Thursday

Mak, Selamat Hari Melahirkan Kakak

EMAK, SELAMAT HARI MELAHIRKAN KAKAK, TERIMA KASIH KERANA MELAHIRKAN KAKAK KE DUNIA INI. SEMOGA ALLAH MEMBERI SYURGA BUATMU. SEMOGA EMAK BAHAGIA DIDUNIA DAN AKHIRA. AMIN


Saya sudah berumur 28 tahun hari ni..Fuyyoo!!  Melihat angka 8 itu terasa sebenarnya saya sudah semakin tua dah harusnya banyak benda saya sudah matang khasnya cara berfikir dan melakukan sesuatu mengikut syariat Allah. Saya harus meninggalkan perkara-perkara jahat dan meneguhkan pendirian terhadap apa yang merendahkan semangat diri.  Subhanallah dan Alhamdulillah terhadap kurniaan umur yang semakin bertambah. Tentu saja lebih banyak tanggungjawab dan tuntutan Allah serta dunia yang harus di langsaikan seiring dengan pertambahan umur. Yess!! today is my speacial day but it is more speacial to mak!! Sebab pada hari ini, 28 tahun yang lalu emak telah berpayah dan menahan sakit yang amat untuk melahirkan saya kedunia ini. Alhamdulillah saya punya nikmat untuk mempunyai emak yang baik. Lantas saya sangat-sangat bersyukur. 

Bila kita menyambut hari lahir, kita harus bersyukur dengan nikmat Allah memanjangkan usia. Jangan kita cuma berseronok dengan kek hari jadi dan hadiah serta ucapan tapi terlupa memanjatkan syukur kepada Allah dan UCAPLAH, EMAK SELAMAT HARI MELAHIRKAN SAYA, TERIMA KASIH EMAK SEBAB MELAHIRKAN SAYA KEDUNIA INI. Jangan kita lupa. Sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling istimewa buat mereka. Malah lebih istimewa sebab semasa kita lahir kita tak buat apappun kan..Maklah yang patut diraikan kerana pada hari itu mereka sakit melahirkan kita dan mereka penuh gembira bila lahirnya kita. Para ayah pula bila tiba hari lahir anak pesan pada anak dan minta anak mengucapkan SELAMAT HARI MELAHIRKAN SAYA EMAK. TERIMA KASIH EMAK SEBAB MELAHIRKAN SAYA KEDUNIA INI.

Jangan malu. Buat apa nak malu, Kalau kita tak pernah ucap begini, jom mula dari sekarang. Kita ajar anak-anak kita juga. Natijahnya bukan sahaja anak-anak kita menghargai ibu bapa tetapi dia juga dapat merasakan isteri yang melahirkan anak-anaknya juga patut mendapat penghargaan yang serupa..Insyaallah Saya dulu pun tidak mengucapnya namun terima kasih buat kawan saya Madiha Saiin, dimana 10 tahun yang lalu dia berpesan untuk melakukan perkara ini.
 
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibulah mesti dihormati

Ayah dan ibu wali-wali keramat
Pada mereka kita beri hormat

Pakailah tunjuk ajar dan nasihat

Supaya hidup kita akan selamat


3 comments:

  1. Betul lah zakiah kan..thanks for the good info..patut kena ingatkan macam tu kat anak-anak..akak pun nak buat jugak la ye..so, selamat hari melahirkan pada emak zakiah yang dah melahirkan zakiah..sekurang-kurangnya kalau kita dapat sambut sama-sama dengan emak lagi menarik kan..betapa susah payah emak melahirkan kita ke dunia ni..

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir

    semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat

    semoga bahagia dlm alam perkahwinan hingga ke syurga

    semoga dpt masuk syurga Firdaus tanpa hisab

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak missbby..:) terima kasih WBH..semoga kita semua bahagia..amin

    ReplyDelete