Friday

Terima Kasih MOFAS..

Kata-katamu akan ku ingat sampai bila-bila:

Tiada apa yg perlu difikirkan dan tiada apa yg perlu disugulkan..
Even kita sbg manusia, perlu utk menjaga perhubungan dgn sesama makhluk, tapi apa yg plg penting adalah perhubungan dgn Khalik sang Pencipta semuanya – Allah…
Jadi bertenanglah..ingatlah Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar…kembali kepadaNYA.


Mengapa tidak kau meletakkan ia di dalam hatimu sejak dari awal. Tentu saja kekusutan yang melanda tidak menghantui diri. Kenapa saja perlu mengambil pusing sedangkan kau tahu hakikat peristiwa ini. Kenapa saja perlu percaya dan memberitahu sedangkan ia boleh saja kau simpan sendiri. Bodoh benar kau menafsir, sedangkan kau sendiri sedar hakikatnya bukan begitu. Kenapa saja kau melatah sedangkan kau sedar kesalahan itu bukan milikmu. Kenapa mudah kau terjebak sedangkan kau tahu ianya salah. Kenapa tidak kau berdiam kerana Allah telah tunjukkan kebenarannya.Berserah dan terus berserah.

Ibarat Punjangga Ayat-Ayat Cinta yang pernah kau mempercayainya. Apabila Fahri terhumban ke penjara, Apabila kesalahan ditunding kearahnya, Apabila si gila bersuara;

“Allah sedang berbicara denganmu, Fahri! Allah sedang berbicara denganmu tentang ikhlas…tentang sabar!”

Kenapa tidak saja kau cernakan inspirasi itu terlebih dulu. Kenapa kau melatah dengan hakikat dunia yang menipu. Akhirnya kau tersungkur dan keliru. Percayala inilah pengakhirannya. Biar menjadi pengajaran sampai bila-bila.

Wednesday

Cerita Keldai, Tuan dan Anaknya.


http://kongsiresepi.blogdrive.com/archive/125.html

Sumber cerita ini adalah dari web di atas:

Pada suatu hari, seorang bapa yang sudah tua bersama anaknya yang berusia 10 tahun pergi ke pekan untuk menjual seekor keldai peliharaan mereka. Bapa dan anak tersebut berjalan kaki sambil menarik ikatan keldai yang hendak dijual itu.Semasa dalam perjalanan, mereka terserempak dengan dua orang pemuda kampung itu. Mereka terdengar perbualan pemuda kampung itu…

"Bodoh betul bapak dan anak itu, ada keldai tidak mahu ditunggangnya".

Si bapa tua tadi pun memanjat belakang keldai bersama anaknya. Mereka meneruskan perjalanan dengan menunggang keldai bersama-sama.
Tidak lama kemudian mereka terserempak pula dengan sekumpulan makcik-makcik yang sedang berbual-bual di tepi jalan. Mereka terdengar makcik-makcik tersebut mengata…

"Tak berperikemanusiaan betul bapak dan anak itu, keldai yang kecil itu ditunggangnya berdua…"

Terdengar kata-kata itu, bapa yang tua itu pon turun dari keldai itu. Bapa tua itu meneruskan perjalanan dengan menarik keldai yang ditungangi anaknya.
Selepas itu mereka terserempak pula dengan sekumpulan remaja yang sedang bermain guli. Mereka terdengar perbualan remaja itu…

"Teruk betul anak orang tua tu, tak patut disuruh bapanya yang dah tua menarik keldai tu…"

Si bapa terus menyuruh anaknya untuk bertukar tempat. Si bapa menunggang keldai dan si anak menarik keldai yang ditungganginya. Mereke pon teruskan lagi perjalanan.

Sampai di satu simpang, mereka beselisih dengan sepasang suami isteri yang sedang berjalan kaki. Si bapa tua terdengar pasangan itu bercakap sesama mereka…

"Kasihan budak kecil itu, tidak berhati perut bapanya menyuruh anak yang masih kecil menarik keldai yang ditungganginya.."

Mendengar kata-kata sinis itu, si bapa tua turun dari keldai dan berjalan kaki bersama-sama dengan anaknya seperti mula-mula mereka keluar rumah.

Sebelum sampai ke pekan mereka bertembung dengan beberapa orang lagi yang bercakap-cakap tentang perihal mereka. Tetapi si bapa dan anak itu tidak menghiraukan cakap-cakap orang itu. Mereka tetap meneruskan perjalanan mereka dengan cara mereka sendiri.
Akhirnya mereka sampai ke pekan dengan senang hati, tanpa mempedulikan kata-kata orang di sekelilingnya.

Pengajaran dari cerita ini:

Kita tidak dapat memuaskan hati semua orang dalam satu masa.
Yakin dengan perkara yang kita lakukan, bukan ikut apa yang orang lain kata.
Kebanyakan orang di sekeliling kita suka mengata dan mencari kesalahan orang. Abaikan mereka! Inilah penghalang untuk berjaya.
Penilaian terhadap sesuatu perkara berdasarkan nilai dan peribadi. 

Supporting Muslim Products : Tiada Babi Belum Tentu Halal

Was-was yang terlampau tu mainan syaitan.Saya setuju dengan kata-kata itu. Kadang-kadang perasaan was-was menyebabkan kita teragak-agak dalam ibadah dan mungkin boleh sampai tidak yakin pada diri. Tapi dalam mencari produk kegunaan harian, tahap kewas-wasan memilih yang mana halal sangat tinggi pada diri saya. Kadang-kadang merunsingkan dan memenatkan juga untuk mencari-cari alternatif dan pilihan.

