Wednesday

Anak

Tiada Anak
Mempunyai anak adalah impian semua pasangan yang berumah tangga. Tambah-tambah jika mempunyai kefahaman bahawa berkahwin mestilah ada anak sebab adanya hubungan seks. Namun kuasa Allah jualah yang menentukan kita punya anak atau tidak. Bagi Allah pula, tidak WAJIB untuknya memberi anak jika sudah berkahwin kerana Allah maha menjadikan sesuatu. Walaupun ditakdirkan terkena sihir atau penyakit yang mustahil bagi pasangan untuk mempunyai anak namun bagi Allah jika Dia mahu menjadikannya tiada apa yang dapat menghalang. Allah mahu atau tidak mahu jadikan, semuanya berada dalam pengetahuannya yang kukuh. Namun sebagai makhluk tidak haruslah berputus asa untuk berubat dengan tidak melampau. 

Ustaz Kazim pernah bawakan satu kisah wanita yang sudah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak. Mertua, ipar dan orang sekeliling mula mendesak dan mengata. Ia menjadikan suami isteri tertekan. Lalu mereka berusaha mendapatkan zuriat hinggalah si isteri mengandung. Tapi disebabkan mengandung pula isteri menjadi lumpuh kerana badannya tidak mampu menampung berat kandungannya. Begitulah satu contoh bahawa semuanya yang terjadi adalah kerana Allah ada sebab yang kukuh. 

Namun naluri tetaplah sedih bila orang sekeliling mula menekan dan bertanya-tanya. Saya ada saudara (menantu ibu saudara tiri suami) tak punya anak. Kesian jugak melihat keadaan dia yang terpaksa menjawab pertanyaan orang bila ditanya takda apa-apa lagi ke? Mungkin dia sudah lali tapi saya kira banyak soalan dituju kalau tak sabar dan percaya ketentuan Allah boleh jadi terasa hati saja. Peranan kita sebagai orang luar yang tak tahu masalah orang diamkan saja pertanyaan tentang anak pada pasangan yang tak punya anak walaupun sudah lama berkahwin. Doakan mereka, jika Allah tahu ada kebaikkan bagi mereka kerniakanlah anak yang soleh buat mereka.Andaikan mereka bertanya pandangan beri pandangan secara baik. Jangan sibuk-sibuk jika tidak diminta. 

Ada Anak
Memang seronok ada anak. Banyak keletah manja mereka yang menghiburkan hati. Namun tak kurang juga keletah yang memerlukan sabar yang tinggi. Apabila ada anak kegusaran utama apabila melihat wajah anak-anak ialah "Ya Allah janganlah kau masukkan anak-anakku kedalam neraka. Ambillah mereka disaat mereka benar-benar layak masuk ke syurga". Begitulah sayangnya pada anak-anak. Walaupun hebat cabaran dunia menerpa sebagai Umi dan Ayah amat mengharapkan mereka terhindar dari kejahatan dunia dan diakhirat. 

Begitulah bila punya anak. Setiap hari risau dengan tugasan diri sebagai Umi. Adakah hari ini sudah diajarkan anak-anak tentang tauhid dan akhlak islam. Adakah hari ini telah menjalankan tugas-tugas sebagai umi dengan betul dan ikhlas demi memohon kepada Allah supaya anak-anak ini menjadi ahli syurga. Anak-anak yang diibaratkan sebagai kain putih yang mana ibu bapalah yang mencorakkannya menjadi islam atau kafir. Jikalau menatap wajah mereka disaat mereka tidur selalunya tiada lain yang difikirkan iaitu bolehkah diriku mendidik anak-anak sampai mereka masuk syurga. Jika membayangkan mereka diseksa dalam api nerka hati ini tersayat hingga air mata takkan mampu dibendung lagi. 

