Wednesday

Sajak Buat Ayah

Balik ke Langkawi Minggu lalu kami semua membuat operasi mengasingkan barang-barang di Taman Langkawi kerana rumah tu akan di beli oleh Kak Long. Menyelongkar itu dan ini banyak terjumpa catatan lama tentang diri, ayah, mak, surat surat2 kak long, cinta monyet dll. :) Tapi bila membaca semula sajak-sajak yang pernah ditulis ia mengimbau segenap kenangan yang bermakna dan bahagia di dalam hidup.

Salah satu sajak yang pernah dinukil buat ayah suatu tika dulu. 10.8.2002...

Mungkin satu dugaan bagi aku
Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku
Hati berdebar bila melihat
Dan seolah-olah merasakn kesakitan dia
Ya Allah selamatkanlah Pemuda itu
Selamatkan dan sejahterakanlah hidup emak dan ayahku
Selamatkanlah semua adik-adikku di dunia dan akhirat

Ya Allah kematian bagaikan satu berita dasyat kepadaku
Tapi mungkin kematian kepada orang itu
Adalah yang paling indah kepadanya
Ya Allah Ampunilah dosa-dosa ini
Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Suluhkan hatiku untuk aku lalui jalan kebenaran
Jauhkanlah aku dari terpesong dari landasan

Sayang seribu sayang
Rindu Berombak Rindu
Ingin Bersua Sayang
Bila akan Bertemu

Ayah, Sayangnya kini kita terpisah
Ayah bolehkan esok-esok kita bertemu
Ayah inginku tahu khabarmu
Walaupun ku tahu kau kini dalam UrusanNya
Bertemulah engkau dengan Bidadari Bermata Biru itu
Bahagialah Engkau
Sayang Ayah
Sayang Emak

~~~In Loving Memory of Zamri Tan Abdullah, My beloved Father~~~

2 comments:

  1. Al fatihah buat Pakcik Zamri Tan Abdullah.Teringat first time naik keta ayah ang g tengok LIMA. tahun bila pun dah lupa, padahal tak penah p tgk LIMA seumur hidup. Itu pertama dan terakhir....Cuah giler nak naik keta ayah ang, muka dia serius giler, tak byk cakap lak tu...hihihi..tapi yang paling best Barbeku di Pantai Tengkorak resepi ayah ang...masih terasa enaknya hingga ke hari ini...Semoga ditempatkan bersama orang yang beriman.Amin..

    ReplyDelete
  2. Tula, pasai LIMA tu ayah aku tulis dalam diari dia..Hari tu dok baca diari dia semua..tahun 2001 kot. time dia dah nak takda tu la kot. Dia tulis bawak nurul, kaklong, dan adiknya tengok LIMA..:)

    Ayah aku kan memang serius. hihi.

    Resepi tu aku pun tak sempat belajar..dulu ayah ada la bgtau tapi yala masa tu tau makan ja.tak ambil berat..

    Amin..insyaallah. Semoga dia berbahagia disana.

    ReplyDelete