Wednesday

Buang Bayi: Demi Apa?

Kalau membuat carian di internet mengenai kes kes bunag bayi, jumlahnya terlalu banyak. Ceritanya pula terlampau pelbagai dan menyayat hati. Sebagai seorang ibu dan pernah melahirkan, kisah-kisah pembuangan bayi yang kejam membuatkan hati saya tersayat begitu teruk. Tanyalah ibu yang normal dan mempunyai kasih sayang yang tinggi pastinya mereka tak sanggup mendengar apatah melihat kes kes yang kian banyak tertulis di dada akhbar.

Dari kes buang bayi di dalam tandas, bayi dibuang ke dalam sungai, buang anak depan masjid, bayi digigit anjing, bayi dibakar dalam tong sampah, bayi dilempar dari kereta sehingga pecah kepala, bayi ditanam, bayi di buang dalam semak, bayi di flush dalam toilet, dan semuanya sangat sangat kejam. Dan semua golongan pemikiran ada. Dari budak sekolah hinggalah pelajar IPT pun ada terlibat.
Tapi semua ini dilakukan DEMI APA?????

Adakah demi maruah yang sudah terhina dek zina yang diakukan, atau adakah demi air muka yang mana dosa sudah pun terpalit dalam catatan. Atau apakah demi mungkin suatu hari nanti Taubat yang diterima tetapi dosa menghangtui hingga akhir kematian..SEMUANYA DEMI APA sebenarnya????

Anak yang terhasil dar titisan nutfah iaitu air mani dari seorang lelaki dan perempuan, kemudian terbentuk pula anggota yang berlainan dan di jadikan pula darah dan daging. Setelah 40 hari di tiupkan roh. Ditulis hal2 berkaitan takdir dan rezeki. Semuanya bukan mengambil masa sehari tetapi satu jangka masa yang panjang iaitu 9 bulan 10 hari dengan izin allah. Lahirnya satu nyawa ke dunia bukan sesuatu yang mudah. Ia bukan seperti air yang mengalir dan bayi terkeluar dengan sekalip mata. Seperti mana proses mengandung itu berperingkat peringkat begitulah juga proses bersalin yang mungkin berlarutan 3 ke 4 hari. Kesakitan yang dialami ketika mengandung dan bersalin amat perit dan demi anak yang akan lahir seorang ibu yang normal dan punya perasaan sayang yang tinggi tetap akan bersabar dengan lelah yang dihadapi.

Walaupun anak-anak yang dibuang ini dibenci sejak awal kewujudannya diketahui, tetapi sedarkah mereka demi apa anak-anak itu dibuang dengan kejam dan tidak berhati perut. Demi apa?


MARUAH DOSA dan TAUBAT

Andaikata demi MARUAH adakah di hati mereka perkara itu akan terpadam setelah mereka berjaya membuang bayi yang suci dan bersih itu. Jika satu hari mereka bertaubat adakah titik hitam itu akan mudah hilang dari ingatan. Bukan sesuatu yang mudah.Sekali dosa terpalit bukan mudah ia hilang dari fikiran. walaupun hati sudah redha sekali sekali pasti terlintas dosa yang dilakukan. Apatah lagi dosa membunuh bayi-bayi itu dengan kejam.

Bayi manusia adalah makhluk yang paling lemah dan tidak berdaya. bayi manusia yang baru lahir tidak mampu bergerak dan makan sendiri berbanding haiwan yang secara fitrahnya dapat bergerak sedikit.
Sampai bila kejadian ini akan terus menerus berlaku. Sampai bila kita harus menatap paparann akhbar atau sehingga saat kejadian ini terlampau banyak dan tepu kita sudah tidak akan memperdulikannya lagi.

Jikalau lah si pembuang bayi itu dapat berfikir secara rasional akan tidakkan mereka. Jikalau lah mereka terlebih dulu memikirkan natijah yang akan berlaku di saat mereka merasakan nikmat yang tidak sampai beberapa minit.Jikalaulah mereka faham nikmat yang hanya sekejap itu akan membawa kesengsaraan mental hingga ke mati. Jikalaulah mereka ingat semua ini...

No comments:

Post a Comment