Muhammad Ammar |
Seawal kelahiran adik, Muhammad Ammar, Umar nampak cemburu. Hingga sekarang pun Ahmad masih menunjukkan kecemburuan walaupun ada sedikit berkurang. Hingga sekarang pun Ahmad akan sentiasa meniru tindakkan adik dan dia juga nak semua mainan yang adik tengah pegang. Tapi perangai Umar sememangnya perlu dikawal. Mungkin ambil masa sedikit. Harapnya Umar dapat terima apa yang dinasihatkan.
Umar dah pandai sebut ABC, 123, Alif Ba Ta, nyanyi nursery rhyme dan baca doa dan zikir. Alhamdulillah. Walaupun sedikit pelat dan kadang-kadang suka hati mencapur aduk BAHASA BAYINYA, saya amat berharap agar sedikit masa lagi Umar lebih lancar dan tidak lupa. Harapnya saya juga tidak terlupa atau culas dalam mengajar dan mencari kaedah sesuai supaya dia ingat. Kebanggaan saya terhadap Ahmad Umar ialah dia sangat suka membaca. Kadang-kadang pujukan paling berkesan ialah dengan menghulur buku padanya dan pasti dia akan duduk diam atau berhenti menangis. Jikalau membaca dia tidak hiraukan perkara lain disekililingnya.
Ahmad Umar |
Semalam Selasa, saya perlu lewat sedikit ke opis sebab Ammar demam dari semalam. Jenuh juga menidurkan Ammar sebab tidak mahu lepas menyusu. Tidur pada pukul 4 pagi. Tengahari saya tidurkan ammar dan membiarkan Umar bermain seorang. Tiba-tiba saja keadaan menjadi sepi dan risau juga takut2 Umar membuat sesuatu yang tak disangka. Saya mengendap Umar dari dapur. Rupanya Umar sedang membuaikan Ammar. Kalau orang utara tengah tangguk anak dalam buai. Abang kata macam tangguk ikan je.. Erkk!!
Masa tu terharu juga. Bila adik menangis dia memujuk adik dengan bunyi shh shh shh..kemudian menyanyikan Lailahailallah seperti saya nyanyikan ketika mereka dibuai. Kelakarnya la dan llah saja di didengar jelas. Diantara la dan llah, sesuka hatila Umar menyebutnya.
Semoga Ahmad Umar menjadi Abang yang baik kepada Muhammad Ammar. Jaga adik, Sayang adik. Semoga Ahmad Umar dan Muhammad Ammar menjadi Sahabat yang Akrab dan senantiasa menjadi manisan dalam perjalanan indah keluarga kita. Amin.
No comments:
Post a Comment