Produk Muslim dan Halal

Namun begitu, dalam kewas-wasan mencari produk halal pada keadaan semasa, kini tidak boleh berkompromi. Bukan apa, kebanyakkan produk menimbulkan keraguan, logo jakim yang boleh diubahsuai dan disalin dengan teknologi grafik, penguatkuasaan logo dan pemantauan yang tidak tegas, peranan pengguna yang lambat atau ambil enteng mengadu ke persatuan pengguna/KPDNKK dan banyak lagi hal-hal berbangkit.

Di Malaysia, peraturan bagi label produk masih lemah. Contoh kod bagi lemak haiwan/babi yang mungkin dinamakan pengstabil atau pengemulsi tidak disertakan apakah sumber2nya. Contoh kod Exxx yang peneranganya ialah HALAL jika dari binatang yang disembelih dan HARAM jika sumber dari Babi atau binatang yang tidak disembelih. Tapi kebanyakkan produk cuma meletak kod , label pengelmulsi/penstabil dan tidak menyatakan sumber apa. Melihat label tersebut sudah pun menimbulkan keraguan.

Tiada babi belum tentu halal kerana mungkin bahan dalam produk mengandungi bahan kimia yang berbahaya atau unsur-unsur binatang yang tidak disembelih. 

Kosmetik dan Pewarna Rambut

"Kalau coklat yang baik adalah yang cair di mulut bukan ditangan, Namun memilih lipstik yang tahan lama, lekat di bibir dan bukan cair dimulut itulah yang baik" ~~ petikan dari ALISLAM Disember yang diluahkan oleh Dr Mavash Husain. Percaya atau tidak sesetengah wanita memakan beberapa TAN lipstik dalam hidupnya. WOW!! adakah begitu banyak??? Tapi mungkin tidak mustahil kerana saya pernah berjumpa seorang wanita dalam satu jam sahaja dekat 5-6 kali dia menyapu lipstik di bibirnya. Begitu obses sesetengah wanita dengan kecantikan. Dr Mavash menyatakan garis panduan halal bukan sekadar binatang disembelih mengikut syariat tetapi perlu mengambil kira faktor lain seperti kebersihan, penggunaan bahan malah niat kita melakukan sesuatu itu juga di kaitkan dengan halal. Contoh kenapa kita bermekap untuk ke tempat kerja??? Memadai sekiranya dengan sapuan bedak, sedikit celak dan pelembab bibir (tidak berwarna)?. Atau Wajib dengan solekkan yang berat DEMI untuk menjaga IMEJ wanita islam????? Betulkah itu caranya imej dijaga??? Ini perlu diselidiki dan diukur dengan tahap imam dan persepsi nilai seorang wanita terhadap kehidupan islamnya.

Gambar dr AL ISLAM 
Dalam majalah Al Islam keluaran Disember, topik yang menjadi muka di laman kulit ialah "90% Kosmetik dari sumber babi". Perincian artikel tersebut adalah mengenai sumber dari haiwan yang haram dimakan, haiwan yang tidak disembelih, tisu manusia dan lebih mengejutkan JAKIM tidak pernah memberi logo halal kepada semua jenis pewarna rambut yang ada di pasaran. Dengan pengakuan tersebut bukankah terbukti yang logo jakim boleh dimanipulasi sesuka hati. Jakim tidak memberi logo halal walaupun bahan halal kerana masih ada polemik terhadap tujuan penggunaan perwarna rambut yang mungkin digunakan untuk menayang ke mata awam.Selain bahan kimia yang merbahaya, produk yang mempunyai plasenta manusia juga tidak boleh mendapat sijil halal dari JAKIM. Jika dari plasenta haiwan pula masih ada perbincangan dan khilaf. Namun JAKIM mengambil jalan tengah untuk tidak memberikan sijil halal.

Penolong pengurus TPM Biotech menjelaskan keutamaan membuat pemeriksaan mengenai kandungan halal sebelum dipasarkan, pensijilan ISO bagi pemeriksaan halal amat penting dan pengilangan mengambil kesempatan terhadap permintaan produk halal mnenyebabkan logo halal diseleweng. Melihat kepada logo dan label masih tidak cukup. Saringan awal perlu dilakukan dengan ketat dan penguatkuasaan yang ketat perlu dilakukan sebelum produk dipasarkan.Beliau juga menerangkan bahawa untuk memeriksa halal dengan hanya melihat amalan dikilang adalah tidak mencukupi, produk dan bahan perlu diuji kerana ia lebih tepat dengan pembuktian secara saintifik. Jika hanya dengan melihat secara kasar, sukar untuk membezakan bahan2 yang digumakan di kilang.Ini tanggungjawab organisasi seperti TM Biotech, JAKIM dan IPT.

TPM menggunakan teknologi untuk mengesan DNA babi dalam bahan mentah atau produk melalui kaedah (Polymerase Chain Reactio-PCR) & (DNA sequencing). TPM menerusi anak syarikat TPM BIOTECH adalah satu satunya organisasi yang mempunyai kelengkapan lengkap untuk melakukan pengesanan DNA Babi



Produk HPA dan susu BIOMIL

Berusaha mencari yang halal itu fardhu kerana kesan dari halal malah lagi suci itu besar kepada rohani dan fizikal. Ini pula tanggungjawab kita sebagai pengguna. Mula-mula agak culas juga. Maksudnya dalam boikot atau ragu, terbeli juga produk-produk tertentu. Tetapi apabila makin banyak pembacaan dan pemerhatian, makin berkurang rasa teringin.

