ALOR SETAR – Seorang murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.
Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lepas.
Jenayahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan.
Begitulah yang dilaporkan bernama seperti di link Kosmo.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebagaimana janji Allah terhadap kematian adalah benar dan tidak berubah beginilah yang telah ditakdirkan kepada anakanda Saiful. Walaupun kepergiannya tragis tapi hakikatnya anakanda ini beroleh syurga dan bebas dari petaka neraka. Subhanallah.
Namun apakah kita boleh saja berlapang dada dengan kelebihan yang Allah beri pada anakanda ini. PASTI tidak boleh dipandang sepi. Kenapa semua ini mesti terjadi. Banyak pengajaran bagi yang tinggal. Saya percaya, biasalah budak ada buat salah. Tapi adakah betul tidakkan kita marah dan pukul sampai mati. Masyaallah, saya benar-benar teringat anak-anak saya. Sedihnya kalau ada orang yang menzalimi dan tidak mengadili hal mereka di tempat sepatutnya. Saya tak tahu perasaan apa yang saya nak gambarkan setelah membaca berita ini. Saiful ni budak lagi. baru berumur 7 tahun. bukan 17 tahun. Mentang-mentang dia tak berdaya kita marah dia sampai dia mati. Apa salah dia sampai dia layak dipukul teruk sampai mati.?? Hanya sebab mencuri RM 7. Memang salah perbuatan anakanda saiful tapi padankah dengan amarah yang guru tunjukkan. Guru pun dah menyerah diri. Harap dia menyesal.Saiful Sahzani ialah anak yang kematian ibunya. Setelah ayahnya menyerahkan kepada keluarga angkat untuk dijaga.
Teringat ceramah ustaz kazim. Jangan bersedih kalau Allah tak kurniakan anak. Demi allah yang maha mejadikan sesuatu Allah tahu kenapa dia tidak menjadikan. Malah jangan mengeluh. Jangan terlampau tertekan dengan asakan orang lain. Bersyukurlah mereka yang takda anak ini tak tertanggung dosa salah beri makan pada anak, salah didik anak, salah marah anak, salah pukul anak....
inikan pula bukan anak dia. Tapi jika benar kisah taragis ini, sunguh guru itu tidak meletakkan hukuman yang seadilnya.
Sudah pasti Anakanda saiful adalah insan yang bahagia disaat kematinnya sebelum umurnya baligh. Belajar lah dari apa yang terjadi. Janganlah sampai imej islam tercemar dengan kisah-kisah tragis ini.
salam..zakiah,
ReplyDeletefirst time kami baca berita ni..rasa mcm nak menitik pula air mata...tak tergambar mcm mana rasanya budak tu menanggung seksa...klu btl tu silap dia, tp takkan lah sampai tahap mcm tu skali dia dihukum...tak dpt imagine klu2 waktu dia kena pukul tu dia menjerit2 merayu simpati..
cuma terpikir, tak terdetik ka rasa simpati dr org yg menghukum tu...cuba pandang wajah anak2 murid...kami sendiri pun bila pandang muka students kami,..ada rasa syahdu dlm hati...tak tau nak gambarkan mcm mana...ada rasa sayang buat student2 kami...cuma terdetik jg, apa perasaan org tu sebenarnya...budak kecil, sepatutnya ditegur, bkn dihukum sebegitu rupa...klu nak pukul tu pun blh, tp mesti ada caranya..
semoga arwah ditempatkan bersama org beriman..amin
tula dinah. napelah ada guru yang sikap macam tu..sekolah agama pulak tu. wat cemar imej saja. Teringat ada satu penyajak cina (zakiah tak ingat nama dia) dalam satu konvensyen : sudah 50 tahun melayu islam hidup bersama-sama dengan orang cina dan india. Tapi melayu islam masih gagal menerangkan apa itu islam kepada kami....
ReplyDeletecerita-cerita macam ni la buat orang salah sangka..islam cerita yang baik itu ini tapi akhlak pula teruk. tak sama dengan apa dikata. banyak kita kena baiki diri. zakiah pun tengah berusaha.
lebih menyedihkan bila baca budak ni nafi curi duit rm 7 tu..tapi disiksa juga. kemudian yb pas bela ahlinya itu..apa ni..!!!! memang geram..politik sekarang semua takleh pakai baik pas, umno, dap maupun pkr...
ReplyDeletepolitik..politik la...ni dah melibatkan nyawa org...ish2..tak fhm btl la...buat apa nak menegakkan benang yg basah...
ReplyDelete