Friday

Budi bahasalah sikit

Gamaknya betul la kot rakyat Malaysia ni dikatakan kurang dengan sifat polite seperti statistik yang dikeluarkan oleh Readers Digest suatu masa dulu. Walaupun dikatakan bangsa melayu dikatakan kaya dengan budi bahasa dan sopan santun tapi nampaknya ia semakin terhakis. Tapi memang ada yang masih bersopan dan polite cuma saya geram dengan sikap orang yang tak berbudi bahasa neh..
 Sebabnya semalam masa parking di Pasaraya Wellward, ada satu kereta Honda yang gagah perkasa parking di sebelah kereta VIVA kami yang kecik ni. Dahla perking tak betul, masuk ke petak kami, dia buka pintu hentam lak side mirror VIVA yang kecik ni. Yang geramnya, saya ada dalam kereta, saya pandangla makcik tu, tapi selamba bodo je dia pandang saya dan berlalu. Aikk..kot la nak angkat tangan cakap sorry. Bukanla nak kesah pun takat calar sikit. kot kalau tercabut side mirror tu marah la jugak sebab sebelah saja side mirror harganya RM 700. Tapi rasa terkilan sebab saya terasa macam dia rasa dia bawa honda dia kaya, boleh besar diri nak minta maaf pun tak boleh ka.. Takpa-takpa sangka baiklah walaupun hati terasa, bahawa sebenarnya  dia tergamam sebab terkena VIVA yang kecik ni sampai tak tau dan terlupa nak minta maaf. Takpalah saya maafkan.

Bukanlah kami nak kata kami paling polite, ada je yang polite tapi memang kami jumpa ramai yang tidak polite.Satu lagi cerita, usually, bila keluar dari pintu bank suami akan tolong hold pintu untuk orang yang nak masuk. Tambah2 yang bawak anak atau bawa barang. Yang kelakarnya bila dah tolong hold pintu, abang akan jadi JAGA PART TIME bila ramai pulak yang akan masuk. Kadang kala sampai 5 6 orang masuk serentak. Kotla ye, dah nampak jelas abang tolong hold pintu, orang yang kemudian masuk tu hold pintu untuk DIRI sendiri la Deiiii!!! Macam biasa Rakyat Malaysia memang kurang nak cakap Terima Kasih..

Teringat kata-kata seorang rakan. Dalam apa yang kita lakukan jangan kita lupa dua perkataan, iaitu Tolong dan Terima Kasih. Ada orang yang jenisnya main suruh je. Kotla nak tanya kita ada hal ke, ada duit ke yang dia tau bagi arahan je. Dah dapat Terima Kasih pun Tadak. Memang betul hidup ni tak payah berkira, tapi setiap orang dari kita kalau menjaga hati, bersungguh-sungguh menghormati orang lain pasti kita semua berasa seronok hidup dalam satu kelompok masyarakat.
Itu baru bab sopan santun belum lagi bab sebarkan salam. Berapa ramai yang sebarkan salam. Bukan susah nak sebut Assalamualaikum. Kadang-kadang bila kita beri salam pada yang dikenali atau tak dikenali mereka seakan terkejut malah sampai kelu nak jawab waalaikumussalam. Kesian kat kita di Malaysia sebab Salam jadi perkara wajib bila nak masuk rumah kita dan rumah orang je.

Saya selitkan perkongsian disini dari Saifulislam.com..Cederahati Tahun Merawat Malaysia 2007

Kesedaran sivik?
Menyebutnya seperti menyebut tentang suatu subjek yang sungguh klasik.
“Belum pernah lagi terjadi selama kami duduk di Ireland ini, kereta tidak berhenti dan memberikan laluan setiap kali kita mahu menyeberang jalan”, cerita saya kepada emak semasa membawa keluarga bersiar-siar di Belfast. Membawa anak-anak semasa membeli belah akan menyebabkan lebih banyak ‘syafaat’ (Baca artikel “Akhlak Itu Bukan Lalang”) yang diperolehi kerana keprihatian anggota masyarakat yang protective terhadap maslahah kanak-kanak.Malah zebra crossing memang benar-benar milik pejalan kaki.....Sila baca selanjutnya .Cederahati Tahun Merawat Malaysia 2007

3 comments:

  1. sokonglah, kempen seperti

    budi bahasa budaya kita,

    senyumlah, senyumlah (lupa ayat dia)

    dah terhakis dan lenyap

    kempen entah ke mana

    adap ni hilang entah ke mana

    menyedihkan

    konon nak tiru budaya barat

    kalau ya pun nak tiru, budaya barat tak pernah lupa utk mohon maaf dan ucap t/kasih. ni pengalaman sendiri pernah bekerja di sektor fast food suatu tika dulu

    yg ucap tkasih adalah bangsa asing yg bkn dr msia

    yg senyum adalah bangsa asing

    kenapa tak tiru budaya mereka

    yg tahu tiru budaya kuning

    ReplyDelete
  2. jika tak mampu berkata2..SENYUM TAK PERLU BERKATA APA-APA...bagi ai..paling phangtang bab 'kureng' budi bahasa nie..kdg2 budi ok..bahasa yg kurang..begitu sebaliknya.susah sgt ke nk berterima kasih...say sorry..bila kita cakap menyombong atau berlagak..tahu plak sentap..tp mereka tak sedor..yg mereka ler yg menbuatkan diri mereka nampak kurang bijak atau dalam bahasa kasarnya 'bodoh sombong' yg susah nk diajor..org2 cam nie ai suka cakap satu ayat jer..kesiannnnn

    ReplyDelete
  3. like entry ni....
    harap2 bersangka baik dengan semua org, maka org juga berangka baik dengan kite semula. kan..isnyaAllah..

    ReplyDelete