplyDelete