"Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. "
Seawal tadika hingga awal darjah 6 , saya masih keliru dengan perbezaan gender. Saya masih merasakan kawan-kawan sepermainan saya sama saja. Maksudnya walaupun tahu dia lelaki tapi lansung tak timbul perasan cinta. Kalau main masak-masak, buat pondok dari pelepah nyiur siap ada atap, main dalam kubang kerbau, main bola sepak, main tumbuk-tumbuk ketika itu masih tidak ada perasaan terhadap perbezaan gender.
Bila usia menginjak ke pertengahan darjah enam, masa tu ada juga rasa suka kat orang tertentu. :p . Tingkatan 1 ke sekolah agama. Masa ni masih blur lagi. Masih ada perasaan kat orang tertentu tapi tak serius. Bila tingkatan 2 balik ke langkawi sekolah dekat rumah, terus takda perasaan cintan cintun sangat sebab geng/klik sangat rapat dan akrab. Malah keperibadian masing-masing menyebabkan kami jarang bergaul dengan lelaki. Bila menginjak ke tingkatan 5, timbul balik perasaan dan ada beberapa kenalan rapat lelaki.
Sebenarnya, saya ada suka kat beberapa orangla. Ada yang betul, ada yang sebab ikut orang, ada yang sebab nafsu nafsi. Tapi bila pikir balik perasaan yang dulu-dulu rasa macam bodoh pun ada. Tapi ia adalah perjalanan dalam kehidupan. Semua orang akan melaluinya.
Sepanjang hidup, saya tidak pernah bercinta dengan orang lain kecuali dengan suami dan kemudiannya berkahwin dengannya. Sebelum tu lansung tak pernah ada. Dulu ada down juga sebab takde sapa pernah kacau dan mengorat saya. Tapi bila fikir-fikir balik, ada suatu masa tu, bagus juga, sebab Allah nak lindung saya dari tersilap langkah.
Percaya atau tak, semua yang saya minat dari kecik sampai kepada suami saya cerita pada mak saya. Perasaan saya, kesedihan mahupun semua. Even bila saya cakap kenapa orang tak pernah ngurat kakak, mak saya punya jawapan, baguslah, Allah nak lindung kakak. Bila dah besar baru faham maksud mak.
Mak saya saya strict dalam mengawal langkah saya dalam berkawan. Malah ayah saya, jika saya nak keluar dia akan pastikan jika dia tak boleh hantar, kawan baik saya ada bersama. Dia begitu percaya pada kak long nurul huda. Rumah orang lain tak boleh tidur tapi rumah kak long OK!!.
Kalau ada birthday party kat rumah kawan lelaki, mak lansung tak bagi pergi. Ayah juga pernah warning, kalau ayah jumpa kakak dengan lelaki ayah pukul sampai lembik. Mmm, ayah dan mak betul betul risau saya tersilap langkah. Dirumah, rule mak dan ayah, mesti ada di rumah sebelum pukul 7. Kalau lambat balik, akan didenda sebanyak mana masa lewat dan dikurung di dalam toilet..Eeeewwww. Dulu masa rumah kampung kena kurung kat luar rumah.huhu!!
Saya panjang kaki bila saya menyertai kelab di universiti. Sebenarnya saya lebih anti kepada lelaki dan memandang kebanyakkan lelaki adalah tak bagus. Tapi bila dalam kelab, kebanyakkan kawan lelaki ok dan saya sendiri berasa selamat bila keluar dalam kumpulan bersama-sama mereka.
Anak perempuan dan lelaki sama saja kerisauan dalam mendidik dan menjaganya. Walaupun anak saya masih kecil tapi bila melihat topik wanita hari saya pun rasa risau. Taku-takut cinta monyet tu membawa bahana kepada kehidupan mereka. Takut cinta monyet tu jadi perosak kepada akhlak mereka. Kena persiapkan diri dari awal. Supaya pemikiran saya seiring dengan anak-anak dan kehendak zaman. Kena jadi kawan-kawan kepada anak-anak. Kena KAYA untuk jadi Ummi Mithali. Kena Doa banyak-banyak. Semoga Anak-anak saya menjadi orang yang bertanggungjawab dan tahu menjaga hak diri sendiri dan hak orang lain juga. Amin.
huhu..malu saya sebab nama saya tercatit didalam entri ni..hehe..whateverpun, semua tu kan pengalaman. betul kata makcik, semua tu sebab Allah SWT sayangkan kita dan tak mahu kita terjebak dalam pergaulan bebas yang merugikan diri kita sendiri. Alhamdulillah kerana kita dikelilingi oleh keluarga yang mengambil berat hal pergaulan dan kawan-kawan yang sudi menegur dikala melakukan kesilapan...
ReplyDeleteTula ingat dulu-dulu..nak pi mana2 pun Ayah aku mesti nak kena ang ada. kalau tak kompom tak bagi..:)
ReplyDeleteInsyaallah, yang penting kesilapan lalu jangan diulang. (Aku manusia yang buat silap) Persiapkan diri dengan lebih baik untuk jaga amanah kat kita lani.
Bila berubah, buat apa lagi nak cerita kesilapan lama. Ada orang tak faham. Islam pun tak suruh kita dok buka kesilapan lama..:P