Alhamdulillah, langkah pertama yang kami sekeluarga ambil adalah, menukar seberapa banyak produk harian yang digunakan di rumah kepada produk yang terjamin halal. Iaitu HPA, BIOMIL dan HALAGEL. Sebagai panduan gambar-gambar yang saya sertakan adalah produk yang telah digunakan. Alhamdulillah mungkin ada yang tidak setanding produk yang sudah ternama di pasaran tetapi alhamdulillah ia memberi kepuasan terhadap penggunaannya.



 

HPA bukan saja membekalkan produk herba tapi barangan rumah yang lain seperti aiskrim, sardin, sosej, nugget, daging beku, satay, dll. boleh kunjungi laman web HPA. Sekarang cawangan HPA dan banyak dah. Rata-rata pun boleh jumpa.


Sekarang Umar dah minum BIOMIL. Insyaallah BIOMIL adalah produk halal dan boleh dipercayai. Mungkin tidak setanding produk yang sudah berjenama tetapi saya rasa ia mencukupi buat Umar yang sudah mahu makan nasi. Muhammad Ammar minum susu kambing lagi sebab BIOMIL cuma untuk bayi 1 tahun keatas. Insyaallah bila Ammar sudah setahun saya akan beri BIOMIL juga.BIOMIL boleh didapati didapati di GIANT, carrefour dan beberapa kedai barangan bayi terpilih. Untuk rujukan boleh lawat laman BIOMIL.

Dengan senarai barang yang saya paparkan di entry kali ini mungkin dapat memberi idea kepada pembaca dimana boleh membeli produk yang halal. Insyaallah terjamin dan harga hampir sama di pasaran. Kita berusaha mana yang boleh untuk menukar dan memastikan apa yang kita ambil tidak diragui. Perlu semak label dan pastikan sumber dinyatakan. Jika tidak, cari produk yang lebih hampir kepada yakin dan memenuhi syarat supaya tidak was-was lagi. Artikel ALISLAM DISEMBER amat baik untuk dijadikan rujukan. Ia membuka mata kita. Sebagai pengguna, kita perlu berhati2 mencari produk yang paling halal dan suci bagi kita. Memang nampak susah sebab saya sendiri juga berasa kecewa dan hampa apabila terpaksa menelek label pada setiap produk, dan terpaksa menolak jika diletak bahan yang mempunya kod2 bagi unsur babi tapi tidak danyatakan samada ia dari babi atau lemak haiwan/sayuran tetapi dinyatakan cop halal. Ia telah menimbulkan was-was. Sebab tu saya memilih HPA, BIOMIL, HALAGEL dan cuba mengelak setiap produk yang tidak menyatakan label dengan telus. Adalah wajib mecari yang halal. Sekiranya saya tertipu dengan pilihan saya, mudahan-mudahan allah tunjukkan yang terbaik dan semuanya diadili diakhirat kelak. Begitu juga anda.

Ini adalah beberapa link yang boleh dirujuk:

Aduan Halal
HALAL HPA
Direktori Halal Jakim


Senaman di Stadium

Stadium dah boleh guna. Ni kami jalan2 pada hari sabtu minggu lepas. Sekarang sebab nak jimat dan berasa sesak/rimas ke shopping kompleks kami telah mengubah cara untuk "memanjakan diri" iaitu guna "nature" sepenuhnya. Eksploit hobi driving+sightseeing sepenuhnya. Sebab tu abis kampung2 di jelajah sejak dua menjak nih. Tapi memang berbaloi. Sebab, kadang lucky jumpa kampung yang masih ada sungai yang bersih atau terjumpa perkara2 unik di dalamnya. Memang melapangkan dada.

Lama juga nak tunggu stadium siap. Bila tengok stadium dah buka. kami ambil peluang buat senaman ringan distadium. Umar la Paling seronok. Leh sprint, lompat-lompat, pusing-pusing dan eksplore benda baru sekeliling stadium. Ammar masih tak sihat masa ni. Dia cuma dok di stroller diam2.

Seronok juga jumpa kawan-kawan, dan paling best sudah lama tidak berpeluh2. Lepas ni boleh jadi rutin utama kami sekeluarga. Perlulah amal hidup sihat sebab masih merangkak-rangkak nak amik Medical Card :)

Tuesday

Empangan Machap: Indahnya Alam dan Dangkalnya Akal


Berjalan lagi dengan Ayah, Ahmad Umar dan Muhammad Ammar

Sebenarnya dah tak tau nak jalan mana. Shopping kompleks dah tak menarik kerana mata sudah teruja untuk menyimpan lebih banyak bila melihat wang didalam akaun bertambah2. Walaupun sedikit-sedikit tapi alhamdulillah. Shopping complexs dah tak menarik dan ramai orang di sana menyebabkan saya berasa sesak. Pertama kali ke empangan machap im craving for more to go there again. Memang sangat cantik. Pagi ahad  minggu lepas, bila selesai beli ikan dipasar , kami beli breakfast dan terus ke empangan machap. Nak berkelah kononnya. Mula perjalanan hujan sikit tapi alhamdulillah sampai ayer hitam terang balik. Mula2 takut juga kalau sampai takda orang tapi alhamdulillah, ada orang memancing dan melepak mengambil udara segar. Mungkin pakcik tu memikirkan hal-hal hidupnya. atau mungkin suka berkongsi pengalaman hidup dengan pemancing yang menunggu-nunggu ikan meragut umpan.

