Jangan biarkan hati terus menjadi kosong yang membuatkan perasaan jahat, sedih dan murung menjengah. Berusaha untuk ke sekian kalinya. Jika dulu berjaya bangun dan kini jatuh semula, biasalah ini adat dunia yang memang fitrahnya akan mencengkam diri dan jiwamu. Lapangkanlah Hatiku dan jauhkanlah aku dari kesengsaraan dan kebusukkan hati.
"Dengan mengingati Allah hatimu akan menjadi tenang"
AR Ra,d Ayat 28 " Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia"
Tafsirannya: "zikrullah" ini bermaksud al quran yang menjadi sebesar besar mukjizat yang tiada tolok bandingangnya : ms 586 AR Ra'd Tafsir pimpinan Ar Rahman
Subhanallah
Alhamdulillah
Laillahaillah
Allahuakbar
Anak kecilku sering mangalunkan ayat-yat ini kepadaku dan diri juga senantiasa mengalunkan ia kepadanya. Saat ini alunkan ia ke dalam jiwaku. Berusahalah!!!
Yang mana satukah hatiku Ya Allah. Adakah bila esok di akhirat nanti bila engkau tanya kepadaku setiap amal yang aku lakukan dan aku menjawab "ya aku melakukan keranamu ya allah" lantas Engkau membidas "Kau berbohong!! sebenarnya kau tidak sedar kau melakukan kerana kau riak ujub sombong dang segala macam sifat mazmumah yang ada"
Ya Allah bimbing lah hati ini. Tunjukkanlah hati ini. Yang mana satu hatiku Ya Allah...
No comments:
Post a Comment