Walaupun cuma 30 saya agak kecewa sebab masih ada yang tanda kubur lain2. Suruhan menutup aurat ini bukan untuk kepentingan peribadi tapi Allah yang suruh! |
Hahah..Didunia buat la apa yang kamu suka, tapi diakhirat kelak setiap yang dilakukan akan Allah balas!!Biasalah seringkali menyampaikan sesuatu untuk agama tidak akan lari dari penerimaan yang negatif. Ya, kita tiada kuasa untuk mengubah, hanya yang diharapkan usaha-usaha yang ramai orang lakukan menimbulkan rahmat dan hidayah dari Allah buat diri dan sesiapa saja. Bila membelek satu persatu entry dari blog http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/, saya hanya mampu istigfar dengan kebongkan mereka yang memilih untuk tanda pengguna rasa sebagai kubur lain lain daripada menanda saya sokong sebagai azam dan langkah untuk berubah. Manusia macam ragam. Bila ditegur kekurangan mulalah mengorek kurang orang lain. Sedangkan agama islam itu tertegak atas dasar tegur menegur. Hari ni awak tegurlah saya, esok jika kamu silap saya tegur pula. Jika ia diamalkan pasti semua orang akan bersifat baik dan mengamalkan apa yang betul dalam agama. Bukan campur aduk dan menjatuhkan maruah sendiri. Nak pakai apapun pakaila tapi buat senarai semak, labuh ke? ketat ke? nampak yang tak patut nampak ke?
Ustazah siti Nur Bahyah pernah pesan. Nak tutup aurat dengan betul bukan boleh ikut kehendak kita tapi kena segera buat sebab Allah perintah dan wajibkan. Jangan di sebut tak sampai seru, tak bersedia dan sebagainya. Ustazah pesan kalau kita sayang Allah, kita cinta Allah, kita rindu nak masuk syurga Allah, pasti kita akan terus melakukannya.
Apapun terpulanglah untuk meneruskan kebongkakan dan kesombongan di bumi Allah. Namun begitu, semoga Allah terus menitipkan hidayah buat kita semua.Hidayah bukan untuk orang bukan Islam sahaja namun buat diri kita yang mengaku islam ini juga memerlukan agar Allah tidak berpaling dari kita.
Yeke kubur lain-lain?? soal kubur dan dimana kita akan dikuburkan hanya Allah saja yang tahu. Mungkin jasad kita tidak berkubur dan mungkin juga kita terkubur tanpa disempurnakan atau kita dikuburkan dengan satu liang. Siapa tahu?? Saya juga tidak kurang mungkin ada balasan azab yang menyiksa bakal dihadap oleh malaikat ke muka ini.
Tapi sesungguhnya saya tidak bersedia dan sanggup menghadapinya. Mereka yang merasakan kubur lain lain tu mungkin ada ilmu kebal atau boleh pakai pujuk rayu buat Allah ringankan siksa. Semoga kita mendapat hidayah. Didunia buat la apa yang kamu suka, tapi diakhirat kelak setiap yang dilakukan akan allah balas!!
diaorang ada ilmu kebal la tu
ReplyDeletebaginda Rasullullah SAW selalu pesan, sekiranya kalau kamu tahu tentang gambaran azab kubur, pasti takkan ada sesaat pun kamu akan ketawa :-)
kubur mungkin lain lain tapi kalo kubur berjiran ngan kubur aku, kalo jiran sebelah kena pukul ngan malaikat, aku kat sebelah dengar jugak..huhu..mengganggu ketenteraman kubur aku jer..(petikan dari sebuah majalah)
ReplyDelete