Sunday

Nak Jadi UMMI MITHALI, Kena jadi KAYA!!

Sebenarnya dah lama dah nak uploadkan catatan mengenai topik '11 tip ibu mithali" dari slot Tanyalah Ustazah, di TV 9 bersama dengan Ustazah Siti Noor Bahyah Mahamood.

IBU adalah seorang insan yang hebat dan dimuliakan Allah hinggakan ada punjangga arab mengatakan;

"IBU adalah umpama sebuah sekolah. Seandainya ibu diberi peluang dia akan melahirkan satu bangsa yang baik"

Di dalam kehidupan seharian kita juga, kita sering menggunakan perkataan IBU. Ia menampakkan IBU sangat penting. Tapi bukan bermaksud BAPA tidak penting. BAPA juga penting pada peranannya yang tersendiri. Kita guna ibu pada:
  1. IBU jari
  2. IBU roti
  3. IBU sawat
  4. IBU pejabat dll.
MAMA, UMMI, MAK, EMAK, MAMI, dan semua panggilan yang ada boleh menjadi IBU mithali.

Ustazah memberi 11 kekayaan yang patut seorang IBU ada untuk menjadi IBU MITHALI. Antara 11 tip tersebut ada yang saya sempat catat huraiainnya dan ada yang tidak sebab masa rancangan Tanyalah Ustazah ni, Saya sedang memasak. Berlari berlari ke dapur setiap kali iklan untuk basuh periuk. Iklan kedua pula basuh nasi. dan letak dalam cooker. Hari jumaat kena masak awal supaya suami boleh makan sebelum solat jumaat. Hihi..Ok Ok back to tips given. Berikut adalah 11 kekayaan yang perlu ada untuk menjadi IBU mithali:

1.KAYA IMAN

Ustazah memetik ayat Alquran dari surah AT Talaaq dari ayat 2 -3 dimana didalam tafsirnya menyebut:
".....dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar( dari segala perkara yang menyusahkan)2. Serta memberikan rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya...3" Sila rujuk tafsir"
Dengan pesanan Ustazah IBU-IBU kena sentiasa buat apa-apa yang Allah suruh dan tinggalkan larangan. Bila kita bertakwa, Allah akan beri dan tunjukkan ibu rezeki.

2.KAYA AMALAN
Ibu-ibu kena buat amalan dengan cukup. Tambah dengan amalan-amalan yang baik. Ustazah berseloroh dengan pantun dia:


"Solat kena cukup waktu,
Jangan tidak menentu,
tak boleh saja pada hari sabtu,
Last last jadi hantu."

3. KAYA ILMU
 

4. KAYA AKHLAK

5. KAYA KASIH SAYANG

Kata-kata IBU adalah doa. Cakap baik, anak akan jadi baik. Cakap buruk, anak akan jadi buruk. IBU kena selalu positif dengan anak sebab kita nak anak kita senang, kita nak anak kita bahagia. Maka elak dari mengeluarkan perkataan jahat dari mulut kita.

Kalau IBU kita pernah melakukan kesilapan, Jangan kita membuat perkara yang sama. Untuk mengatasi jika ada IBU yang buruk, mula-mula nasihat elok-oelok, jika tidak berkesan doa pada Allah dan cuba mensihati lagi.

6. KAYA SABAR
Sebut sabar senang tapi nak sabar bukan mudah, jadi bagaimana untuk terus sabar? Ustazah beri tips untuk terus sabar.

a) Baca surah Al Imran ayat ke 200.


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih dari kesabaran musuh,dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) A-li 'Imraan ,200.

b) jika anak kita sendiri bermasalah kita sendiri beri nasihat dan motivasi. Cakap pada diri sendiri sabar ini khazanah syurga.

7. KAYA NASIHAT
Sebagai seorang ibu jangan cakap bosan, fedup, cemuih, dan semua perkataan yang negatif. Beri nasihat berserta dengan doa dan nasihat hendaklah diberi dengan ikhlas.


8. KAYA HARTA
Bila ada harta banyak kebaikkan yang boleh dilakukan dengan harta.

9. KAYA KESIHATAN
"Akal yang cergas ada pada badan yang sihat"

Ustazah bawa cerita Asma binti Abu Bakar yang mana ketika umurnya 100 tahun tiada satu pun gigi beliau yang tanggal. Malah dapat tawaf dengan mudah. Bila ditanya Asma' apakah amalan beliau? Dia menjawab: 
"Saya tak pernah lihat benda yang tak elok
Saya tak pernah makan benda yang tak elok
Saya tak pernah dengar perkara yang tak elok"


10. KAYA MUJAHADDAH

Perlu ada sikap bersungguh. Melakukan semua kebaikkan dengan bersungguh-sungguh. Hatta solat pun kena bersungguh sungguh, didik anak dengan bersungguh-sungguh malah semuanya harus dengan bersungguh-sungguh.

11. KAYA HATI
Hati mesti kaya dengan sifat mahmudah. Juahilah sifat-sifat yang tidka baik seperti contoh sombong, riak, ujub, kasar dll. Kita nak anak bahagia dan senang jadi maafkanlah anak dan redhailah anak.

Bagitulah 11 tip yang ustazah kesayangan saya huraikan. Entry yang akan datang saya catitkan di dalam blog ni soalan-soalan yang diajukan penonton dan jawapan ustazah. Buat Tatapan pembaca, inilah ibu saya, yang saya pangil emak. Dia sentiasa mithali dihati ini dari segi sikap mahupun ibadatnya.

Mak di tengah-tengah. Tersenyum sampai tutup mata..:)

4 comments:

  1. bagus zakiah..info yang bagus..boleh jadikan panduan, kadang-kadang mencabar sangat nak besarkan anak-anak zaman sekarang..

    ReplyDelete
  2. betol kak, mencabar gak..tambah2 zakiah yang baru merangkak ni..semalam dah tampar umar sekali sebab whining..pastu dah rasa bersalah pulak..mmm, terfikir2 patut ke tak patut tampar sebab dia toddler lagi..

    ReplyDelete
  3. zakiah...mak kamu kurusnya....:P...sangat banyak kekurangan diriku...selalu aku cakap..."aqeel iman..BOSAN dah ummi dengar kamu menangis.." banyaknya perlu aku perbetulkan diri nih....

    ReplyDelete
  4. Ummi Iman, zakiah adik beradik semua besar/tinggi. semua ikut ayah. ayah zakiah tinggi dan besar...

    sampai ada satu cikgu kan, kalau mak zakiah pi sekolah dia bila hantar bekal atau buku tertinggal, cikgu tu cakap cakap "hangpa buli mak angpa ka?" atau dia kata "angpa tak bagi mak angpa makan ka?" :)

    ReplyDelete