Saya sentiasa mencari motivasi terbaik untuk diri agar saya tetap bersabar dan bersemangat dalam mendidik dan melayan kerenah anak-anak yang beribu macam. Huh, melayan kerenah anak yang beribu macam, saya dan suami pasti ada masa-masa kan termarah. Seringkali menyesal kerana mereka adalah anak kecil yang mereka hanya tahu permintaan mereka harus dipenuhi. Namun saya masih mencari kaedah-kaedah bagaimana untuk mengatakan "ini salah sayang", "ini tak boleh sayang" dengan lebih berkesan.
Pada usia anak-anak 2 tahun dan 10 bulan tentu sajalah senyuman, pelukan dan kasih sayang yang ikhlas adalah paling berkesan. Pengalaman saya, memarahi dan memukul akan menambahkan tangisan dan pemberontakan yang tidak dijangka. Tapi percakapan yang lemah lembut, pelukan dan kesabaran seringkali berkesan.
Namun adakalanya untuk mengelakkan kaedah memukul atau mencubit saya akan 'ignore' tantrum anak yang lansung tak munsabah. Saya akan buat-buat tak nampak dan tidak mempedulikan tantrum tersebut.Tapi selalunya saya gagal menunggu sehingga anak selesai tantrum kerana kadang kala saya termarah atau terus memujuknya. Kadangkala memujuk anak ketika tantrum bukan kaedah yang baik kerana anak menangkap, bahawa jika dia tantrum pasti ibu memujuk dan berjaya mendapat apa yang dihajati..
Jika anak menghadapi perlakuan yang kurang baik mungkin pilihan-pilihan ini dapat mebantu:
- Sebagai ibu bapa perlu tentukan adakah ia perlakuan salah, perlakuan baik, perlakuan normal bersesuaian dengan umur anak
- Terus buat mereka hentikan perlakuan buruk dengan denda yang sesuai atau mengabaikan tantrum
- Beri anak perlakuan alternatif dan beri ganjaran terhadap perlakuan baru itu. Contoh jika marah jangan pukul orang atau jerit tapi conteng kertas. beri ganjaran.
Bukan mudah nak memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah. Tanyalah sesiapun yang mengambil berat dengan anaknya. PASTI!! ia bukan kerja yang mudah. Ia terus menerus memerlukan pernambahan ilmu dan pembelajaran demi mencapai tahap ibu bapa KELAS PERTAMA dalam piawaian agama. Ini sangat penting sebab cabaran abad ini amatlah banyak. Dalam Halaqah Sentuhan Qalbu, bila topik anak, remaja dan seumpamanya dibawa di slot itu, mereka hanya menyentuh sedikit sahaja tentang salah anak tapi cara mereka bawa kesedaran agar ibu ayah tahu dan faham, ditangan kita inilah anak itu akan membesar sebagai apa dan anak itulah yang menjadi sepertimana kita tanam di fikiran dan seperti apa yang kita doakan. Sesungguhnya bukan mudah. Saya sendiri merasakan saya masih belum cukup matang dan punyai cukup ilmu untuk menempatkan saya pada tahap kelas pertama dalam piawaian islam. Ini membuahkan ketakutan..Ohh..
Kenapa Kita Menjadi Ibu dan Ayah??
- Menjadi pembimbing terhadap agama islam dan kehidupan anak-anak
- Untuk menyayangi, mengasihi dan mencintai mereka tanpa rasa berbelah bahagi
- Untuk mengajar tentang agama dan akhlak islam serta semua nilai nilai yang baik
- Untuk melindungi anak-anak didunia dan dari siksaan api neraka.
- Untuk membantu anak-anak di ketika mana pun mereka memerlukan kita
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya pula malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”At-Tahrim ayat 6