Saya "abang, abang nak pakai minyak rambut ke? "
Abang "ntah la ye, topi abang kat mana eh?"
Saya "oh abang tak mau minyakkan rambut la ye?"
Abang "nape ayang tanya, pelik hari ni?"
Saya "Saje tanya, kalau abang nak boh minyak rambut ayang nak tolong abang sapu"
Abang "oklah oklah, nak pakai minyak rambutlah hari ni tapi pelik betul hari ni"
Hihi, saya pun minyakkan rambut abang dengan minyak rambut HPA itu..:)
Malam tadi saya tanya abang..
Saya "abang dah potong kuku ke?"
Abang "kenapa pulak ayang tanya?"
Saya "Yela tadikan abang cari ketip kuku"
Abang "Bila?"
Saya "Tadi yang kita cari kat celah kusyen tu, abang dah potong kuku ke?"
Abang "abang bukan potong kuku, potong isi lebih kat kuku ni je"
Saya "ohh, kalau nak potong bgtau ye, nak tolong potongkan"
Abang "esoklah"
Tapi pagi tadi abang dah siap potong pulak...
Hihi..sebenarnya saya tengah melaksanakan tip tips yang Rasullulah pernah pesan kepada anaknya fatimah iaitu:
" Mana-mana wanita yang
- melayani suaminya
- meminyakkan rambut suaminya
- menyikat janggutnya
- menggunting misainya
- memotong kukunya
- diberi minum oleh Allah daripada air syurga
- dia diringankan seksaan ketika sakaratul maut
- dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga
- dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka
- dan selamat melintasi Titian SIrat tanpa menempuh kesusahan."
Menggunting misai dan janggut pernah jadi kira pernah sikat la jugak masa nak gunting tu..:) tapi jarang sangatlah buat bab ni.
Ada benarnya ilmu ini kena selalu dipelajari dan diingati. Kadang-kadang kita belajar tapi sebab kita jarang buat kita lupa. Namun bila kita selalu belajar, mungkin kita akan dengar perkara yang sama berulang kali namun pasti akan mencetuskan semangat semnagat baru untuk melaksannaya...
Jangan segan dan jangan berhenti menuntut ilmu walaupun pada benda yang sama...
minyakkan rambut, sikat janggut, gunting misai memang akak tak pernah buat pun untuk suami..hehe..kena cuba lepas ni, tapi confirm dia akan pelik sangattt..
ReplyDelete