Tuesday

PENGALAMAN KERJA

Dalam keresahan memikirkan grant yang bakal habis dan keperluan mencari kerja, tiba tiba saja saya teringat kata-kata guru saya En. Adnan. Melihat perjalan hidup saya, dalam mencapai cita-cita saya kira saya orang yang pertengahan. Saya mendapatnya dengan tidak terlalu susah atau tidaklah terlalu payah.Saya bukanlah orang yang berfikiran matang dalam menuntut ilmu kerana banyak benda yang saya tidak fokus dan bersungguh-sungguh. Namun hingga kini saya tetap percaya apa saja kejayaan yang diperolehi adalah rahmat Allah dari doa emak yang sentiasa mendoakan saya.

Namun saya ingin kongsikan sedikit kata-kata yang mungkin boleh mencetuskan motivasi dan menghargai setiap apa saja perjalanan hidup yang kita lalui. Contohnya dalam hal bekerja. Memang saya telah meletakkan had pada pemilihan kerja saya iaitu saya ingin memasuki bidang akademik sahaja setelah saya melibatkan diri dalam bidang research selama 4 tahun samada sebagai RA dan pelajar sarjana. Dan jika saya tidak mendapatnya saya hanya akan mencari kerja disekitar daerah Batu Pahat YongPeng dan Simpang Renggam. Sebabnya demi masa, akhlak dan peranan saya sebagai isteri dan umi. Jadi pilihan saya amat kecil. Dalam mencari kerja, saya mendapat panggilan-panggilan temuduga tetapi dikala itu saya mesti ada hal. saya berada di kampung, atau saya bersalin dan berada di dalam pantang. Teringat saya menaiki tangga fakulti menghadiri temuduga ketika baru 6 hari melahirkan Umar. Saya benar-benar tidak bersedia. Malah ketika disoal bertalu2 oleh seorang penemuduga rasa lemas perut orang utara kata. Tapi saya tak punya rezeki disitu. Walaupun perjalanan untuk mendapatkan kerja ada sedikit sukar sebab pointer saya bawah 3 dan tiada pengalaman industri, rezeki belajar saya murah. Alhamdulillah saya dapat sambung belajar ke peringkat Sarjana dan dibiaya penuh dengan grant PPI UTHM. Syukur Alhamdulillah.


Dalam mendapatkan sesuatu yang dihajati khasnya pekerjaan ini, ada orang melaluinya dengan  jalan mudah dan terus namun ada juga yang mejalaninya dengan liku liku yang tersendiri. Kedua-duanya ada kebaikkan dan manfaat. Bagi yang terus mendapat jawatan yang dihajati tentu saja dapat melakukan kerja dengan seronok dan menerima imbuhan yang dia hajatkan. Sedikit demi sedikit mendaki puncak kerja dia bermula dari pengetahuan yang masih sedikit dan dalam sedikit masa akan berada di puncak emas kerjayanya. Berbanding orang yang berkerja dari bawah, terpaksa melalui beberapa peralihan dan turun naik. Ya ia nampak sukar namun yang membezakan pengalaman yang dimiliki. Sudah pastinya yang membezakan dua individu ini adalah pengalaman mereka. Pengalaman membantu cara kita berfikir, pengalaman menbantu cara kita bekerja, penglaman membantu cara kita berkeyakinan dan sebagainya. Jangan berasa susah bila kita terpaksa turun naik dalam menghadapi keperluan kerja dan peningkatan kerja kita. Pastinya dalam hidup pengalaman yang kita kutip sehingga kita mencapai apa yang kita hajati adalah perkara yang bermakna.

No comments:

Post a Comment