Episod Grey's Anatomy kali ni sangat menarik. Setiap minggu rancangan tersebut ditunggu-tunggu walau kadangkala terlepas juga menontonnya. Cerita utama dalam grey's anatomy kali ni ialah doktor disuruh tidak bersikap sinis terhadap pesakit. Semua doktor menjalani Sensitivity Training dan diminta melayan pesakit dengan komunikasi yang paling baik. Bailey sebagai pemantau akan keluarkan dorktor yang bersikap sinis dan kurang sensitif terhadap perasaan pesakit
Pesakit mereka ialah seorang lelaki (Bobby) yang sangat gemuk. Beratnya hampir 700 paun. Memang sangat berat. Dia mengalami sakit perut, tapi Bobby tidak pasti kesakitannya kerana terlalu gemuk dan lapisan lemaknya sangat banyak. Dari awal Bobby dibawa dengan kenderaan seperti truck dan bukan ambulans, doktor dikeluarkan satu persatu samada kerana komunikasi dengan pesakit atau perbincangan dengan doktor. Walaupun perkataan seperti gemuknya, debat patut guna peralatan dari zoo kerana peralatan hospital tak boleh detect punca dan banyak lagi. Dan doktor satu persatu dikeluarkan dari kumpulan latihan,walaupun percakapan secara berbisik atau komunikasi lansung dengan Bobby.
Bobby datang bersama isterinya sangat cantik. Isterinya mengandung dan merasakan ia adalah masa untuk Bobby mengubah cara hidup supaya boleh menjadi kurus semula dan menjadi ayah yang sempurna walaupun sudah banyak kali dia mencuba .Bobby dan si isteri sangat positif sepanjang rawatan. Tapi doktor-doktor tetap sinis dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan tanpa mengetahui latar belakang lelaki tersebut.
Klimaks
Klimaksnya dalam episod kali ni apabila sekumpulan doktor makan di kafe dia mana dia mempersoalkan bagaimana Bobby melakukan seks bersama isterinya. Cristina mengambil sebiji burger dan fries sambil mengolok-olokkan bagaimana mereka melakukan hubungan intim. Dan malangnya percakapan doktor-doktor didengari isteri bobby. Isteri bobby terus mengenakan doktor-doktor yang menyibuk itu.
Isteri Bobby memang marah sebab ada orang menyibuk bagaimana dia melakukan hubungan intim. Kalau la terjadi pada diri kita adakah kita patut menyibuk begitu. Hal bilik tidur orang pulak tu.
Jadi isteri Bobby cakap begini lebih kurang: " Kamu nak tahu bagaimana kami melakukannya. Tapi sebelum tu saya nak tahu kamu semua pun ada citarasa dan posisi kegemaran masing-masing tapi perlu ke saya tahu semua tu. Tentu sekali tidak KERANA IA BUKAN URUSAN SAYA!!"
Kesimpulan
Jadi pembaca dapat tak tangkap apa yang saya ingin sampaikan. Sesetengah perkara kita perlu filter untuk disibukkan. Sebab kita tak tahu keseluruhan cerita. Macam kisah bobby dan isterinya ni, semua doktor menilai bobby malas dan buruk kerana gemuk. Tapi siapa bobby dan apa yang dilalui bobby orang luar tidak tahu. Begitulah kita. Perlu kita tahu bagimana dikatakan mengambil berat, menyibuk atau sibuk.
Ps: Tidak salah berudur setapak dan menilai diri jika kita salah. Begitu juga saya.
setuju, setuju....Nilai diri sendiri terlebih dahulu sebelum menilai orang lain....
ReplyDeletesaya pun tengah menilai diri juga...
ReplyDelete