Was-was yang terlampau tu mainan syaitan.Saya setuju dengan kata-kata itu. Kadang-kadang perasaan was-was menyebabkan kita teragak-agak dalam ibadah dan mungkin boleh sampai tidak yakin pada diri. Tapi dalam mencari produk kegunaan harian, tahap kewas-wasan memilih yang mana halal sangat tinggi pada diri saya. Kadang-kadang merunsingkan dan memenatkan juga untuk mencari-cari alternatif dan pilihan.
Produk Muslim dan Halal
Namun begitu, dalam kewas-wasan mencari produk halal pada keadaan semasa, kini tidak boleh berkompromi. Bukan apa, kebanyakkan produk menimbulkan keraguan, logo jakim yang boleh diubahsuai dan disalin dengan teknologi grafik, penguatkuasaan logo dan pemantauan yang tidak tegas, peranan pengguna yang lambat atau ambil enteng mengadu ke persatuan pengguna/KPDNKK dan banyak lagi hal-hal berbangkit.
Di Malaysia, peraturan bagi label produk masih lemah. Contoh kod bagi lemak haiwan/babi yang mungkin dinamakan pengstabil atau pengemulsi tidak disertakan apakah sumber2nya. Contoh kod Exxx yang peneranganya ialah HALAL jika dari binatang yang disembelih dan HARAM jika sumber dari Babi atau binatang yang tidak disembelih. Tapi kebanyakkan produk cuma meletak kod , label pengelmulsi/penstabil dan tidak menyatakan sumber apa. Melihat label tersebut sudah pun menimbulkan keraguan.
Tiada babi belum tentu halal kerana mungkin bahan dalam produk mengandungi bahan kimia yang berbahaya atau unsur-unsur binatang yang tidak disembelih.
Kosmetik dan Pewarna Rambut
"Kalau coklat yang baik adalah yang cair di mulut bukan ditangan, Namun memilih lipstik yang tahan lama, lekat di bibir dan bukan cair dimulut itulah yang baik" ~~ petikan dari ALISLAM Disember yang diluahkan oleh Dr Mavash Husain. Percaya atau tidak sesetengah wanita memakan beberapa TAN lipstik dalam hidupnya. WOW!! adakah begitu banyak??? Tapi mungkin tidak mustahil kerana saya pernah berjumpa seorang wanita dalam satu jam sahaja dekat 5-6 kali dia menyapu lipstik di bibirnya. Begitu obses sesetengah wanita dengan kecantikan. Dr Mavash menyatakan garis panduan halal bukan sekadar binatang disembelih mengikut syariat tetapi perlu mengambil kira faktor lain seperti kebersihan, penggunaan bahan malah niat kita melakukan sesuatu itu juga di kaitkan dengan halal. Contoh kenapa kita bermekap untuk ke tempat kerja??? Memadai sekiranya dengan sapuan bedak, sedikit celak dan pelembab bibir (tidak berwarna)?. Atau Wajib dengan solekkan yang berat DEMI untuk menjaga IMEJ wanita islam????? Betulkah itu caranya imej dijaga??? Ini perlu diselidiki dan diukur dengan tahap imam dan persepsi nilai seorang wanita terhadap kehidupan islamnya.
|
Gambar dr AL ISLAM | | |
Dalam majalah Al Islam keluaran Disember, topik yang menjadi muka di laman kulit ialah
"90% Kosmetik dari sumber babi". Perincian artikel tersebut adalah mengenai sumber dari haiwan yang haram dimakan, haiwan yang tidak disembelih, tisu manusia dan lebih mengejutkan
JAKIM tidak pernah memberi logo halal kepada semua jenis pewarna rambut yang ada di pasaran. Dengan pengakuan tersebut bukankah terbukti yang logo jakim boleh dimanipulasi sesuka hati. Jakim tidak memberi logo halal walaupun bahan halal kerana masih ada polemik terhadap tujuan penggunaan perwarna rambut yang mungkin digunakan untuk menayang ke mata awam.Selain bahan kimia yang merbahaya, produk yang mempunyai plasenta manusia juga tidak boleh mendapat sijil halal dari JAKIM. Jika dari plasenta haiwan pula masih ada perbincangan dan khilaf. Namun JAKIM mengambil jalan tengah untuk tidak memberikan sijil halal.
