Tuesday
Empangan Machap: Indahnya Alam dan Dangkalnya Akal
Berjalan lagi dengan Ayah, Ahmad Umar dan Muhammad Ammar
Sebenarnya dah tak tau nak jalan mana. Shopping kompleks dah tak menarik kerana mata sudah teruja untuk menyimpan lebih banyak bila melihat wang didalam akaun bertambah2. Walaupun sedikit-sedikit tapi alhamdulillah. Shopping complexs dah tak menarik dan ramai orang di sana menyebabkan saya berasa sesak. Pertama kali ke empangan machap im craving for more to go there again. Memang sangat cantik. Pagi ahad minggu lepas, bila selesai beli ikan dipasar , kami beli breakfast dan terus ke empangan machap. Nak berkelah kononnya. Mula perjalanan hujan sikit tapi alhamdulillah sampai ayer hitam terang balik. Mula2 takut juga kalau sampai takda orang tapi alhamdulillah, ada orang memancing dan melepak mengambil udara segar. Mungkin pakcik tu memikirkan hal-hal hidupnya. atau mungkin suka berkongsi pengalaman hidup dengan pemancing yang menunggu-nunggu ikan meragut umpan.
Sampai saja, saya dan saiful mencari-cari lokasi yang sesuai untuk dijadikan tempat duduk. Sambil menghirup angin tasik dengan pemandangan bukit dan ladang kelpa sawit. Paling klasik dua suami isteri cina ber'boat' didalam tasik mencari ikan (tapi legal ke).Tapi permandangannya sangat klasik.
Buang Sampah dan Hutan Terbakar
Tapi paling sedih sampah-sampah banyak sangat. Teringat iklan kat TV, "Jangan wat tak tahu, dari kita jugakla", Sampah segenap inci kawasan daratan. Hingga terlampau banyak, sudah ada botol yang terapung-apung didalam tasik. Sedih melihatnya. Bukan susah nak mengutip sampah atau membawanya pulang. Empangan Machap tu memang tiada pihak yang menguruskan sebab ia bukan tempat awam dan rekreasi. Jadi tanggungjawab kitalah nak pastikan semuanya baik dan bersih. Semuanya hak allah. Allah bagi rasa nikmat indah jadi kita semua patut menjaganya. Hutan juga terbakar sebab ada yang buang putung rokok. Habis rumput dan pokok menjadi mati. Sudahla merokok tu haram, dibuang merata putung yang masih bebara sampai merosak alam. Memang sedih melihatkan keadaan. Sedihnya jika pihak pengurusan pantau, mereka akan jadikan kawasan empangan tersebut kawasan larangan atau paling sedih tiada apa-apa tindakan dan mereka terlibat akan meminum air yang makin tercemar. Sayangnya Alam indah dan Dangkalnya Akal mereka. Tapi kawasan tasik sangat cantik. Subhanallah. Bila saya akan kembali untuk menyatakan ucapan agung itu dengan perasaan seperti dulu. Rasa shahdu hingga meremang bulu roma( pelik jugak ayat ni) tapi begitula. mungkin saya banyak alpa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment