Tuesday

Bila suami kursus

Dalam setahun, banyak kali abang terpaksa outstation. Pernah satu satu masa dalam sebulan abang terpaksa outing setiap minggu. Mula-mula tidak dapat terima alasan yang mereka bagi bila saya bertanya "kenapa tak buat saja di dalam UTHM, sedang UTHM dah punya fasiliti yang bagus?"
abang kata, alasan mereka buat di luar UTH adalah kerana untuk mengelak orang yang culas atau keluar untuk buat urusan lain.Bengang jugak sebab memang takleh terima alasan tu. Boleh saja peruntukkan pukul 8-5 untuk kursus dan bengkel dan penjangkan beberapa hari. Kena komitlah terhadap task yang diberi. Saya rasa boleh je, malah boleh jimat duit peruntukan kerajaan untuk perkara yang lebih penting. Tapi mereka tetap ada alasan mereka yang tersendiri. Saya ni pun sebab takmau suami asik keluar outstation je sebab memang berasa patah sebelah kaki. :).Tapi kiranya saya ni beruntung la berbanding ada orang yang terpaksa outstation setiap minggu banyak kali. Suami saya mungkin dalam setahun, sebulan saja yang kena outing setiap minggu, yang lain2 dan sekali sekala je.  sekarang ni terima jelah. nak buat camana...haha.

Cumanya bila abang takda dirumah, memang terasa patah sebelah kaki menguruskan anak-anak kecil yang rapat ini. Muhammad ammar lansung tak boleh tinggal. Yang kelakarnya bila saya ke dapur mesti Ammar ingat saya ke bilik air. Nanti Ammar ketuk pintu bilik air sebab ingat saya ada di dalam. Kesian. Sedih dan sayu tangisan dia. kalau ayah ada, ayah la pujuk dan bermain dengan Ammar.

Malam-malam kena bangun double bila kena pangku tugas abang buat susu untuk Umar. Saya kena bangun untuk Umar dan Ammar. Tapi ok la sikit sebab Umar dah jarang bangun sekarang ni. Selalunya sekali atau dua saja bangun untuk minum susu dan tukar lampin. Ammar sangatla banyak kali.

Bila nak memasak la payah sedikit sebab abang takde nak mengasuh. Kalut dibuatnya. Saya terfikir-fikir bagaimana suri rumah fulltime tu mengurus anak-anak serentak dengan kerja rumahnya.

Lately badan saya sakit-sakit. Bahagian pinggan kembali berasa berdenyut-denyut. Risau kalau-kalau penyakit lama datang kembali. tapi kali ni bahagian lutut berasa sakit dan bila bangun kaki apabila kaki memijak lantai, sakitnya sangat. Kalau urut2 kaki alhamdulillah berasa kurang sakit tapak kaki di awal pagi. Badan terasa sakit-sakit. Sebab tu kali ni berasa sangat memerlukan pertolongan abang. Tapi nak buat camana, dia perlu penuhkah tuntutan tugas dia. 

Semalam bila ambil anak-anak dari taska, saya tanya Ahmad Umar, Ayah mana? dia jawab ayah takde..bila sampai dirumah selalunya nak masuk rumah Umar akan ucapkan Assalamualakum Ayang (pelat umar Assekom) tapi petang semalam dia panggil ayah dia. Assekom Ayah. Mungkin dia ingat ayah ada dirumah. Tapi ayah takda. Kesian Umar.

Hari ni abang balik. semoga dia balik dengan selamat dapat bertemu dengan saya dan anak-anak.

2 comments:

  1. sama jelah ngan akak zakiah..lagi suami akak kena pergi bawak budak rugbi..cam patah kaki je bila dia takder..tak best kan..tapi sebagai isteri kita kena kuat walaupun agak payah sikit..huhu

    ReplyDelete
  2. tula kak kan..nak buat camno.mula2 tak tahan gak..tapi lama2 walaupun penat dah boleh dah tahan..hihi :)

    ReplyDelete