Monday

Ini bukan jalan kau atau aku..Ini jalan Sempit!!!

Aduii softwareku ini. Makin disemak dan ingin dimasukkan ke dalam thesis makin ada saja salah yang kecil2. Sampai sudah tahap pening dengan kerja sendiri. Saya ambil keputusan harus keluar dan berhenti sekejap. Saya pergi beli susu Umar dan Ammar. Kemudian beli puting MAM. Puting botol susu Umar berlubang besar. Haih anak, janganla gigit puting tu..Umi kurang berkemampuan nak beli puting selalu..:) Nak bagi minum dalam sippy cup Umar takmau. Dia mau minum air sarsi dan air masak je dalam sippy cup tu. 

Sebenarnya nak cerita pasal sikap. Sikap orang yang makin tak munsabah dan kurang bertimbang rasa. Selalunya lalu jalan dalam boleh elak traffik yang berpusu di jalan besar Parit Raja ni. Tapi ada satu masaelah, iaitu ramai orang tidak sedar bahawa jalan tersebut adalah SEMPIT. Saya hairan bila ada orang bercakap, kalau kita dok sebelah sungai INI JALAN KITA. Kalau kita duduk sebelah dalam KENA BAGI JALAN kat yang sebelah sungai. NONSENSE!!!

Okla, okla..kalau jalan yang sebelah dalam tu ada reserve boleh la jugak kita berhenti di tepi. tapi kalau sebelahnya pun longkang atau tebing tinggi. Mau macam nak pecah jantung nak elak kereta yang melaju di sebelah sungai tu, konon-konon perasan jalan ni dia punya jalan sekarang. 

Tolonglah perlahankan kenderaan dan masing cuba ambil laluan yang paling tepi dan selamat!!. Bukannya tak pernah ambil periksa undang undang jalan raya. Bukannya tak tahu kalau melalui jalan sempit kita harus perlahankan kereta. Ini melaju semacam je. Gerun takut kereta berlanggar.
Yela yela, kau pemandu hebat. TAPI saya ni bukan pemandu hebat, Tolonglah bertimbang rasa.

Sudah-sudah meluahkan rasa geram, Puan Nurul Zakiah, sila mengadap kerja-kerja dan thesis anda dengan jayanya.

2 comments:

  1. naper zakiah? ada orang tak bertimbang rasa eh? zakiah kalau keluar ikut jalan dalam je kan? senang kan ikut jalan dalam..akak penah jugak lalu jalan tu, saja je nak nengok2 kawasan umah zakiah tu..

    ReplyDelete
  2. hihi..ramai kak..laju laju semua yang bawa. jarang jumpa yang men"slow" kan kenderaan, padahal jalan sempit..

    kadang makin melaju lak bila kita tak ketepi..masalahnya nak ketepi ada longkang pula..kot ye bagi la masa..ini tak mau mengalah sebab ingat kita takmau ketepi..

    kalau keluar ke parit raja ikut jalan dalam. selamat sikit dr kemalangan besar. insyaallah. kalau nak lalu depan susah hati/takut nak melintas.

    ReplyDelete