Pernah juga suatu masa dulu saya sendiri membenci sesuatu topik yang ditulis dibuku atau di blog dek KELEMAHAN DIRI SAYA. Rasa pedih hinggap ke kepala dan telinga satu persatu. Contohnya topik anak derhaka dek kerana ada masalah dengan mertua. Tapi alhamdulillah berkat muhasabah diri saya, suami malah mertua keadaan kini bagus dan lebih bagus. Percaya atau tidak jika dulu mendoakan mertua adalah pengkhianatan terhadap mak kandung saya kini saya dengan sejuk hati mendoakan dia dan ibu saya sendiri. Berkat apa? rahmat Allah dan cinta serta rasa hormat yang terbina kepada suami. Alhamdulillah mertua juga sudah keluar dari kancah masalah hidupnya dan dia lebih tenang dan memandang banyak hal antara kami berdua dengan lebih positif. Ya, ada silap saya yang tidak sabar dan mudah berkecil hati. Tapi alhamdulillah sekarang semuanya sudah bagus dan bahagia. Balik rumah mertua selalu bukan lagi masalah. Ketika saya menghadapi masalah dengan mertua dulu memang saya tak boleh dengar apa saja yang ditulis mengenainya. Saya rasa, "alah, dia tak dok tempat saya mana dia tahu". "dia tak faham". "Alah macam bagus je dia cakap". Walaupun saya sayang ustaz kazim tetapi saya tak pernah bukak video ceramah "anak derhaka" sehinggalah hubungan saya baik semula. Sebab dengar je ayat-ayat yang pertama-pertama pun dah pedih telinga. Lepas hubungan jadi baik barulah saya boleh berlapang dada mendengar ceramah itu dan banyak benda boleh belajar walaupun tekena batang hidung sendiri.
Malah suatu masa dulu ada juga tulisan yang saya tolak tepi kerana panas hati membacanya disebabkan KELEMAHAN DIRI SENDIRI. bukan saja hal derhaka, tapi hal solat, hal tutur kata, hal zaman bercinta dan apa-apa lagilah yang boleh disenaraihitamkan terus dari sekarang!!! Dari satu segi adakah dia menyakiti hati saya. Tentu saja tidak. Lepas satu tanggungjawab dia menyampaikan sesuatu yang betul. Kini juga ada benda yang buat saya terasa dek tulisan yang terkena batang hidung sendiri. Atau pun video yang menunjuk kelemahan diri. Contoh saja hari ini bila encik Ghazali Kadis mengsharekan video tentang jahiliyah moden. Sapa tak terasa. Saya terasa!! tapi saya perlu melihat dari sudut bahawa "Allah marah sayang jika buat begini". Dan akhirnya saya delete semua gambar2 saya ketika anak dara atau gambar tanpa suami/anak-anak di FB. Malu terhadap diri sendiri. Malu bila mungkin gambar saya ditatap dan menghinggap dosa zina kepada sang lelaki yang memandangnya. Malu dosa saya menimbun tinggi dan jika saya masih degil dengan seribu alasan adakah alasan saya hari ni valid untuk Allah di Al Mizan nanti.
Jahiliyah Moden
Ustaz kazim berpesan dalam ceramahnya. Bila ada orang menyampaikan nasihat jangan pandang diri orang itu. Tapi pandanglah apa yang dicakap olehnya. Jangan diasak dengan kata-kata cakap tak serupa bikin atau ko pun sama, kerana jatuh dosa kepada diri sendiri balik. Kalau kita menilai seseorang dari apa yang dicakapnya sampai bila pun cakap yang baik akan menjadi jahat. Ingat tak tentang ceritaNabi Nuh dimana baginda adalah seorang nabi, Utusan Allah. Tetapi isteri dan anak-anaknya jahat dan menolak ajarannya. Adakah kita patut tidak mempercayai dia kerana itu?? Boleh jadi rosak iman dan islam kita.
Saya berharap biarlah saya dilandasan yang betul. Memang dosa saya menimbun tinggi. Entah dapat atau tidak pahala yang entah batul atau tak ini memberikan pertolongan dalam menghadapi hiruk pikuk dan ketakutan di tengah padang masyar. Takutnya bila mendengar kalau kita ada pahala 70 ribu orang nabi belum tentu ia dapat menyelamatkan kita? Entahlah. Mungkin saya rasa niat saya sudah betul tapi mungkin juga Allah akan beritahu ketika Hari pembalasan yang sebenarnya kamu melakukan tanpa kamu sedar ada niat yang tidak baik..:(..Terus menerus menghalang diri dari membaca sesuatu yang mungkin memberi kebaikkan dan penyesalan bukan satu yang bijak. Memberi seribu alasan terhadap sesuatu yang bersalahan juga adalah bodoh. Hari ni boleh beri alasan tapi bila kita nak mati boleh ka? Dengan dosa-dosa ini saya sendiri sendiri keliru mana tempat saya disisi Allah. Teruknya diri ini. Banyak benda kena ubah untuk menuju jalan taqwa. Pesona hidup seringkali membutakan mata. Mungkin kita sayang atau suka sesuatu perkara tetapi ia adalah kebinasaan terhadap diri. Mungkin kita benci sesuatu perkara tetapi ia adalah kebaikkan buat diri. Jalan taqwa boleh dicapai dengan enam perkara. Tapi ia bukan mudah jika tidak disertakan dengan iltizam yang bersungguh-sungguh. Dalam turun naik semangat menuju jalan ketaatan adakah saya ini mampu untuk terus istiqamah?? Pertama jalan taqwa itu boleh di capai dengan menuntut ilum. Kedua ialah berilmu dengan amal. Ketiga ialah bermujahadah dan beristiqamah. Keempat pula Berdoa dan bertawakal. Kelima ialah bertaubat dan melakukan kebaikkan dan yang terakhir tidak berlebih lebihan dengan yang halal.
No comments:
Post a Comment