Penolong pengurus TPM Biotech menjelaskan keutamaan membuat pemeriksaan mengenai kandungan halal sebelum dipasarkan, pensijilan ISO bagi pemeriksaan halal amat penting dan pengilangan mengambil kesempatan terhadap permintaan produk halal mnenyebabkan logo halal diseleweng. Melihat kepada logo dan label masih tidak cukup. Saringan awal perlu dilakukan dengan ketat dan penguatkuasaan yang ketat perlu dilakukan sebelum produk dipasarkan.Beliau juga menerangkan bahawa untuk memeriksa halal dengan hanya melihat amalan dikilang adalah tidak mencukupi, produk dan bahan perlu diuji kerana ia lebih tepat dengan pembuktian secara saintifik. Jika hanya dengan melihat secara kasar, sukar untuk membezakan bahan2 yang digumakan di kilang.Ini tanggungjawab organisasi seperti TM Biotech, JAKIM dan IPT.
TPM menggunakan teknologi untuk mengesan DNA babi dalam bahan mentah atau produk melalui kaedah (Polymerase Chain Reactio-PCR) & (DNA sequencing). TPM menerusi anak syarikat TPM BIOTECH adalah satu satunya organisasi yang mempunyai kelengkapan lengkap untuk melakukan pengesanan DNA Babi
Produk HPA dan susu BIOMIL
Berusaha mencari yang halal itu fardhu kerana kesan dari halal malah lagi suci itu besar kepada rohani dan fizikal. Ini pula tanggungjawab kita sebagai pengguna. Mula-mula agak culas juga. Maksudnya dalam boikot atau ragu, terbeli juga produk-produk tertentu. Tetapi apabila makin banyak pembacaan dan pemerhatian, makin berkurang rasa teringin.
Alhamdulillah, langkah pertama yang kami sekeluarga ambil adalah, menukar seberapa banyak produk harian yang digunakan di rumah kepada produk yang terjamin halal. Iaitu HPA, BIOMIL dan HALAGEL. Sebagai panduan gambar-gambar yang saya sertakan adalah produk yang telah digunakan. Alhamdulillah mungkin ada yang tidak setanding produk yang sudah ternama di pasaran tetapi alhamdulillah ia memberi kepuasan terhadap penggunaannya.
HPA bukan saja membekalkan produk herba tapi barangan rumah yang lain seperti aiskrim, sardin, sosej, nugget, daging beku, satay, dll. boleh kunjungi laman web
HPA. Sekarang cawangan HPA dan banyak dah. Rata-rata pun boleh jumpa.
Sekarang Umar dah minum BIOMIL. Insyaallah BIOMIL adalah produk halal dan boleh dipercayai. Mungkin tidak setanding produk yang sudah berjenama tetapi saya rasa ia mencukupi buat Umar yang sudah mahu makan nasi. Muhammad Ammar minum susu kambing lagi sebab BIOMIL cuma untuk bayi 1 tahun keatas. Insyaallah bila Ammar sudah setahun saya akan beri BIOMIL juga.BIOMIL boleh didapati didapati di GIANT, carrefour dan beberapa kedai barangan bayi terpilih. Untuk rujukan boleh lawat laman
BIOMIL.
Dengan senarai barang yang saya paparkan di entry kali ini mungkin dapat memberi idea kepada pembaca dimana boleh membeli produk yang halal. Insyaallah terjamin dan harga hampir sama di pasaran. Kita berusaha mana yang boleh untuk menukar dan memastikan apa yang kita ambil tidak diragui. Perlu semak label dan pastikan sumber dinyatakan. Jika tidak, cari produk yang lebih hampir kepada yakin dan memenuhi syarat supaya tidak was-was lagi. Artikel ALISLAM DISEMBER amat baik untuk dijadikan rujukan. Ia membuka mata kita. Sebagai pengguna, kita perlu berhati2 mencari produk yang paling halal dan suci bagi kita. Memang nampak susah sebab saya sendiri juga berasa kecewa dan hampa apabila terpaksa menelek label pada setiap produk, dan terpaksa menolak jika diletak bahan yang mempunya kod2 bagi unsur babi tapi tidak danyatakan samada ia dari babi atau lemak haiwan/sayuran tetapi dinyatakan cop halal. Ia telah menimbulkan was-was. Sebab tu saya memilih HPA, BIOMIL, HALAGEL dan cuba mengelak setiap produk yang tidak menyatakan label dengan telus. Adalah wajib mecari yang halal. Sekiranya saya tertipu dengan pilihan saya, mudahan-mudahan allah tunjukkan yang terbaik dan semuanya diadili diakhirat kelak. Begitu juga anda.
Ini adalah beberapa link yang boleh dirujuk:
Aduan Halal
HALAL HPA
Direktori Halal Jakim