Sampai saja, saya dan saiful mencari-cari lokasi yang sesuai untuk dijadikan tempat duduk. Sambil menghirup angin tasik dengan pemandangan bukit dan ladang kelpa sawit. Paling klasik dua suami isteri cina ber'boat' didalam tasik mencari ikan (tapi legal ke).Tapi permandangannya sangat klasik.


Buang Sampah dan Hutan Terbakar

Tapi paling sedih sampah-sampah banyak sangat. Teringat iklan kat TV, "Jangan wat tak tahu, dari kita jugakla", Sampah segenap inci kawasan daratan. Hingga terlampau banyak, sudah ada botol yang terapung-apung didalam tasik. Sedih melihatnya. Bukan susah nak mengutip sampah atau membawanya pulang. Empangan Machap tu memang tiada pihak yang menguruskan sebab ia bukan tempat awam dan rekreasi. Jadi tanggungjawab kitalah nak pastikan semuanya baik dan bersih. Semuanya hak allah. Allah bagi rasa nikmat indah jadi kita semua patut menjaganya. Hutan juga terbakar sebab ada yang buang putung rokok. Habis rumput dan pokok menjadi mati. Sudahla merokok tu haram, dibuang merata putung yang masih bebara sampai merosak alam. Memang sedih melihatkan keadaan. Sedihnya jika pihak pengurusan pantau, mereka akan jadikan kawasan empangan tersebut kawasan larangan atau paling sedih tiada apa-apa tindakan dan mereka terlibat akan meminum air yang makin tercemar. Sayangnya Alam indah dan Dangkalnya Akal mereka. Tapi kawasan tasik sangat cantik. Subhanallah. Bila saya akan kembali untuk menyatakan ucapan agung itu dengan perasaan seperti dulu. Rasa shahdu hingga meremang bulu roma( pelik jugak ayat ni) tapi begitula. mungkin saya banyak alpa.

Kenapa Mahu Menulis

Saya perlu habiskan menulis entry ini kerana ia akan mengganggu kerja saya sepanjang hari sekiranya saya berniat untuk menulisnya secara sambil-sambil.

Dari radio IKIM baru-baru ni seorang penceramah memberikan satu kata hikmah yang betul-betul membuatkan hati saya tersentap. Kata beliau "Apabila kita melakukan sesuatu kesannya sukar dikawal". Beliau membawa cerita seorang ayah memukul tangan anaknya yang mencalarkan kereta baru dan kesannya ialah tangan anaknya terpaksa dipotong. Beliau membawa cerita itu dengan penuh penghayatan dalam versinya. Memang hati saya betul-betul tersentap. Tapi pada masa itu rasa sentap lebih berkisarkan kesedaran terhadap cara saya membesarkan anak-anak.

Tapi beberapa hari ini saya terfikir-fikir kaitannya terhadap penulisan di blog. Memang betul, apabila kita menghasilkan satu entry kesan dan akibat dari entry tersebut memang sukar dikawal. Ia boleh jadi dua keadaan iaitu penerimaan dan penolakkan. Alhamdulillah terhadap penerimaan positif dari pembaca setia dan seiring pemikiran dengan saya. Tapi penolakkan mungkin membawa natijah yang cukup besar. Mungkin boleh jadi salah faham besar dan kutukan sepanjang masa.

Bila Menulis Blog?

Seperti tertulis di dalam profile saya menulis sejak september 2007. Kiranya saya masik mentah dalam penulisan blog. Entry pertama saya bertajuk :( . Memang sangat kebudak-budakkan ketika itu dengan tulisan

"perlu untuk meluahkan but i do not know what to write....

huh..its killing me.....!!!!"

Kebanyakkan entry dalam blog ini adalah berkisarkan kisah keluarga saya, anak-anak, cetusan ilham dari pengalaman dan pembacaan, luahan rasa, pengalaman mengandung, pengalaman membuat research (Master Degree) dan beberpa topik lain. Seiring dengan penambahan usia dan status diri mungkin penulisan saya sedikit matang pada pandangan saya.

Perkara Yang Membanggakan Dalam PenulisanBlog

Perkara yang paling membanggakan didalam blog ini apabila Dato Mohd Noh Dalimin, NC UTHM memberi status LIKE di FB dan membaca beberapa tulisan saya. Memang benar, blog saya tidak ramai pengikut setia. Tapi saya percaya mereka suka dan menerima pemikiran saya dengan terbuka. Saya juga percaya Dato bukan pembaca tegar blog ini tapi apabila "orang besar" memberi status "LIKE", saya rasa rupanya pendapat saya tidaklah bodoh dan sampah. Lebih menyeronokkan apabila dapat bertukar pendapat dan sumbang saran di FB. Memang tak dinafikan idea dan tulisan seorang yang berilmiah tinggi kadang-kadang sukar difahami oleh orang seperti saya tapi saya berterima kasih apabila Dato menerima pendapat-pendapat saya dengan tidak prejudis kepada siapa status saya. Seingat saya status like tersebut diberikan kepada entry Agihan Tugas di Dalam Rumah Tangga dan Duitku Duitmu-Notes from Semanis Kurma.