Bila ada anak ada cabaran yang besar menanti. Jangan diagungkan kalimat syurga dibawah tapak kaki ibu jika kita sebagai ibu tak tunaikan hak-hak anak dengan baik. Jika tidak meyanyangi mereka dengan wajar sungguh nanti sukar hendak tunjukkan dimana syurga yang terletak dibawah tapak kaki itu.

Cabaran dunia masa ini, lagilah menimbulkan rasa takut jika gagal memikul amanah-amanah Allah ini. Akhirnya dalam sabar, kreatif, kuat, bertenaga, dan semuanya doalah menjadi harpaan agar Allah memberi segala perkara yang diperlukan untuk menjadi umi mithali lantas dapat menjadikan anak-anak yang soleh. Walau kadangkala tersalah atau gagal usaha tetap usaha membuat yang baik agar dapat menjadi umi yang baik. Syaitan tolong jangan ganggu iltizamku ini. Kerana acapkali usaha dan tindakan berada ditahap baik syaitan akan datang menghasut dengan dasyat. bukan takat hal anak-anak dan rumah tangga hal ibadat juga begitu.

Semuanya ada kebaikkan
Begitulah perihal anak. Ada anak pun senang, takda anak pun senang. Jangan mengeluh. Ada anak soleh Insyaallah kelak anak itu mungkin boleh menjadi tiket untuk umi dan ayah masuk ke syurga. Takda anak pun senang juga. Ibu bapa takda salah dan dosa tersilap marah anak, tersilap pukul anak, tersilap herdik anak, tersilap bagi makan pada anak, tersilap didik anak.Jangan ingat ibu bapa ni senang je bila ada anak..kesalahan pada anak pun boleh jadi dosa pada diri ibu bapa. 

Bagi yang tiada anak ustazah bahiyah kata jangan risau. Ambillah anak-anak angkat. Didiklah mereka hingga menjadi soleh dan solehah. Insyaallah ustazah kata, usaha mendidik mereka menjadi soleh dan menjaga mereka seperti anak sendiri takkan Allah pandang dengan sia-sia.

Pasal tiada anak tu janganlah menuduh saya bersikap angkuh kerana saya punya anak. Saya pun sebelum mendengar ceramah ustaz kazim saya sendiri rasa, kahwin mesti ada anak. Mesti usaha sampai mengandung. Tapi bila ustaz kazim cerita perihal Allah maha menjadikan tu saya sendiri tersentak dan mengubah pemikiran saya yang cetek itu. Malah saya harap kisah iu menjadi semangat pada mereka yang tak punya anak jika ditalukan dengan banyak soalan dan cakap-cakap orang yang sibuk.

Dalam hal mendidik anak, kegagalan mendidik anak tu bukan semuanya hukuman. Adakalanya Ujian dari Allah. Jangan terus berkata ini hukuman Allah kerana kita dulu kasar dengan mak, kerana kita dulu couple, kerana kita dulu tak tutup aurat. Jangan cakap Allah hukum tapi muhasabah diri tanpa mengaitkan sebagai hukuman. Muhasabah dan terus muhasabah. Muhasabah jangan teringat saja cari juga jalan untuk berubah. Ustaz kazim kata terus berdoa agar Allah tidak balas kesalahan kita pada anak-anak kita. 

Anak oh anak
Dalam besarnya cabaran mendidikmu
Dalam besarnya ketakutan dalam menunaikan hak hakmu
Umi tetap sayang dan tidak mahu kamu cedera didunia dan diakhirat
Ya Allah ambillah anak-anakku disaat mereka benar-benar layak menetap di dalam syurgamu. 
Amin.

2 comments:

  1. Zakiah, memang terlalu besar cabaran membesarkan anak zaman sekarang tau..Memanag betul kata zakiah anak2 ni amanah takut tak terpikul je amanah ni kan..

    ReplyDelete
  2. agaknya ilmu agama saya masih belum cukup, sbb tu Allah belum kurniakan anak lagi, kena tambah lagi ni ilmu agama :-)

    ReplyDelete