Sian pula Umar ni, lepas hari keluarga UTHM, kami sekeluarga tak kemana-mana. Terperap saja didalam rumah. Habis-habis cuma keluar untuk masukkan baju dalam mesih basuh, sidai baju dan basuh kereta. Kejap tadi keluar buang sampah sebab taknak asik kejar dumpster lagi. Selalu melambat-lambat pergi masukkan sampah ke dalam tong sebaliknya letak kat depan pintu semuanya, bila dah kumpul masa kemas rumah antara jam 8-9 pagi. Pastu dah ralit dengan kerja research mana nak ingat lagi. Dumpster datang terkalut-kalut la nak pergi angkut semuanya pergi bagi kat pakcik2 tu. Kadang2 dah ditutup pintu belakang dumpster tu, pakcik driver tu kena bukak balik demi saya..hihi..tapi malu dah asik saya je yang kejar dumpster tu...
So dah buang sampah tu, Umar keluar la rumah. Minta Ummi dukung dan bawak dia keluar jalan. Nak jalan apa malam-malam buta ni.. Nak suruh round taman pulak tu..Saya masuk rumah dan ajak dia tengok cerita kat dvd nih..Tak jalan..Menangis-nangis suruh saya pakai tudung balik sebab nak pergi jalan. Hai anak, tak jadi Ummi buat mee goreng. Masak lambat malam ni sebab ayah masih tak sihat. Jadi ayah tak dapat jaga Ahmad dan Muhammad. Dua-dua nak 'menolong' ummi di dapur.
Nak jugak jalan terpaksa juga pujuk Umar naik kereta ngan ayah pi beli burger lori. aiseh Sian lak ayah tu..Tapi nak buat camana, adik lak tidur..kalau tak ummi masukkan saja Ahmad dan Muhammad dalam car seat kemudian ayah dok sebelah dan ummi bawa kereta..
Kami jarang pergi kemana-mana berasingan. Bila salah seorang keluar tanpa ahli keluarga yang lain mulalah nak risaula itula inila..jahatkan mainan perasan ni..Tengah tunggu abang dan Ahmad Bawa balik burger....kalau burger lori buka lagik la..
Betul la zakiah..akak pun kadang-kadang suka main dengan perasaan yang tak best..kalau suami akak keluar dengan anak-anak, lambat balik je akak dah mula gelabah..start la nak telefon la apa la..padahal keluar depan rumah je, kalut je tak tentu pasal..
ReplyDelete