Today is my DEPO injection day. Hari ni pergi ke klinik kesihatan. Alhamdulillah keputusan untuk pergi tengahari memudahkan urusan bila tak ramai orang sangat. Duduk sekejap je, pastu dah kena panggil. Sambil-sambil Nurse Khatilawati tulis maklumat dalam buku, kami ada sembang-sembang juga. Melihat sebakul pil-pil di atas meja saya tunjuklah pil noriday dan cakap pada nurse, saya makan noriday selepas melahirkan anak yang pertama. Pastu nurse cakap, Noriday ni ambil dalam masa 6 bulan je tau. Lepas dia cakap macam tu terus saya tergelak.
Saya cakap " Yeke, patutlah lepas 8 bulan saya mengandung lagi"
Nurse Khatilawati " Yala, bukan saja lepas 6 bulan, pil ni hanya untuk mereka yang menyusu penuh, tidak bekerja dan duduk dirumah saja"
Saya " Saya makan sampai 8 bulan. saya beli je kat farmasi. Dia suggest yang ni. Farmasi tu tak cakap lak sampai 6 bulan je" saya tergelak-gelak.
Nurse khatilawati " Sian awak. Bukan kesian apa, anak-anak la. Kurang kasih sayang dan perhatian"
Saya "ye la, nurse, saya pun perasan juga. kalut juga. kadang-kadang saya rasa dah cukup bagi tapi masing-masing ada yang terasa"
Nurse Khatilawati " Bukan awak sorang je, ramai dah yang jadi macam ni, Pil ni takleh tinggal. tinggal sehari pun dah takut dah. Kalau pil yang ada hormon pogrestrone dan estrogen tinggal sehari ok lagi. Kalau suntik Depo-Provera pula 6 bulan lepas tu baru mengandung lagi"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya tidaklah menyalahkan noriday atau apapun. Cuma saya tergelak saya makan tapi saya tak tau cara ambilnya dengan betul. :) Tapi berpegang dengan kata-kata Ustaz Kazim. Allah tu maha pencipta. Dialah yang menjadikan sesuatu dengan kehendak dan perintahnya. Jika kita berkahwin bukan wajib bagi Allah untuk kurniakan kita anak, tapi bukan mustahil bila-bila masa Allah akan kurniakan anak mengikut kehendak dan kekuasaanya. Muhammad Ammar adalah anugerah yang teristimewa. Ahmad Umar juga begitu. Masing-masing istimewa dengan cara yang tersendiri walaupun sikap mereka berdua berbeza-beza. Allah yang maha menjadikan sesuatu. Jangan tanya jika kita 'termengandung" (Valid untuk yang dah menikah) dan jangan tanya pada Allah kenapa Dia tidak beri peluang mengandung. Kedua-duanya berlaku dengan sebab yang kukuh pada pengetahuan Allah.
Takpa Allah hadirkan anak-anak dengan rapat ni. Memang kelam kabut sikit. Sampaikan kalau pergi mana-mana orang akan tanya kembar ke? atau cakap macam kembar depa ni. Memang macam jaga anak kembar walaupun bukan kembar. Keperluan mereka takkan berhenti walaupun mereka telah tidur. Hinggakan saya sudah imun tak cukup tidur. Lepas umar minum susu, ammar pulak nak susu. Lepas ammar berak, umar pulak berak,lepas sorang jaga dari tidur yang ni pulak akan terjaga. Kalau Ammar nak buaian Umar pun nak buai sama. Langsung tak pernah berhenti. Sebelah malam kalau sorang terjaga lepas tidurkan yang sorang lagi plak terjaga dan macam-macam lagi kehendak mereka. Subhanallah.
Cuma sayalah yang kena mantapkan diri. Tambah-tambah dari segi kepenatan dan tenaga yang cepat menurun. Saya nak amik supplement tapi tak tahu nak ambil apa dan ragu-ragu dengan kesan-kesan sampingan. Mana satu yang benar2 ok. Alhamdulillah abang ada disisi banyak membantu. Kalau takda dia, pincang jugakla. kalau saya basuh berak ammar, umar la abang basuh. kalau saya tidurkan Ammar, Umar lah abang tidurkan. Rasanya Umar akan lebih rapat dengan ayah berbanding saya. hmmm...Camana ni. Dah nampak simptom-simptom Umar kurang kasih sayang. Sekarang dia agak memberontak dan banyak whining...:(
Cuma sayalah yang kena mantapkan diri. Tambah-tambah dari segi kepenatan dan tenaga yang cepat menurun. Saya nak amik supplement tapi tak tahu nak ambil apa dan ragu-ragu dengan kesan-kesan sampingan. Mana satu yang benar2 ok. Alhamdulillah abang ada disisi banyak membantu. Kalau takda dia, pincang jugakla. kalau saya basuh berak ammar, umar la abang basuh. kalau saya tidurkan Ammar, Umar lah abang tidurkan. Rasanya Umar akan lebih rapat dengan ayah berbanding saya. hmmm...Camana ni. Dah nampak simptom-simptom Umar kurang kasih sayang. Sekarang dia agak memberontak dan banyak whining...:(
Muhammad Ammar dan Ahmad Umar, Ummi sangat sayang pada kamu. Maaflah jika ummi tersalah dalam kekalutan dan kekurangan ilmu ummi. Insyaallah Ummi akan terus berusaha!!!
No comments:
Post a Comment