Monday

Untung Ahmad Umar dan Muhammad Ammar : Selamat Hari Bapa Abang

Muhammad Ammar dah tidur kepenatan ketawa bermain dengan ummi setelah balik dari taska. Umar pulak bergolek-golek di atas tilam yang dibentang di ruang tamu untuk anak-anak baring. Sedang berbicara tentang Jimmy shanley dan Nor suhaila eliani, abang bergurau suruh saya menciumnya kerana ini adalah perintah suami. Tiba-tiba Ahmad Umar pula minta mencium pipinya. Jadi saya dan suami membilang 1, 2, 3 lantas mencium pipi Umar. Umar ketawa melekek. Lalu Abang berkata:

"Umar beruntung tau dapat ciuman di kedua-dua pipi, Ayah dapat sebelah sahaja"

Siapa yang dari kecil ayah dan ibunya telah tiada? angkat tangan!! Yes abang, abahnya ada tapi seumpama tiada. Saya ada ayah dari kecil, tapi abang "tak punya ayah" dari kecil. People can say anything to him, but yet i know his hurt feeling akan ditimbal balikkan dengan pahala untuknya. Abang selamat hari bapa. Abang dah ada 2 orang anak tau dan seorang isteri..ehem-ehem-ehem....jom kita hepi hepi ngan life kita. I feel so grateful if only have you and the kids as friend..Macam kata Mahfuzah yang penting kita sentiasa bersama orang-orang yang kita paling sayang dan menyayangi kita. Simpan saja semua kesedihan yang ada dalam beg plastik sampah dan buang saja kat dumpster feveret Umar itu.  Jika sekarang masa yang paling bahagia, jom kita sama-sama terus membahagiakan dan fikir bahagia.

Abang, selamat hari ayah..Umi dan anak-anak bahagia bersamamu..:) Muahh Muah..:)

Berbalik pasal Jimmy shanley dan nor suhaila eliani, jom kita stop buat spekulasi. Kita hanya dengar dari pihak jimmy. Cuma doakan mereka akan kembali bersama dan berubah menjadi baik demi cinta dan kasih sayang untuk anak yang bakal lahir..Amin..

2 comments:

  1. Tapi kan pasal jimmy tu, akak kesian la..kan dosa isteri keluar tanpa izin suami..yelah kita takmo buat spekulasi, kesian kat jimmy tu. Akak rasa isteri dia tu ada masalah mental kot. Sepatutnya family isteri dia tu kena nasihatkan anak dia. Akak ni kalau nak g balik kg dengan mak abah pun, diaorang mesti suruh mintak izin suami akak dulu. Kalau tak dapat izin, tak boleh ikut diaorang balik kg. Tapi kita doakan yang baik2 jelah ye untuk diaorang..

    ReplyDelete
  2. zakiah baca pun kesian pasal jimmy tu..sedih gak..zakiah search tadi kat tenet/online news tapi tak jumpa apa2 yang suhaila cakap.bnyak dr pihak jimmy.kita pun taktau hal yang sebenarnya. tu yang takut nak wat spekulasi.memang dosa tinggalkan suami..harap2 suhaila dan jimmy dapat keluar dari masalah diorang ni. .tapi paling kesian baby tu kan kak..dia dah balik umrah ke kak? harap2 pergi umrah tu jimmy redha dari jauh dan mendapat hidayah dari sana..

    ReplyDelete