Terigat zaman berblog di Freindster ketika beberapa rakan mengakui mereka tertunggu nukilan sajak dan cetusan idea dari saya. Begitu juga pengikut setia blog ini. Terima kasih kerana mengikuti tulisan saya. Sumbang saran terhadap cara saya menulis dan kesilapan dari saya, amatlah dihargai.

Perkara Yang TIDAK Membanggakan Dalam PenulisanBlog

Tentu saja insiden baru-baru ini. saya tidak mahu bercerita panjang. Namun, kaitannya terhadap kata-kata pencermah di IKIM sangat besar kebenarannya. Apabila kita melakukan sesuatu akibatnya sukar dikawal. Kesan Blog dan FB memang sangat besar samada untuk kebaikkan atau keburukkan. Andai kata saya menulis satu situasi, secara kelaziman tidak berkait dan meletakkan nama secara terang. Namun penulisan saya tidak lari dari perkongsian untuk semua orang dan peringatan untuk diri sendiri. Boleh jadi ada yang terasa. Itulah natijah yang sukar dikawal. Namun ibarat cerita sang keldai, tuan dan anaknya, saya tidak mahu ambil berat kerana bukan semua orang akan percaya dan terima apa yang kita ingin lakukan. Mungkin cara penulisan saya seperti saya saja yang betul tapi bagi saya ia adalah catitan untuk diri dan terima kasih bagi mereka yang sudi membaca dan mengambilnya sebagai perkongsian kerana pemikiran yang seiring. Saya tidak boleh mengawal apa yang difikirkan oleh orang lain kerana penulisan ini tidak bernada. Mungkin salah saya juga kerana masih mentah dalam penulisan blog.

Inspirasi Penulisan Blog

Dalam penulisan blog ispirasi saya ialah Ustaz Hasrizal di www.saifulislam.com dan www.mofas.wordpress.com

Ustaz hasrizal sangat berpengalaman, baik dalam kehidupan, pengembaraan dan ilmu-ilmunya. Ketika tidak sibuk pasti saya melawati blog beliau. Namun atas kekangan masa sekarang, saya tidak lagi mengikuti blog ustaz hasrizal dan mofas secara kerap dan keseluruhan. Banyak yang telah tertinggal. Memberi komen di blog ustaz hasrizal, kadangkala saya sendiri tidak faham apa yang beliau sampaikan sebab ilmunya tentula hlebih banyak dan luas. Saya kadang-kadang menafsir sesuatu isu secara salah. Dan bukan tidak pernah berbalah dengan beliau.  Namun kadang-kadang pendapat diterima dengan baik atau kelucuan. Namun semuanya adalah kenangan manis dan pengajaran kepada cara saya berfikir. Namun ,sebenarnya Ustaz dan Ummusaif tak pernah gagal menjadi inpirasi dalam penulisan blog mahupun di dalam kehidupan yang kerdil ini. Memang Ustaz dan Ummusaif tegas dan sinis tapi sebenarnya itu adalah lebih baik dalam menyampaikan kebenaran.

MOFAS adalah anak muda yang memberikan inspirasi dalam menulis blog secara tersusun dan 'Bertatabahasa dengan betul". Namun sebenarnya, saya masih gagal menulis dengan tatabahasa yang betul terutamanya huruf besar dan huruf kecil. Pernah juga ada yang menegur ia seperti orang yang  mempunyai masalah emosi. Terlalu terburu-buru walaupun ada isi yang bagus. Memang Kelucuan. Mengenali beliau secara personal menambatkan hati dengan sikap beliau yang sederhana, matang dan lemah lembut. Itu yang saya kenal secara dasar. Dan kerana itu juga saya mengikuti blog beliau. Namun dengan kekangan masa sekarang saya hanya bertumpu pada penulisan blog saya sendiri dan tidak ada kesempatan untuk mengikuti blog orang lain. 
Kesimpulan

Saya sendiri ada kekhilafan yang tersendiri. Alhamdulillah, Yang Punya Alam ini memberikan peluang menitipkan kesedaran melalui penulisan. Mungkin tidak berguna pada orang lain tapi kesemuanya berguna kepada saya. Saya akan malu sendiri bila saya tulis tapi suatu masa saya terleka membuat sesuatu yang saya tulis dan cakap. Secara jujur ini menulis memang hobi saya dan saya ketagihan dengannya.

Monday

Menyibuk Tak Kena Tempat

Episod Grey's Anatomy kali ni sangat menarik. Setiap minggu rancangan tersebut ditunggu-tunggu walau kadangkala terlepas juga menontonnya. Cerita utama dalam grey's anatomy kali ni ialah doktor disuruh tidak bersikap sinis terhadap pesakit. Semua doktor menjalani Sensitivity Training dan diminta melayan pesakit dengan komunikasi yang paling baik. Bailey sebagai pemantau akan keluarkan dorktor yang bersikap sinis dan kurang sensitif terhadap perasaan pesakit

Pesakit mereka ialah seorang lelaki (Bobby) yang sangat gemuk. Beratnya hampir 700 paun. Memang sangat berat. Dia mengalami sakit perut, tapi Bobby tidak pasti kesakitannya kerana terlalu gemuk dan lapisan lemaknya sangat banyak. Dari awal Bobby dibawa dengan kenderaan seperti truck dan bukan ambulans, doktor dikeluarkan satu persatu samada kerana komunikasi dengan pesakit atau perbincangan dengan doktor. Walaupun perkataan seperti gemuknya, debat patut guna peralatan dari zoo kerana peralatan hospital tak boleh detect punca dan banyak lagi. Dan doktor satu persatu dikeluarkan dari kumpulan latihan,walaupun percakapan secara berbisik atau komunikasi lansung dengan Bobby.

