Wednesday

Dikasihi atau dibenci

Dalam kehidupan seharian seboleh-bolehnya ingin berkelakuan biar semua orang senang dan gembira. Namun dalam perjalanan hari-hari ini bukan semua boleh jadi suka atau semua jadi duka. Kadang kala perbezaan pendapat mebuatkan kita selalu bertelegah. Perbezaan itu tidak dicerna supaya bertemu dengan titik yang menyatukan kita.Kadang-kala cara kita terdidik juga mempengaruhi apa yang difikir, apa yang disimpulkan dan sebagainya. Contoh satu keadaan.

Pak Daud ke surau memakai jubah dan serban yang menjadi sunnah Nabi Muhammad. Mungkin ada satu orang berkata :tunjuk alim sangat. macam bagus pakai jubah. sekarang zaman moden tak payah pakai jubah.

Atau satu orang berkata: Alhamdulillah, mudah mudahan dia mendapat syafaat di padang masyar nanti asbab dia menjalankan sunnah nabi memakai jubah dan serban.

Jika tidak ada ilmu atau buruk sangka, kita mungkin berkata seperti orang pertama, sebaliknya mungkin kita bercakap seperti orang kedua.

Teringat cerita Ular Emas(Ulangan) semalam bila Lisdawati dalam lakonannya berkata " Kalau baik sangat pun nanti orang tak suka"

Apa yang mungkin kita dapat simpulkan disini?? Takkan buat baik pun orang tak suka. Mungkin pada hemat saya seperti Nabi Muhammadlah, ketika dia diutuskan sebagai penyelamat umat, masyarakat jahilliyah membenci dan menentang dakwah baginda habis habisan sehingga baginda diancam bunuh. Malah dicaci dan disihir. Dalam perjalanan dakwahnya, dugaan mana yang tidak baginda tempuh sedangkan baginda menyampaikan kebaikkan. Dalam hati musyrikin ada kala membenarkan kata-kata nabi namum kerana kesombongan mereka, mereka tetap menentang Nabi Muhammad.

Begitulah mungkin dalam cerita Ular Emas tu, duduk dikelompok jahil dan jahat, mana ada yang suka kebaikkan yang dicakap atau dihulurkan. Kadang kala kebaikkan itu disambut dengan perasaan dengki dan iri hati. Kadangkala kebaikkan itu disambut dengan prasangka dan dan cemburu.

Apapun teruskan melakukan kebaikkan. Teruskan menyebarkan salam. Teruslah menunjukkan keprihatinan kepada saudara dan jiran, Teruskanlah menghulurkan bantuan, teruskan melebarkan senyuman kerana:

"Sesungguhnya Allah tidak akan menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah. Dan Kalaulah (amal yang seberat zarah itu amal kebajikan), nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya pahala yang amat besar" Annisa' -40

Dalam melaksanakan kebaikkan jangan lupa beramal yang wajib kerana Allah takkan menerima yang lain selagi kita tidak menunaikan yang wajib iaitu solat lima waktu. Dalam melaksanakan kebaikkan, ya bukan mudah nak iklas. Banyak orang mula-mula ada sifat besar hati, riak atau menunjuk-nunjuk. Tapi tak mengapa..teruskan melakukan kebaikkan kerana ikhlas perlukan latihan. Seperti lawak Ustaz Badli Shah Alauddin pagi tadi dalam muqaddimah TV9 jangan la seorang isteri apabila suaminya balik rumah tiba-tiba isteri pun ajak makan luar. Isteri pun bagitau suami " saya tak masak hari ni sebab saya rasa tak ikhlas". Ustaz kata tak bolehla macam tu. Nanti sebab rasa tak ihklas, solat pun kita tak buat. Ikhlas memerlukan latihan. Buatlah sedikit-sedikit lama kelamaan dengan istiqamah pasti berasa kenikmatannya.

Apapun jadilah manusia yang baik
dimana bila ada didepan mata akan sukai
bila jauh meninggalkan dirindui
dan bila mati akan ditangisi

Jangan jadi manusia jahat
dimana bila ada didepan mata akan dibenci
bila jauh meninggalkan tidak dirindui
dan bila mati akan dirai.

PS:
Pangkat paling tinggi yang semua org akan dapat ialah PENCEN. Gelaran yang tertinggi semua orang akan dapat ALLAHYARHAM. Tiada guna menunjuk nunjuk.

2 comments: