Wednesday

Bayi baru lahir dicampak dari tingkat flat

Saya baru nak bangun dari kerusi dan memulakan tugas untuk memasak makanan tengahari tapi tak jadi sebab saya nak nukilkan rasa MARAH dan KECEWA sebab tak samapai 24 jam penemuan bayi di PWTC, hari ni keluar lagi cerita buang bayi. Yang kali ni memang dia betul betul buang!!! Penjenayah itu membuang bayi dari tingkat yang tinggi di sebuah flat di Sentul Utara KL. Geram!! dan kalau saya  terjumpa penjenayah HARAM JADAH itu saya memang nak ganyang dan tuntut biarlah hukum qisas terus dilaksana jika ada pengakuan dan bukti yang kukuh..Astagfirullah..Saya tak dapat menahan marah terhadap kejadian ini.

Wajah anak-anak terus menerpa di bayangan mata. Apa yang penjenayah tu fikir. Ini bukan anak patung. Tapi SEORANG MANUSIA. Saya sangat sedih. Saya sangat sedih. Saya sangat sedih!

Jalankan saja qisas!! saya sudah tidak sanggup mendengar berita yang saban hari disiarkan tentang pembuangan dan pembunuhan bayi yang suci dan tidak berdosa ini. Adakah ini yang kita mahu?? Adakah ini yang kita inginkan?? Adakah ini seiring dengan kemajuan yang kita jalankan. Tidak berguna bangunan setinggi langit sedangkan setiap hari ada saja kisah kerendahan tamadun manusia disiarkan.

Kenapa ada manusia tidak faham bahawa hukum qisas dan hudud sahaja yang boleh memulihkan keadaan sosial yang semakin meruncing ini. Kecewa ada manusia mengejek hukum Allah ini sedangkan Allah sudah MENJAMIN didalam ayat 179 al baqarah bahawa dengan hukum qisas/hudud ini. Dengan hukum ini bukan bermaksud semakin ramai manusia terbunuh tetapi ia akan memelihara nyawa manusia. Satu nyawa dihukum akan menyelamatkan beribu nyawa yang menyaksi.

Tidakkah kita sedar Allah sudah MENJAMIN. Allah sudah MENJAMIN.Kenapa masih kita rasa susah untuk melaksanakan. Adakah takzir yang ada sekrang benar-benar berkesan??

Saya benar-benar kecewa dan sedih melihat gambar bayi yang terlantar dan berdarah di kepalanya. Ya Allah apakah manusia -manusia haram jadah ini harus dibiarkan terus dengan dosa. Tolongla Ya Allah, titipkan hidayah buat mereka, berilah kesedaran ya allah, jika tidak hukumlah mereka dengan azab yang setimpal. Didunia ini buatlah apa saja yang kamu suka!! diakhirat kelak Allah akan balas dengan azab yang bakal menyiksa!!!

Dan dalam qisas itu ada jaminan kelangsungan hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal supaya kamu bertakwa.
al baqarah 179

3 comments:

  1. ye ke zakiah? ada tunjuk gambar ke? kat mana? adoi, takutnya akak...tak sanggup nak nengok la..

    ReplyDelete
  2. tadi zakiah tengok berita jam 12 kat tv 9..baby tu memang masuk syurga..tapi kesian sangat..geram gila kat orang yang pegi buang bayi tu..berita kata baby tu baru lahir. ada lagi tali pusat..

    ReplyDelete