Selalunya aktiviti lazim kami sekeluarga untuk merehatkan minda ialah memandu dan menjelajah sekitar kawasan kampung samada di Batu Pahat, Ayer Hitam, Tongkang Pechah, Pagoh dan Yong Peng. Alhamdulillah, banyak benda baru yang dapat dperhatikan dan dibincangkan. Namun, ada satu masa dulu kami selalu bercakap-cakap "bilalah kita mampu nak beli kereta yang lebih besar dan mempunyai duit yang lebih banyak". Mula-mula selalu juga cakap benda yang sama tapi bila selalu dengar ceramah ustaz kazim bersama-sama kami suami isteri, suatu hari bila saya menyebut "bilalah nak dapat kereta besar, duit banyak" kami cepat-cepat matikan percakapan itu dan mengingatkan diri kami suami isteri.
"Bila cakap macam ni, kita ni macam tak bersyukur pulak. Alhamdulillah kita ada VIVA. sian orang yang naik moto dan jalan kaki. Walaupun begitu kita harus berazam untuk jadi lebih baik, tapi lain kali kita jangan sebut dah hal ni. Mungkin suatu hari nanti kita akan memiliki dengan usaha dan kurnian rezeki yang datangnya dari Allah. Untung juga kita ada duit yang cukup-cukup. Untung juga kita cuma ada VIVA. Kalaulah kita ada lebihan duit pasti kita manusia rugi kerana saat ini nafsu kita tinggi. Pasti duit tu digunakan untuk beli baju baru, makan mahal-mahal dan semuanya mungkin tiada manfaat untuk diri kita. Memang seronok duit banyak dan kereta besar tapi takut kita terguna hak orang yang ada dalam duit kita"
Begitula isi percakapan kami berdua.
Begitula isi percakapan kami berdua.
Dan kami berdua tidak pernah sebut lagi tentang "kalaulah ada duit lebih, kalaulah ada kereta besar. Semalam ketika makan tengahari suami berkongsi lagi dan ia adalah tarbiah untuk hati saya.
"Alhamdulillah, bila kita tengok balik kehidupan kita sekarang semuanya kita ada. Walaupun setiap bulan kita bercukup-cukup, kita lebih untung dari orang yang lansung hidupnya susah. Kita pun tak pernah rasa tak bahagia dan susah."
Walaupun kami tak merungut kadang-kadang bila sampai saat getir dalam kewangan kami mengeluh juga. Alhamdulillah kami dijadikan sebagai suami isteri yang suka membincangkan dan memperkatakan hal-hal yang begini. Ia sangat berguna untuk mengingatkan antara satu sama lain dalam beramal dan berilmu. Ingat pesanan ustaz kazim yang disayangi. Pupuk rasa syukur dengan melihat kesusahan orang lain. Tapi untuk jadikan kita, orang yang beramal tengok pula amal orang lain yang lebih baik. Namun untuk menjadikan kita lebih baik disisi Allah adalah takwa yang bergantung kepada amal yang pula bergantung kepada ilmu-ilmunya. :)
betul tu...walaupun tak hidup mewah, tapi sekurang kurangnya kita tak kebuluran..masih ada rumah utk berteduh, masih ada kereta utk menghalang basah di hari ujan, masih ada kemampuan utk makan makanan yg lazat...berbanding org lain yang kadang2 lagi teruk nasibnya.bersyukur dengan apa yang ada..
ReplyDelete