Bobby datang bersama isterinya sangat cantik. Isterinya mengandung dan merasakan ia adalah masa untuk Bobby mengubah cara hidup supaya boleh menjadi kurus semula dan menjadi ayah yang sempurna walaupun sudah banyak kali dia mencuba .Bobby dan si isteri sangat positif sepanjang rawatan. Tapi doktor-doktor tetap sinis dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan tanpa mengetahui latar belakang lelaki tersebut.

Klimaks

Klimaksnya dalam episod kali ni apabila sekumpulan doktor makan di kafe dia mana dia mempersoalkan bagaimana Bobby melakukan seks bersama isterinya. Cristina mengambil sebiji burger dan fries sambil mengolok-olokkan bagaimana mereka melakukan hubungan intim. Dan malangnya percakapan doktor-doktor didengari isteri bobby.  Isteri bobby terus mengenakan doktor-doktor yang menyibuk itu.

Isteri Bobby memang marah sebab ada orang menyibuk bagaimana dia melakukan hubungan intim. Kalau la terjadi pada diri kita adakah kita patut menyibuk begitu. Hal bilik tidur orang pulak tu.

Jadi isteri Bobby cakap begini lebih kurang: " Kamu nak tahu bagaimana kami melakukannya. Tapi sebelum tu saya nak tahu kamu semua pun ada citarasa dan posisi kegemaran masing-masing tapi perlu ke saya tahu semua tu. Tentu sekali tidak KERANA IA BUKAN URUSAN SAYA!!"



Kesimpulan 

Jadi pembaca dapat tak tangkap apa yang saya ingin sampaikan. Sesetengah perkara kita perlu filter untuk disibukkan. Sebab kita tak tahu keseluruhan cerita. Macam kisah bobby dan isterinya ni, semua doktor menilai bobby malas dan buruk kerana gemuk. Tapi siapa bobby dan apa yang dilalui bobby orang luar tidak tahu. Begitulah kita. Perlu kita tahu bagimana dikatakan mengambil berat, menyibuk atau sibuk. 

Ps: Tidak salah berudur setapak dan menilai diri jika kita salah. Begitu juga saya.

Wednesday

Ahmad Umar Abang yang baik.

Muhammad Ammar
Seawal kelahiran adik, Muhammad Ammar, Umar nampak cemburu. Hingga sekarang pun Ahmad masih menunjukkan kecemburuan walaupun ada sedikit berkurang. Hingga sekarang pun Ahmad akan sentiasa meniru tindakkan adik dan dia juga nak semua mainan yang adik tengah pegang. Tapi perangai Umar sememangnya perlu dikawal. Mungkin ambil masa sedikit. Harapnya Umar dapat terima apa yang dinasihatkan.
 
Umar dah pandai sebut ABC, 123, Alif Ba Ta, nyanyi nursery rhyme dan baca doa dan zikir. Alhamdulillah. Walaupun sedikit pelat dan kadang-kadang suka hati mencapur aduk BAHASA BAYINYA, saya amat berharap agar sedikit masa lagi Umar lebih lancar dan tidak lupa. Harapnya saya juga tidak terlupa atau culas dalam mengajar dan mencari kaedah sesuai supaya dia ingat. Kebanggaan saya terhadap Ahmad Umar ialah dia sangat suka membaca. Kadang-kadang pujukan paling berkesan ialah dengan menghulur buku padanya dan pasti dia akan duduk diam atau berhenti menangis. Jikalau membaca dia tidak hiraukan perkara lain disekililingnya.


Ahmad Umar
Semalam Selasa, saya perlu lewat sedikit ke opis sebab Ammar demam dari semalam. Jenuh juga menidurkan Ammar sebab tidak mahu lepas menyusu. Tidur pada pukul 4 pagi. Tengahari saya tidurkan ammar dan membiarkan Umar  bermain seorang. Tiba-tiba saja keadaan menjadi sepi dan risau juga takut2 Umar membuat sesuatu yang tak disangka. Saya mengendap Umar dari dapur. Rupanya Umar sedang membuaikan Ammar. Kalau orang utara tengah tangguk anak dalam buai. Abang kata macam tangguk ikan je.. Erkk!!

Masa tu terharu juga.  Bila adik menangis dia memujuk adik dengan bunyi shh shh shh..kemudian menyanyikan Lailahailallah seperti saya nyanyikan ketika mereka dibuai. Kelakarnya la dan llah saja di didengar jelas. Diantara la dan llah, sesuka hatila Umar menyebutnya.

Semoga Ahmad Umar menjadi Abang yang baik kepada  Muhammad Ammar. Jaga adik, Sayang adik. Semoga Ahmad Umar dan Muhammad Ammar menjadi Sahabat yang Akrab dan senantiasa menjadi manisan dalam perjalanan indah keluarga kita. Amin.

video

Buang Bayi: Demi Apa?

Kalau membuat carian di internet mengenai kes kes bunag bayi, jumlahnya terlalu banyak. Ceritanya pula terlampau pelbagai dan menyayat hati. Sebagai seorang ibu dan pernah melahirkan, kisah-kisah pembuangan bayi yang kejam membuatkan hati saya tersayat begitu teruk. Tanyalah ibu yang normal dan mempunyai kasih sayang yang tinggi pastinya mereka tak sanggup mendengar apatah melihat kes kes yang kian banyak tertulis di dada akhbar.

