Saya perlu habiskan menulis entry ini kerana ia akan mengganggu kerja saya sepanjang hari sekiranya saya berniat untuk menulisnya secara sambil-sambil.
Dari radio IKIM baru-baru ni seorang penceramah memberikan satu kata hikmah yang betul-betul membuatkan hati saya tersentap. Kata beliau "Apabila kita melakukan sesuatu kesannya sukar dikawal". Beliau membawa cerita seorang ayah memukul tangan anaknya yang mencalarkan kereta baru dan kesannya ialah tangan anaknya terpaksa dipotong. Beliau membawa cerita itu dengan penuh penghayatan dalam versinya. Memang hati saya betul-betul tersentap. Tapi pada masa itu rasa sentap lebih berkisarkan kesedaran terhadap cara saya membesarkan anak-anak.
Tapi beberapa hari ini saya terfikir-fikir kaitannya terhadap penulisan di blog. Memang betul, apabila kita menghasilkan satu entry kesan dan akibat dari entry tersebut memang sukar dikawal. Ia boleh jadi dua keadaan iaitu penerimaan dan penolakkan. Alhamdulillah terhadap penerimaan positif dari pembaca setia dan seiring pemikiran dengan saya. Tapi penolakkan mungkin membawa natijah yang cukup besar. Mungkin boleh jadi salah faham besar dan kutukan sepanjang masa.
Bila Menulis Blog?
Seperti tertulis di dalam profile saya menulis sejak september 2007. Kiranya saya masik mentah dalam penulisan blog. Entry pertama saya bertajuk :( . Memang sangat kebudak-budakkan ketika itu dengan tulisan
"perlu untuk meluahkan but i do not know what to write....
huh..its killing me.....!!!!"
huh..its killing me.....!!!!"
Kebanyakkan entry dalam blog ini adalah berkisarkan kisah keluarga saya, anak-anak, cetusan ilham dari pengalaman dan pembacaan, luahan rasa, pengalaman mengandung, pengalaman membuat research (Master Degree) dan beberpa topik lain. Seiring dengan penambahan usia dan status diri mungkin penulisan saya sedikit matang pada pandangan saya.
Perkara Yang Membanggakan Dalam PenulisanBlog
Perkara yang paling membanggakan didalam blog ini apabila Dato Mohd Noh Dalimin, NC UTHM memberi status LIKE di FB dan membaca beberapa tulisan saya. Memang benar, blog saya tidak ramai pengikut setia. Tapi saya percaya mereka suka dan menerima pemikiran saya dengan terbuka. Saya juga percaya Dato bukan pembaca tegar blog ini tapi apabila "orang besar" memberi status "LIKE", saya rasa rupanya pendapat saya tidaklah bodoh dan sampah. Lebih menyeronokkan apabila dapat bertukar pendapat dan sumbang saran di FB. Memang tak dinafikan idea dan tulisan seorang yang berilmiah tinggi kadang-kadang sukar difahami oleh orang seperti saya tapi saya berterima kasih apabila Dato menerima pendapat-pendapat saya dengan tidak prejudis kepada siapa status saya. Seingat saya status like tersebut diberikan kepada entry Agihan Tugas di Dalam Rumah Tangga dan Duitku Duitmu-Notes from Semanis Kurma.
Terigat zaman berblog di Freindster ketika beberapa rakan mengakui mereka tertunggu nukilan sajak dan cetusan idea dari saya. Begitu juga pengikut setia blog ini. Terima kasih kerana mengikuti tulisan saya. Sumbang saran terhadap cara saya menulis dan kesilapan dari saya, amatlah dihargai.
Perkara Yang TIDAK Membanggakan Dalam PenulisanBlog
Tentu saja insiden baru-baru ini. saya tidak mahu bercerita panjang. Namun, kaitannya terhadap kata-kata pencermah di IKIM sangat besar kebenarannya. Apabila kita melakukan sesuatu akibatnya sukar dikawal. Kesan Blog dan FB memang sangat besar samada untuk kebaikkan atau keburukkan. Andai kata saya menulis satu situasi, secara kelaziman tidak berkait dan meletakkan nama secara terang. Namun penulisan saya tidak lari dari perkongsian untuk semua orang dan peringatan untuk diri sendiri. Boleh jadi ada yang terasa. Itulah natijah yang sukar dikawal. Namun ibarat cerita sang keldai, tuan dan anaknya, saya tidak mahu ambil berat kerana bukan semua orang akan percaya dan terima apa yang kita ingin lakukan. Mungkin cara penulisan saya seperti saya saja yang betul tapi bagi saya ia adalah catitan untuk diri dan terima kasih bagi mereka yang sudi membaca dan mengambilnya sebagai perkongsian kerana pemikiran yang seiring. Saya tidak boleh mengawal apa yang difikirkan oleh orang lain kerana penulisan ini tidak bernada. Mungkin salah saya juga kerana masih mentah dalam penulisan blog.
Inspirasi Penulisan Blog
Dalam penulisan blog ispirasi saya ialah Ustaz Hasrizal di www.saifulislam.com dan www.mofas.wordpress.com.
Ustaz hasrizal sangat berpengalaman, baik dalam kehidupan, pengembaraan dan ilmu-ilmunya. Ketika tidak sibuk pasti saya melawati blog beliau. Namun atas kekangan masa sekarang, saya tidak lagi mengikuti blog ustaz hasrizal dan mofas secara kerap dan keseluruhan. Banyak yang telah tertinggal. Memberi komen di blog ustaz hasrizal, kadangkala saya sendiri tidak faham apa yang beliau sampaikan sebab ilmunya tentula hlebih banyak dan luas. Saya kadang-kadang menafsir sesuatu isu secara salah. Dan bukan tidak pernah berbalah dengan beliau. Namun kadang-kadang pendapat diterima dengan baik atau kelucuan. Namun semuanya adalah kenangan manis dan pengajaran kepada cara saya berfikir. Namun ,sebenarnya Ustaz dan Ummusaif tak pernah gagal menjadi inpirasi dalam penulisan blog mahupun di dalam kehidupan yang kerdil ini. Memang Ustaz dan Ummusaif tegas dan sinis tapi sebenarnya itu adalah lebih baik dalam menyampaikan kebenaran.
MOFAS adalah anak muda yang memberikan inspirasi dalam menulis blog secara tersusun dan 'Bertatabahasa dengan betul". Namun sebenarnya, saya masih gagal menulis dengan tatabahasa yang betul terutamanya huruf besar dan huruf kecil. Pernah juga ada yang menegur ia seperti orang yang mempunyai masalah emosi. Terlalu terburu-buru walaupun ada isi yang bagus. Memang Kelucuan. Mengenali beliau secara personal menambatkan hati dengan sikap beliau yang sederhana, matang dan lemah lembut. Itu yang saya kenal secara dasar. Dan kerana itu juga saya mengikuti blog beliau. Namun dengan kekangan masa sekarang saya hanya bertumpu pada penulisan blog saya sendiri dan tidak ada kesempatan untuk mengikuti blog orang lain.
Kesimpulan
No comments:
Post a Comment