Thursday

Saya nak jadi Bidadari Didunia dan Disyurga!! Amin


Ketika hilang segala yang nyala
Kau hadir dengan pelita hati
Sungguhmu melangkah kesopanan
Tiada bicara dapat dilafazkan

Semoga kau menjadi isteri yang berlemah lembut dengan dirimu wahai suami. Menjauhkan bentakkan yang menyakiti hatinya. Semoga akad yang terlafaz bukan hanya satu perjanjian yang termeterai diatas sekeping kertas. Namun ia adalah perjanjian dengan tuhan yang mendambakan kau menjadi seorang isteri yang solehah.

Rasulullah S.A.W bersabda " Apabila seseorang itu berkahwin, dia telah melengkapkan separuh daripada agamanya. Maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah yang separuh lagi"


Pulangku kau sambut dengan senyuman
Pemergianku didoakan kemuliaan
Kau sulam kasih sayang ini dengan kemesraan
Walau kesederhanaan yang mampu ku hulurkan

Jangan lupa kau menghantar suamimu dimuka pintu dengan senyuman. Jangan lupa kau memandang wajah suamimu tatkala dia berbicara kalam. Jangan lupa kau sambut dirinya dengan sejuta ketenangan. Hapuskan ketidakpuasan hatimu tatkala suami bersalahan. Terimalah segala yang dia sembahkan.
 
Kau tadah penuh keredhaan
Limpah syukurmu,ku susun rapi
Sunguh dirimu dapat ku hargai
Sebagai bidadari

Jangan pula kau meminta-minta sesuatu yang tidak suamimu berkemampuan. Redhalah pada setiap kesusahan. Allah telan menjanjikan dengan meningkatkan takwa dirimu akan keluar dari segala kesusahan. Andai kau bersabar bermanis muka, dan bermesra bersama suamimu sehingga suamimu redha di penghujung nyawa, mahukah kau menjadi bidadari buat kali kedua dan abadi di dalam syurga.

"Rasulullah S.A.W bersabda "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik diantara segala yang bermanfaat didunia."

Kau permaisuri hati
Kau permata suci
Akan ku tatahkan hatiku dengan sinar iman
Akan ku hiasi jiwamu dengan kewajiban
Tanda mensyukuri anugerah Tuhan
Serta anak yang menjadi penawar

Ya, wahai suamiku aku ingin menjadi permaisuri hatimu. Jadikanlah diriku permata yang sentiasa tersemat dihatimu. Ajarkan daku ilmu. Ajarkan daku taat. Ajarkan daku takwa. Insyaallah diriku akan mengikut solehmu bersama anak-anak yang dianugerahkan menjadi mutiara cinta kita.

Dari Ahmad dan Ibnu Majah Rasulullah S.A.W berkata "Harta yang paling baik adalah lidah yang mengingat Allah, Hati yang bersyukur dan isteri yang beriman yang membantu suami dengan keimanannya"

Dirimu anugerah Tuhan
Amanah buat insan beriman
Rusuk kiriku dicantumkan
Agar dapat kita bergandingan 
 
Tatkala ikatan cinta kita termeterai, diriku tahu akulah milikmu didunia. Aku adalah amanahmu. Aku adalah adindamu. Yang kita berdua amat mencitakan, agar kita bergadingan sepanjang jalan. Insyaallah. Makbulkanlah doa kami wahai Tuhan.

Dari At Tirmizi Bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang wanita yang suaminya redha kepadanya semasa dia (isteri) meninggal dunia akan terus masuk syurga"

No comments:

Post a Comment