Dari kes buang bayi di dalam tandas, bayi dibuang ke dalam sungai, buang anak depan masjid, bayi digigit anjing, bayi dibakar dalam tong sampah, bayi dilempar dari kereta sehingga pecah kepala, bayi ditanam, bayi di buang dalam semak, bayi di flush dalam toilet, dan semuanya sangat sangat kejam. Dan semua golongan pemikiran ada. Dari budak sekolah hinggalah pelajar IPT pun ada terlibat.
Tapi semua ini dilakukan DEMI APA?????

Adakah demi maruah yang sudah terhina dek zina yang diakukan, atau adakah demi air muka yang mana dosa sudah pun terpalit dalam catatan. Atau apakah demi mungkin suatu hari nanti Taubat yang diterima tetapi dosa menghangtui hingga akhir kematian..SEMUANYA DEMI APA sebenarnya????

Anak yang terhasil dar titisan nutfah iaitu air mani dari seorang lelaki dan perempuan, kemudian terbentuk pula anggota yang berlainan dan di jadikan pula darah dan daging. Setelah 40 hari di tiupkan roh. Ditulis hal2 berkaitan takdir dan rezeki. Semuanya bukan mengambil masa sehari tetapi satu jangka masa yang panjang iaitu 9 bulan 10 hari dengan izin allah. Lahirnya satu nyawa ke dunia bukan sesuatu yang mudah. Ia bukan seperti air yang mengalir dan bayi terkeluar dengan sekalip mata. Seperti mana proses mengandung itu berperingkat peringkat begitulah juga proses bersalin yang mungkin berlarutan 3 ke 4 hari. Kesakitan yang dialami ketika mengandung dan bersalin amat perit dan demi anak yang akan lahir seorang ibu yang normal dan punya perasaan sayang yang tinggi tetap akan bersabar dengan lelah yang dihadapi.

Walaupun anak-anak yang dibuang ini dibenci sejak awal kewujudannya diketahui, tetapi sedarkah mereka demi apa anak-anak itu dibuang dengan kejam dan tidak berhati perut. Demi apa?


MARUAH DOSA dan TAUBAT

Andaikata demi MARUAH adakah di hati mereka perkara itu akan terpadam setelah mereka berjaya membuang bayi yang suci dan bersih itu. Jika satu hari mereka bertaubat adakah titik hitam itu akan mudah hilang dari ingatan. Bukan sesuatu yang mudah.Sekali dosa terpalit bukan mudah ia hilang dari fikiran. walaupun hati sudah redha sekali sekali pasti terlintas dosa yang dilakukan. Apatah lagi dosa membunuh bayi-bayi itu dengan kejam.

Bayi manusia adalah makhluk yang paling lemah dan tidak berdaya. bayi manusia yang baru lahir tidak mampu bergerak dan makan sendiri berbanding haiwan yang secara fitrahnya dapat bergerak sedikit.
Sampai bila kejadian ini akan terus menerus berlaku. Sampai bila kita harus menatap paparann akhbar atau sehingga saat kejadian ini terlampau banyak dan tepu kita sudah tidak akan memperdulikannya lagi.

Jikalau lah si pembuang bayi itu dapat berfikir secara rasional akan tidakkan mereka. Jikalau lah mereka terlebih dulu memikirkan natijah yang akan berlaku di saat mereka merasakan nikmat yang tidak sampai beberapa minit.Jikalaulah mereka faham nikmat yang hanya sekejap itu akan membawa kesengsaraan mental hingga ke mati. Jikalaulah mereka ingat semua ini...

Tuesday

Armagedon 2012

Masih lagi belum habis membaca Armagedon 2012. Buku yang menarik untuk dibaca dan merefreshkan semula ingatan terhadap bacaan sewaktu kecil dan cerita emak yang diulang banyak kali olehnya suatu masa dulu. Sewaktu kecil mak selalu cerita bagaimana keadaan dajjal, bagaimana dia muncul, apa yang dia tipu malah rentetan keadaan yang akan berlaku apaila kiamat akan tiba. 

Armagedon 2012 mencerita kronologi tibanya dajjal dan kehadiran dukhan yang akan menyebabkan orang islam mengalami gejala selsema dan orang kafir akan ditimpa penyakit yang teruk menyebabkan mereka tuli, pekak malah asap dukhan itu boleh keluar dari dubur. Astagfirullah. Wisnu memperlihatkan bukti2 dan kronolgi bagaimana terjadinya asap dukhan tersebut. Dimana insyaallah ia akan berlaku pada pertengahan ramadhan tetapi tidak diketahui pada tahun bila. Sesuai dengan hikmah maksud ramadhan iaitu panas membakar dan asap dukhan membawa hawa yang sangat panas.

Beliau menyatakan kenapa orang beriman hanya mengalami gejala selsema sedangkan orang tidak beriman sangat teruk keadaan kesihatan mereka ketika itu. Ini kerana ketika berpuasa, keadaan daya tahan badan sangat tinggi. Saudara Wisnu menyatakan juga bukti serta kajian2 lain yang mengatakan Puasa dapat meningkatkan daya tahan badan. Oleh sebab itu orang beriman hanya terkena gejala seakan2 akan selsema. Pada ketika itu tiada satu pun teknologi yang dapat mengatasi asap dukhan. Antibiotik tidak lagi berkesan dan kerana manusia asik bergantung kepada antibiotik, ketika itu badan hampir 0% tidak dapat mempertahankan diri(bg yang tidak beriman)

Hikmah asap dukhan adalah untuk menghapuskan dajjal dan memperlihatkan dajjal yang sebenar kerana dajjal belum menampakkan ciri-ciri fizikalnya. Malah hikmah adanya dajjal adalah untuk menapis golongan beriman dan tidak beriman.

Buku ini juga, membincangkan dan meperlihatkan kronologi kemunculan dukhan, apa yang perlu dilakukan ketika sampainya asap dukhan itu dan persediaan yang patut dilakukan ketika asap itu telah sampai dibumi. 

Bila barat sibuk dengan penemuan kalendar kaum maya, wisnu menyangkalnya dan mengesahkan NASA tidak mengesahkan yang bumi akan dilanggar oleh planet nibiru pada tahun 2012. Namun saudara Wisnu menyatakan yang akan ada pelanggaran besar dimana menyebakan asap dukhan iaitu ia adalah pembalasan kepada umat akhir zaman yang kini sedang melakukan SEMUA DOSA yang pernah dilakukan oleh kaum yang terdahulu. 

Wisnu menyatakan juga bergembiralah kepada mereka yang menutup aurat kerana dengan keyakinan kita menutup aurat boleh menyelamatkan kita dari terkena bahana dukhan yang dasyat. 

-akan disambung ke bahagian akan datang- 

Sila lah baca Armagedon 2012. Adakah kita sudah bersedia?? Apakah Amal ku ini cukup dan meletakkan aku di kalangan orang yang beriman????

Adakah ia akan berlaku esok atau lusa atau masanya masih jauh..Aduhh, Dunia sudah tua.......

Monday

Nak beli ikan pun susah

Dah dekat dua minggu tak beli lauk di kedai. Sejak beli ikan di kedai Ikan Bagus rasanya sudah tak lalu malah takut nak beli ikan di mana-mana kedai. Di Kedai Ikan bagus, ikan ikannya di gred mengikut kawasan tangkapan dan harga juga berbeza mengikut hari tangkapan dan kandungan pengawet. Ikan rengit takde pengawet dan lazimnya lebih mahal. Ikan dari kawasan laut endau mersing mempunyai 10% pengawet dan hari tangkapan dalam 4 hari dan ikan dari kawasan thailand dan indonesia kandungan pengawet adalah100%. Mula2 ikan rengit banayak lah juga tapi lama-lama hasil jualan ikan rengit makin kurang.

Saya memang tak amik ikan yang dilabel mempunyai pengawet. Aghh pening. akhirnya sudah dua minggu tak beli ikan. Taktahu nak beli dimana. Semestinya kalau ikan bagus pun letak pengawet tentu saja kedai lain pun sama. Susah hendak dipastikan.

Saya tidak cerewet tetapi saya sendiri takut untuk membelinya. Kita sekarang terdedah dengan banyak benda bahaya. Bukan saja ikan yang mempunyai pengawet yang tentu saja mendedahkan kita kepada kanser. Hal lembu, ayam, buahan-buahan dan sayuran yang diubah secara genetik juga mendedahkan kita kepada kanser. Belum lagi pendedahan kepada fertelizer dan pestesid. Belum lagi hal ada benda terlarang seperti bangkai dan lemak babi.

Amat meyedihkan keadaan hidup di zaman ini. sudahlah semuanya menekan..nak cari makan pun amat menyedihkan. Tanam sendiri. ada yang tak mau hidup. kena ada ilmu dan kesungguhan yang tinggi...

Tapi masih pening..takkan nak makan ayan Radix HPA setiap hari. Jemu jugak nih..nak tukar jadi Vegeterian ke??? Kena tambah skill memasak lah macam ni..

http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=432

Salah Faham???

Pelik dan Ajaib? Kadang-kadang apa yang hendak disampaikan membuatkan orang lain salah faham? Adakah mereka tidak kenal diriku atau silap menilai siapa diriku yang sebenar.

Tapi pepatah ada juga menyebut:

"Never explain yourself. Your friends don’t need it and your enemies won’t believe it."

Dalam menulis atau bercakap, boleh jadi apa yang dilontarkan menjadi sesuatu salah sangka. Mereka mungkin berfikir yang kita bercakap kerana:

  1. ingin menunjuk pandai
  2. ingin memberitahu mereka salah
  3. ingin menyanggah pendapat mereka
  4. ingin mengumpat
  5. ingin mencerita masalah rumah tangga

Dan apa jua fikiran mereka ia adalah lansung tidak benar. Apa yang dilontarkan hanyalah perkongsian secebis ilmu yang amat sedikit ini. Jauh sekali ingin menghentam atau mendabik dada dengannya. Jauh sekali ingin mengumpat dan menyatakan kesalahan. Luahan hati yang tertulis bukan untuk sesiapa tetatpi kerana khilaf yang ada pada diri. Jika tersentuh di hati sesiapa lansung tidak bermaksud. Jika kita berasa melakukannya pada sesiapa jua jalan pulang yang benar adalah sebaikkanya. Dan diri ini juga begitu. Kita tahu siapa salah pada diri kita. Malah kita tahu siapa yang telah kita berbuat salah. Hanya tindakan diri saja yang mampu menjadikan keadaan jernih semula.

"A true friend is someone you can disagree with and still remain friends.If not, they weren’t true friends in the first place."